BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, October 10, 2011

HOT : Wardina Saffiyah Jangan Hipokrit...

Sebenarnya tulisan saudari Wardina Saffiyah di laman twitternya sudah lama diperhatikan oleh saya, kebanyakkan yang ditulis tidak dinafikan ada unsur-unsur nasihat yang berguna kepada para peminatnya. Namun  kadangkala kecewa juga bila dalam masa yang sama saya melihat twitternya digunakan untuk menyerang, perli, sindir kepada kerajaan pemerintah.

Dulu Wardina Saffiyah pernah dibalun teruk oleh blogger sehingga beliau bercuti daripada mengacara program MHI selama dua minggu dan mengugut untuk menyaman bloggers yang menyiarkan gambar lampaunya. Ketika sidang media bersama peguamnya saya dapat melihat wajah Wardina Saffiyah yang dilihat begitu tertekan dengan hentaman bloggers kepadanya. 

Tapi Wardina Saffiyah tidak menjadikan peristiwa terbabit sebagai pengajaran untuk beliau terus berhati-hati sebelum menulis status twitternya memandangkan beliau seorang personaliti. Hari ini beberapa pihak menyatakan perasaan marah mereka atas tindakan Wardina Saffiyah yang bertindak 'Retweet' (RT) satu kenyataan mempertikaikan yuran PIBG. 

Isunya bermula bila Wardina Saffiyah Retweet kenyataan di bawah :


Bila kita menggunakan akaun twitter, bila kita retweet (RT) kenyataan orang lain, ini bermakna kita setuju dengan kenyataan tersebut. Ini menggambarkan bahawa Wardina Saffiyah bersetuju dengan apa yang di'tweet' oleh Najilah Ishak yang mempertikaikan pemansuhan yuran sekolah dalam Bajet 2012. 

Saya tidak tahu individu ini pernah hadir dalam mesyuarat PIBG atau pun tidak, kerana setahu saya yuran PIBG ditetapkan oleh YDP mengikut kemampuan pelajar, dari situ guru-guru mengenalpasti pelajar yang mana berkemampuan atau sebaliknya. Sebab itu ada banyak sekolah hanya menetapkan yuran PIBG pada kadar RM10 sahaja. 

Selepas bertindak RT tweet tersebut, Wardina Saffiyah teruk dihentam oleh pengguna twitter lain termasuk YB Khairy Jamaluddin dan beberapa rakyat yang saya lihat jelas mereka non partisan. Antara twitter yang menghentam Wardina Saffiyah :





Bukan sahaja di twitter bertindak menghentam wanita paling Islamik ini, tetapi situasi tersebut turut panas di beberapa page facebook :


Lihat tindakan Wardina Saffiyah yang jenis tidak bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakannya. 


Betul maaf - bermaafan adalah perkara yang baik, tapi sebagai ikon Wardina Saffiyah sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu kenyataan yang di tweet oleh rakan-rakannya sebelum bertindak RT kepada peminatnya di twitter dan facebook.

Kita tidak pernah menghalang Wardina Saffiyah menyatakan pandangannya di mana-mana laman sosial, cuma sebagai artis beliau sepatutnya bijak dalam berkata-kata memandangkan setiap tutur katanya kadangkala menjadi ikutan para peminatnya. 

Tak seronok kalau tulis pasal artis kita tak 'bantai' dia sikit, jadi saya nak 'bermanja' sikit dengan personaliti TV 'idola' saya ini dengan merujuk tweetnya di bawah :


Ok katanya dia tidak berminat majlis perkahwinan yang besar-besaran tapi minat dalam majlis sederhana yang barakah dan diredhai Allah. Amboii...amboi...amboi... (pinjam ayat pondan si Azwan Ali) sebelum bercakap elok Wardina Saffiyah kencing dalam tempurung dan tilik mukanya kerana majlis perkahwinan kaum keluarganya turut diadakan secara besar-besaran.

Skodeng sikit... 




Opps.. saya tidak membenci Wardina Saffiyah, malah saya merupakan peminat setianya setiap kali beliau mengacara MHI, tapi bila melihat beliau berkata-kata sahaja pandai tapi tidak merealisasikan dalam kehidupan sehariannya, saya beranggapan Wardina Saffiyah jenis manusia yang hipokrit!

Itu majlis perkahwinan... bagaimana dengan majlis aqiqah anak Wardina Saffiyah...? 

Saudara pembaca lihatlah di sini, jika itu bukan majlis aqiqah melibatkan anak Wardina elok saman sajalah penulis gossip artis ini, sederhananya majlis aqiqah anak Wardina KLIK

Wahai Wardina Saffiyah, sokonglah parti mana yang kamu mahu, jatuhkanlah pemimpin mana yang kamu suka. Tapi sebagai 'public figure' lebih baik sekiranya kamu memeriksa fakta sebelum bertindak RT sesuatu perkara. 


YY : Perasaan meluat mula timbul bila tengok MHI sekarang...

24 comments:

Dylan Faris said...

Teguran yang bernas, mantap bro...!!! Betul kata bro kita bukan benci dia, cuma mulut jela, kekadang beliau kenala lbh prihatin ckit..

Anonymous said...

ye la...eden pun menyampah..sama la n puak hijau putih ni,...deme sendiri yang bagus..orang lain pandang hina....ptuihh,,

Anonymous said...

Syabas wardina dengan kenyataan yang benar & bernas. Wardina lambang seorang muslimah yang boleh djadikan ikon bagi remaja wanita di Malaysia.

syam

mozalmy said...

Assalamu'alaikum.

Pembetulan:

Saudara,

Bayaran kepada PIBG bukan yuran tetapi diklasifikasikan sebagai sumbangan. Sumbangan ini ditetapkan dalam mesyuarat agung PIBG dan bukan oleh YDP. Tiada apa-apa paksaan kepada ibubapa atau guru-guru supaya menjelaskan bayaran ini tetapi ahli-ahli PIBG sangat digalakkan untuk memberikan sumbangan tersebut atas rasa tanggungjawab dan supaya perjalanan aktiviti-aktiviti PIBG tidak terganggu. Biasanya sumbangan ditetapkan pada kadar RM10 seorang atau RM10 setiap keluarga.

Sekian.

Anonymous said...

dia memang ore PAS, guano 9 tengok je la yang dia like apa) .. tabur dan takbur lepas tu buat bodo ..

YY said...

Terima kasih di atas pembetulan saudara mozalmy...

Anonymous said...

Banyak orang yg rasa seronok cari masalah. Bukan dia tak tahu orang baca apa yg dia tulis. Saje je....nak glamour dan cari kontrovesi. Nak ajar orang macam ni senang je....pedulikan dan jangan sokong dia. Cantik pakai tudung tapi tak jaga bahasa apa maknanya.

Anonymous said...

xkan yuran PIBG pon x nak bayar??peh..malunye jadi mak bapak klu yuran PIBG pon nak persoal..dah la yuran sekolah dah mansuh..bersyukur la..

anti bohmau said...

nak idup senang lenang memanjang sampaikan yuran pibg pun nak pertikaikan...

sepatutnya jgn bagi free apa2un masa zaman sekolah, biar anak2 sedar bukan semuanya boleh dpt dgn senang...kita dulu mana ada free? buku teks pun 3R..dari ada kulit, sampai ilang kulit, tetap turunkan kpd adik2 @ jual pd junior...rasanya lbh menghargai setia perkara & not taking things for granted...

anak2 zaman ini..

buku teks percuma mrk tinggalkan & sepah2kan merata2. nota2 yg guru2 susah payah cari buat & copy bagi ka dia orang, dibiar bersepah2 jugak & ada yg buat lapik punggung masa perhimpunan! abis perhimpunan, tinggal sj mcm tu. bila ditegur, mrk kata apa guna ada tukang sapu! begitu biadap sekali!!

bila anak2 tak dapat buku teks, ibubapa bising. tp bila anak2 mrk tak baca buku teks di rumah, tinggalkan buku teks merata2, hilangkan & tak hantar balik, mrk tak pernah ambik pusing!

pljr2 yg hilangkan buku teks ni hanya akan usaha byr bila nak ambik keputusan periksa. kalu keputusan buruk, mrk tak kisah langsung nak ambik slip/sijil mahupun bayar duit buku yg mrk hilangkan...

maka akan banyakla buku2 & kertas2 latihan yg bersepah2 pljr tinggalkan sbb dah nak ke penghujung tahun dah ni...gerenti banyakla yg ambo boleh kutip...

yg buat peel begini kebanyakannya anak2 orang melayu Islam di kampung2...Islamik ka?

Anonymous said...

majlis aqiqah tu majlis aqiqah anak buah = anak sedara... kang tk pasal wardina saman kau kang. artis ni amik peluang je nk saman buat duit...

YY said...

Yer saman jgn tk saman. Tapi siapa yang tulis yer...? Blog ni ke?

Anonymous said...

Kuar saje muka budak ni di tv terus aku tutup tv.tv3 pun buat ape pelihara budak ni?orang semo dah jemu ngan dia.he.....heh....heh!

manjung said...

Bukannya ape dia ni nak tunjuk pandai... macam dia je artis yang islamik sikit. Aku pun kalau tengok mhi kalau muka dia malas nak tengok.

rakyat Malaysia said...

apela manusia tak reti bersyukur semua ni..
yuran sekolah dah mansuh pun masih tak bersyukur ke? hidup dah cukup serba serbi pun masih nak komplen sini sana? inilah contoh manusia kufur nikmat..Islamik apanya jika takde sifat QANAAH dlm diri?

yang aku pelik, makna tempat2 mahal, beli tudung mahal2, makeup mahal, beli sofa, langsir rumah mahal bla bla bla tak bising pulak?
manusia oh manusia..semakin kaya semakin kedekut!!!

Anonymous said...

Anonymous said...

Syabas wardina dengan kenyataan yang benar & bernas. Wardina lambang seorang muslimah yang boleh djadikan ikon bagi remaja wanita di Malaysia.

syam
..pigilah bro...teringat gambar seksi warnidah...sekarang dah pura2 alim..pilah...

katakbiru said...

hmmm...
makin lama, makin banyak mulut pulak wardina ni ye.

pandai kau lah.


psst bang, kadang aku RT sbb nak bg tau org lain, cerdik atau bodohnya satusatu tweet. tak semestinya aku setuju. :)




WORD VERIFICATION : enesu

Rock Kapak said...

Menyampah la dengan Wardina nie...pasan bagus, bile kena hentam wat ayat2 simpati :P

Anonymous said...

Sdra,

Seseorang muslimin/muslimah yg baik di kalangan kamu adalah org yg sentiasa menjaga tuturkata, bertindak dan menyimpan niat baik terhadap saudaranya, bukan sekadar memaparkan imej Islam.

Kadang kala Sdri Wardina ni cakap celupar kat TV, seolah-olah dia saja yg betul dan lebih2. Lazimnya, seseorang pencuri takkan nak mengaku dia pencuri.

Biarlah bersederhana dalam semua aspek khususnya dalam percakapan.Jgn kita kata kita saja yg betul dan baik. Manusia ini dijadikan bukan macang burung, burung boleh melihat belakangnya dgn mengalihkan kepalanya, tapi manusia tak boleh, sebab tulah kita perlukan org lain utk `melihat belakang kita'. Jgn bandingkan dengan binatang lain, lain jadinya nanti contohnya babi ke atau gajah. babi tak ada leher, gajah ada gembalanya..he..he..he

hantu makcik karipap said...

Sepatutnya semua ibu bapa tidak mengambil sikap lepas tangan dan harus memberi perhatian dalam menyertai apa-apa aktiviti membabitkan PIBG. Apabila tidak menyertai PIBG maka kita tidak akan tahu apa fungsi sebenar PIBG. Jika kita tahu fungsi sebenar PIBG "mungkin" kita tidak akan kisah dengan yuran PIBG yang tidak mahal mana pun jika dibandingkan dengan harga handphone , jam tangan , beg tangan, kasut dan baju yang kita pakai.

Anonymous said...

Assalammualaikum...
saudara saudari sekalian,
klu nk menegur, tegurla mngenai kesalahn yg dia lakukan..tp jgn menghina masa lampau dia..
setiap org penah melakukan kesilapan..
mengenai kesalahan masa lampau dia, dia dh btaubat..
semoga Allah melindungi kita dari sesuatu yg mengaibkan sekiranya kita menjaga aib org..

Anonymous said...

saya tak faham concept masyarakat malaysia nie yang terlalu mengagung-agungkan selebriti. ayat yang paling selalu kiter dengar.. "selebriti ni public figure so ape yg diorg buat akan jadi ikutan". ape masyarakat malaysia nie BODOH sangat ke tidak tahu nak menilai baik buruk sesuatu benda tu. selebriti pun manusia jugak, ade kehendak, ade pendapat, bebas untuk melakukan, mengatakan mengikut kehendak mereka selagi tidak melanggar undang-undang. dan kalau tak suka ngan orang tu..kat twitter tu ade button "unfollow" gi click kat situ. tak payah nak kutuk2. bacolla kalo berani ckp kat blog je!

YY said...

Anon 11:58 AM,

Suruh idola ko tu hormat orang juga, simple!

Anonymous said...

dah kamu pun tak reti nak hormat orang. cara kamu tulis tu, macamlah hormat orang sangat. if u r asking someone else to 'cerminkan diri', u r d one who should do it first. pastu, nk buka semua aib orang tu. zaman2 dulu, masa dia jahil lagi, biarlah. skarang dah berubah. kata negara demokrasi berparlimen, dia pun ada hak utk suarakan pendapat. abis tu, xkan semua pendapat nak sokong apa yang korang sokong je. teruk ar.

-hasan malique-

Anonymous said...

Dua2 perempuan nie bodoh bangang.. kalo xnak bayar yuran pibg, jangan hantar anak ko pegi sekolah, bodoh..!! ajar anak kat rumah sendiri.. x payah nak fikir yuran semua.. nie lah contoh melayu yang suka meminta2.. biler dah tak dapat mula lah kata kerajaan zalim.. islamik sangat lah perangai tu.. pada dua2 perempuan nie.. nie aku nak bagi.. *phtuiiiiii*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...