NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, December 5, 2010

MASAK !! : Blogger BN di Saman RM300 juta oleh Adun Selinsing?


Beberapa hari lepas dunia blog serta facebook dihebohkan dengan cerita bahawa seorang Adun PAS YB Ustaz Drs Saipul dikatakan pernah ditangkap kerana didapati berzina dengan isteri orang. Malah gambar Adun tersebut luas tersebar di kalangan pengguna facebook sebagaimana saya sertakan di atas artikel ini. Persoalan ini turut disiarkan oleh beberapa blog pro BN antaranya PapaGomo

Sebenarnya saya pun tidak percaya akan berita dan dakyah sebegini kerana bagi saya mana mungkin seorang Adun PAS yang bergelas Ustaz sanggup melakukan zina bersama isteri orang, malah dikatakan kejadian itu dilakukan di dalam koc keretaapi. Tidak mungkin ahli-ahli PAS yang semuanya bertaraf 'wali' sanggup melakukan perbuatan terkutuk sebegini.

Tapi agak menghairankan juga kerana sehingga ke saat ini kita tidak menerima sebarang maklum balas daripada Adun yang disebut itu. Malah Adun tersebut pun tidak muncul untuk melaporkan kepada Polis yang beliau telah difitnah. Kalau sayalah jika diri saya difitnah sebegini saya tidak akan berdiam diri, kerana ini boleh menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Adun. Dan yang lebih malang beliau mewakili parti yang berteraskan Islam.

Tuan empunya badan terus berdiam diri sebaliknya Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang muncul memberi kenyataan dengan mengatakan ini semua khabar angin malah beliau dilaporkan sangsi dengan kes ini sebagaimana kenyataan beliau yang disiarkan  di KedahLanie 

Malah penulis blog itu juga menyarankan agar Adun tersebut saman blogger yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah. Kerana katanya jika blogger pro PR yang menyiarkan cerita sebegini sudah lama di ugut saman oleh pemimpin BN.

Bagi saya sebagai seorang Adun sepatutnya Ustaz Drs Saipul perlu tampil membersihkan nama beliau daripada terus membiarkan dirinya terus difitnah kerana perkara ini melibatkan kepercayaan masyarakat yang mengundi beliau. Tindakan membisu yang dilakukan Adun ini boleh menyebabkan timbul banyak keraguan serta persoalan bukan sahaja kepada para penyokong BN, malah penyokong PAS juga saya yakin inginkan satu jawapan yang sahih daripada Adun ini.

Asasnya mudah jika berita yang disebarkan oleh beberapa orang yang menggelarkan diri mereka kumpulan Nadi Rakyat ini yang bergerak melalui facebook, saya sarankan Drs. Saipul saman sahaja kumpulan ini rm300 juta. Kerana telah menjejaskan nama baik Drs. Saipul sebagai Adun, serta menjejaskan nama baik PAS sebagai parti Islam.

Jangan biarkan penduduk Selising terus tertanya-tanya akan misteri yang melanda Adun pilihan mereka. Jadi adalah lebih baik kita mengambil langkah selamat iaitu tunggu dan lihat apa tindakan Drs.Saipul terhadap kumpulan yang bergelar Nadi Rakyat.

Sebagai penutup saya teringat kata-kata Idris Ahmad dalam kenyataannya yang disiarkan oleh lidah rasmi mereka iaitu haprakdaily yang menyebut :

"Muhyiddin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewengan Umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui."

Jadi saya menyeru agar para pemimpin PAS agar tidak cuba menutup isu Drs. Saipul dengan "seluar dalam berjenama Levi`s".

6 comments:

CUCU TOK WAN said...

Sejak berkawan dengan Anwar nih, puak-puak PAS pun buat perangai yang sama... kalau rasa-rasa benda tu tak boleh nak menang, depa akan tutup mulut dan buat-buat korek isu yang lain...

cuba kalau benda tu boleh dimakan, bukan satu, bukan dua, pencacai tua pengangkat najis pun pakat pi buat report polis...

Anonymous said...

SLM BROO..DIORANG INGAT TARAF WALI (PENCACAI2 YG BAGI) TU DH MULIA SGT KOT. TU YG DIORANG RASE BENGKAK KEPALE A.K.A BESAR KEPALE DAN MULE PANDANG ULAMA YG BKN DLM PARTI DIORANG SEME TAK PANDAI AGAMA ATAU TAK SEHEBAT DIORANG. TP X DI NAFIKAN DIORANG MMG HEBAT DAN SYUMUL..SYUMUL ASIK KENE BERAK ATAS KEPALE DGN SI KAKI LIWAT DAN ANAK BRANAK KOMUNIS KEHKEHKEH HARKKK PTUIHHH

belalang said...

Kalaulah peluang keemasan ni tak direbut Adun Selinsing rugi besarlah seumur hidup beliau. Berapalah sangat elaun adun ni kalau nak dibandingkan menang saman RM300 Juta.. DIULANG RM300 JUTA! banyak tu beb

Sebut perkataan saman memang mudah dan murah beb.. macam bibir bukak katup percuma tak payah bayar.

kalau dulu trend saman RM100 juta sekarang dah naik RM 300 juta.. boleh buat bisnis nih.. tapi nak tunggu naik sampai RM 1 Billion lama sikit kot, jadi tak payah tunggu naik lagilah mulakan saman sekarang. ADA BERANI?

Anonymous said...

Kpada rakyat di adun slingsing tahniah syabas dapat adun totay basah next pilihan raya undi lagi totay basah yeee

Longchepoh said...

Baca saja tajuk, berderau darah. Ingatkan betul2 ADUN Selising saman. Rupanya belum lagi. Keh keh keh. Tentu tak berani punya sebab kes saksi utama yang dilanggar keretanya dan cubaan nak pukul akan jadi bertambah panjang. Silap-silap haribulan ramai lagi gangster PAS masuk jaring.

Anonymous said...

Suar dlm jenama Levi's?? Mcm sama aje dgn gua punya...kaler apa bai??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...