Pembangunan Ekonomi Kepada Penduduk Pendalaman Sarawak.
Ketika menjelajah tujuh buah DUN tempoh hari, selain memfokuskan aspek kemudahan sekolah kepada rakyat pendalaman Sarawak. Saya turut memerhatikan dari sudut pembangunan ekonomi.
Kebanyakkan kegiatan ekonomi penduduk di pendalaman Sarawak adalah ada diantara mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan kedai runcit dan kedai makan.
Malah untuk meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk Sarawak, agensi kerajaan di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia memperkenalkan Satu Daerah Satu Industri di beberapa buah perkampungan.
Dan antara perkampungan yang mengadakan Satu Daerah Satu Industri adalah Kampung Kuala Rajang yang terletak di Dun Belawai.
Industri tenunan songket dijalankan oleh kaum wanita kampung tersebut dan dengan cara ini ianya banyak meningkatkan ekonomi mereka.
Selain daripada industri kecil yang dilakukan oleh kerajaan, ada satu pusat pegumpulan ikan yang baru disiapkan di Tanjong Manis iatu Noble Mermaid. Di sini menjadi pusat pengumpulan ikan oleh para nelayan setempat.
Daripada maklumat yang saya dapat mengatakan bahawa, pusat pengumpulan ikan Noble Mermaid sejak dibuka memberi pulangan yang lumayan kepada penduduk setempat. Pusat pengumpulan ikan yang besar ini mempunyai beberapa peti sejuk beku untuk menempatkan ikan-ikan para nelayan tempatan sebelum ianya diborong oleh pemborong sekitar Sarawak.
Mengikut pekerja di pusat ini, kebanyakkan ikan yang dikumpul selalunya habis diborong dan ianya tidak cukup bekalan memandangkan pusat pengumpulan ikan Noble Mermaid kini menjadi tumpuan hampir semua pembekal ikan di Sarawak.
| Peti untuk menyimpan ikan sementara diborong oleh pemborong tempatan. |