NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Wikileaks. Show all posts
Showing posts with label Wikileaks. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Must Read - Gara-Gara WikiLeaks Terbukti si MiloSuam Kaki Pusing...

Al-kisah terjadilah sebuah kisah yang mana blogger pencacai PR kini terpaksa 'sujud' dan percaya kepada laporan wikileaks kononnya pada tahun 1994 wujudnya satu projek yang diberi nama 'projek Mahathir'. Projek ini digerakkan oleh UMNO bertujuan memberikan taraf kewarganegaraan dan hak mengundi kepada 600,000 rakyat asing.

Warga asing ini dikatakan mereka yang beragama Islam yang berasal dari Mindanao dan Indonesia. Projek ini dimulakan oleh Mahathir Mohammad yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sebelum Pilihanraya DUN Sabah 1994.


Inilah nasib blogger pencacai Anu-war, arahan dari langit telah menetapkan jika #mismahgate gagal carilah isu baru oleh sebab itulah apa sahaja yang keluar ketika ini waima seketul taik sekalipun jika ianya mampu memberikan kelebihan kepada PR ianya akan dijaja dan dicanang keliling.

Benar semalam wikileaks melepaskan satu dokumen melalui rangkaian kabelnya sebagaimana dipaparkan di bawah :


Tetapi apa yang membuatkan saya ketawa adalah, sejak bila blogger pencacai tAnu-war ini mempercayai laporan yang didedahkan oleh wikileaks? 

Kita lihat kembali kronologi pendedahan wikileaks melalui kabelnya berkaitan isu liwat Anu-war?

Masih ingat dengan pendedahan wikileaks sekitar Disember 2010, yang mana wikileaks mendedahkan berdasarkan maklumat daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas Anu-war didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anu-war memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Risikan ini dikukuhkan lagi apabila wikileaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anu-war memang terlibat dalam aktiviti liwat.

Ketika pendedahan wikileaks ini apa 'spin' blogger IQ rendah kelahiran PR ini wahai saudara pembaca?

Apa yang ditulis oleh blogger IQ rendah ini untuk menyelamatkan batang tengkuk Anu-war idolanya?

Jadi hari ini saya akan membawa saudara menyelak kain milik si Milosuam... auuwww.. jangan marah tau...



 Itu dia pelbagai persoalan, jawapan mengalahkan soalan-soalan dalam rancangan 'Who Want To Be a Millionaire' kesahihan laporan wikileaks dipersoalkan setiap inci. Pendek kata satu patah perkataan pun dalam laporan wikileaks pada waktu itu tidak layak diterima pakai.

Laporan wikileaks Disember lalu mengatakan Anu-war meliwat, mereka cuba untuk menafikan malah mempertikaikan kesahihan laporan tersebut, cuba bayangkan kalau laporan tersebut kata Najib tidak puasa dan kantoi dengan jabatan agama?

Adakah wujud persoalan-persoalan 'bijak' blogger IQ rendah ini?

Tidak cukup dengan persoalan bengong yang direka untuk menampakkan bahawa Anu-war tidak bersalah, blogger IQ rendah milik PR menimbulkan dakwaan kononnya Anu-war diperangkap sehingga memaksa berlakunya kejadian liwat. Dek kerana perangkap punya pasal maka dapatlah rakan-rakan blogger BN lakarkan gambar rajah perangkap tersebut :

Peringatan : Perangkap ini boleh membuatkan pahala puasa anda hilang!!!

Tapi tiba-tiba semalam blogger IQ rendah si milosuam memperakui, mengesahkan, mempercayai laporan yang dikeluarkan oleh wikileaks?

Hahaha... apa kelas blogger PR ini? ludah sendiri dijilat kembali, blogger macam ini saudara pembaca hendak jadikan rujukan? Orang macam ini kalau jumpa jangan segan-segan baling saja lampin bayi terpakai tepat ke arah mukanya.

Tidak pula dipersoalkan dari mana datang laporan tersebut, kabel telefon mana dipintas, kabel dasar laut mana dicangkul oleh wikileaks sehingga keluarnya dakwaan bahawa Mahathir Mohammad memberi kewarganegaraan kepada rakyat asing seramai 600,000 orang pada tahun 1994?

Kesimpulannya saudara pembaca yang bijaksana di laman blog YY - sebenarnya blogger PR ini hidup dalam halusinasi ciptaan Anu-War. Idolanya mendidik supaya satu-satu perkara yang datang kepada mereka, jika tidak memihak parti mereka katakan saja ianya  palsu, direka bla bla bla...

Jika laporan itu memihak kepada parti mahupun pemimpin mereka katakan saja laporan itu benar, tepat, maklumat sahih, boleh dipercayai, tidak mampu disangkal dan bla bla bla...

Hairan masih ada yang sanggup membaca tulisan penulis IQ rendah macam milosuam. Tapi ada yang kata mereka yang dok baca artikel bengong si milosuam ini hanya jadikan milosuam sebagai bahan ketawa saja.

Wallahu'allam...


YY :  si milosuam ni muka tampal kulit khinzir ke? apa yang kamu tulis dulu-dulu orang korek kejap sajalah! Tolol!!!




Tuesday, December 14, 2010

Percepatkan Kes Liwat, Rayu Bapa Saiful Bukhari Kepada Agong.


Hari ini bapa kepada Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memohon supaya kes liwat anaknya dipercepatkan.

Apa cerita brader Anwar kita bila mendengar rayuan yang dibuat oleh bapa Saiful Bukhari ini? Untuk rekod sehingga ke saat ini diberitakan sudah 27 kali brader Anwar Ibrahim menangguhkan kes liwatnya dengan mengemukakan pelbagai alasan.

Brader Anwar Ibrahim juga dalam kenyataannya hari ini ada berkata bahawa UMNO gentar dengan program jelajahnya mengenai wikileaks sehingga menggunakan Polis untuk menghalang sessi ceramahnya yang dijangka akan diadakan di seluruh negara.

Tetapi kita kata, yang gentar bukan UMNO, sebaliknya brader Anwar Ibrahim lah manusia paling gentar saat ini ekoran pendedahan yang dibuat oleh wikileaks beberapa hari lepas. Jika brader Anwar Ibrahim tidak gentar masakan sudah 27 kali menunda kes sehingga rakyat terheret sama dalam kancah peribadi beliau?

Nah.. bapa Saiful Bukhari meminta kes di percepatkan, malah Saiful sendiri kelihatan tenang serta mahu keadilan untuknya secepat mungkin.

Persoalannya kenapa Anwar begitu takut? Sedangkan Anwar mempunyai barisan peguam yang hebat-hebat? Apa yang ditakutkan oleh Anwar?

Yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh!

PANAS : WIKILEAKS DAN TUN MAHATHIR BAKAL DI SAMAN ANWAR??


Nampaknya Anwar bukan main-main beb.. Beliau akan saman Tun Mahathir dengan akhbar-akhbar yang mendedahkan hubungan sonsang beliau. Kahkahkahkah..

Tapi untuk kesudahan tak tahulah berapa tahun lagi akan selesai. Kita semua tahu banyak kes saman Anwar yang sampai kini tak tahu apa cerita.

Err.. Bila Anwar nak saman Ezam Mohd Noor dengan Dato Nalla? Kahkahkahkah..

Wiki.. wiki.. wikileaks!!

Monday, December 13, 2010

Dulu Roadshow Liwat, Sekarang Roadshow Wikileaks Pulak?

Ketika Barisan Pemuda BN sibuk mengadakan Roadshow 'JOM' untuk membaik-pulih rumah-rumah di seluruh Malaysia, lain pula dengan brader Anwar Ibrahim. Jika dahulu beliau bertindak mengadakan roadshow liwat untuk menerangkan kononnya tuduhan liwat ke atasnya adalah satu konspirasi kali ini brader Anwar Ibrahim akan jelajah lagi. Jelajah kali ini adalah untuk menerangkan kepada rakyat tentang pendedahan yang dibuat oleh wikileaks.

Nampaknya brader Anwar Ibrahim cukup gemar mengheret rakyat ke dalam skandal peribadi beliau. Memetik laporan yang disiarkan di Harakahdaily. Siri roadshow kali ini dikhabarkan akan diadakan di seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember 2010. Baca laporan harakahdaily di bawah :

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks,  hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.

Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Turut akan berucap di majlis itu nanti adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok,  Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.

Wikileaks melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa, musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah memasuki perangkap itu.

Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan sebarang komen dari Najib mengenai hal ini.

Namun begitu, Anwar telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka memberikan bukti ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan ia adalah kerja para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura.

Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini.

Selepas ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula.  Mula-mula beliau akan berucap di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan.

Selepas ceramah itu, beliau akan bergegas ke  Markas PAS Paya Dalam, Air Molek, Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut berucap bersama beliau.

Pada 17 Disember, beliau akan turun pula ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan Bera, Mengkarak, Bera, Pahang.

Pada 18 Disember pula, Anwar akan turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu beliau akan menyertai  Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina Perkampongan Juru,  Batu Kawan,  Pulau Pinang.

Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang.

Keesokan harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Alahai brader Anwar ini, tak perlu keluarkan begitu banyak kos untuk adalah siri jelajah, cukuplah brader Anwar berdepan dengan Saiful di mahkamah. Kenapa perlu menunda perbicaraan sehingga 27 kali? Jika brader Anwar dipihak yang benar hadapinya di mahkamah. Nak takut apa?

Lagi sekali kita cabar, kalau betul pendedahan wikileaks itu satu pembohongan, kita minta Anwar saman saja akhbar berkenaan. Jangan lupa saman Ezam dan Nallakaruppan sekali yer..

Al-Juburi harus bertaubat!!

Sunday, December 12, 2010

GEMPAR : Pasangan Anwar Tampil Bawa Hujah Bodoh Beliau..?

Saya sudah dapat merasakan bahawa anak emas kesayangan Anwar Ibrahim adalah orang pertama yang akan tampil memberikan hujah balas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Wikileaks. Sebagaimana kita sedia maklum dunia politik hari ini digemparkan dengan laporan Wikileaks di SINI .

Manusia kesayangan Anwar ini tidak lain dan tidak bukan ialah Azmin Ali yang diseru bertaubat oleh adik beliau sendiri mengikut laporan akhbar hari ini.

Azmin Ali mengatakan bahawa pendedahan yang dibuat oleh The Sun Herald adalah satu fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar Ibrahim. Malah beliau mendakwa agen perisikan Singapura sudah sekelian lama bekerjasama dengan Cawagan Khas Polis di Raja Malaysia.

Yang paling mengelirukan adalah beliau mendakwa  Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini. Aduh..kelakar sungguh kenyataan dibuat oleh 'kekasih' Anwar ini, sejak bila pula Singapura takut kepada Malaysia ni?

Untuk bacaan lanjut tulisan Azmin Ali saudara pembaca boleh merujuk di SINI

Baiklah Azmin, kalau tidak mahu bertaubat sekalipun tidak mengapalah, tapi kita gesa Azmin dengan Anwar saman sahaja The Sun Herald.  Ada berani..????

Anwar Ibrahim Tolak Pendedahan Wikileaks?

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan Twitter pagi ini untuk mengetepikan pendedahan WikiLeaks bahawa perisikan Australia percaya beliau terlibat dalam kes liwat keduanya, dengan mengatakan sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia.
 

Ketua Pembangkang ini tidak membalas panggilan telefon The Malaysian Insider untuk mengulas laporan akhbar Australia, The Sun-Herald tetapi memberikan respons menerusi akaun Twitter apabila ditanya oleh beberapa pengikutnya. “Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada,” kata Anwar.


Dalam respons terdahulu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, “sumber? SB Malaysia ha ha.”
Pendedahan WikiLeaks mendominasi aliran mesej Twitter di Malaysia hari ini dengan ahli-ahli politik dari Barisan Nasional (BN) dan pengikutnya memberikan respons ke atas pendedahan terbaru ini.


“Ia satu perangkap, ia seolah-olah (perangkap) tetapi sasaran pula tidak dapat mengelak umpan...,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker dalam mesej Twitternya.


Terdahulu, The Malaysia Insider melaporkan, tuduhan liwat kedua ke atas Anwar, yang sedang didengar sekarang, didakwa sebagai hasil kerja “perangkap” membabitkan ahli-ahli politik yang memusuhinya.



Menurut laporan The Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuakn itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Encik Anwar,” lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.


Baca Selanjutnya di  Tranungkite Online

Double Y : Memang sudah agak, setiap kali pendedahan dibuat, ada sahaja pihak lain yang akan dipersalahkan. Totok PR taknak berdemo ke? Anwar taknak saman ke? Kena 'check mate' dah Anwar berundur ajelah Nuar oii!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal