NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, July 2, 2012

Eksklusif #SaveKelantan : Kedaifan Rakyat Kelate Di Bawah Regim Nik Aziz Nik Mat #MBMalas - Siri 1



Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai Sabak yang terletak di bawah DUN Chempaka dan diwakili oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat dan jarak perkampungan ini dari rumah Menteri Besar Kelantan sekitar 10 kilometer sahaja.

Bila kita mengatakan Menteri Besar merupakan wakil rakyat kawasan tersebut, semestinya kita menganggap rakyat yang berada di DUN yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri akan terjaga segala kemudahan serta kebajikan mereka.


Tetapi sebaliknya berlaku di Kg. Pulau Gajah, kerana walaupun wakil rakyat mereka berjawatan Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun segala kemudahan serta kebajikan mereka nampaknya masih tidak terbela.

Tiga hari lepas saya dan blogger 1peluru berkesempatan menziarahi beberapa penduduk Kg. Pulau Gajah bersama beberapa rakan dari Kelantan Cyber Warriors (KCW) iaitu Gelombangkick, AOK, Persada Pasir Mas, dan Perigi Timur bagi meninjau sendiri kedaifan penduduk di perkampungan tersebut.

Sebaik sahaja tiba di perkampungan tersebut, saya amat terkejut serta tidak menyangka masih ada rakyat Kelantan yang miskin dan daif walaupun kita telah memasuki tahun 2012.

Malah yang membuatkan saya lebih terkejut apabila melihat 20 buah rumah yang lain turut berada dalam keadaan yang sama serta dipenuhi sampah-sarap.


Saya cuba berbual bersama seorang wanita bersama anak kecil yang kebetulan berada di hadapan pintu rumah miliknya. Menurut Kak Yam beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak yang berusia 3 dan 15 tahun.

Saya turut meminta izin untuk meninjau keadaan dalaman rumah milik Kak Yam yang menjadi tempat beliau berteduh bersama dua anaknya. Sebaik sahaja memijak kaki di dalam rumah tersebut, saya terkesima dan tertanya-tanya bagaimana beliau boleh hidup dalam rumah yang daif begini?

Malah ianya sama sekali tidak selamat bagi dua orang kanak-kanak. Lebih-lebih lagi ketiadaan pintu tandas rumah tersebut dan membolehkan sesiapa sahaja memasuki rumahnya berkenaan.



Menurut Kak Yam sejak menetap di rumah usang hampir 20 tahun , tiada kelibat Nik Aziz Bin Nik Mat iaitu wakil rakyat ADUN Chempaka merangkap Menteri Besar Kelantan datang menjenguk atau menghulurkan bantuan kepada beliau serta dua anaknya.

Sebaliknya beliau hanya bergantung hidup dengan bantuan sebanyak RM200 sebulan yang diberikan oleh penghulu yang dilantik oleh BN.  Selain itu Kak Yam juga turut memaklumkan kepada saya bahawa dirinya baru sahaja menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi wang tersebut habis dibelanjakan untuk membayar bil elektrik serta air yang tertunggak bertahun lamanya.

Mendengar keperitan yang dialami saya bertanyakan sama ada beliau merupakan seorang warganegara atau tidak. Soalan tersebut saya ajukan bagi memastikan sama ada Kak Yam adalah warganegara Malaysia dan juga rakyat Kelantan.

Kerana terdapat kes warga selatan Thailand menetap di Kelantan serta hidup berkeluarga. Mendengar soalan yang saya ajukan, Kak Yam terus bangkit menuju ke ruang bilik rumah tersebut lalu menghulurkan kepada saya mykad yang memaparkan butir-butir peribadi dirinya.
Setelah diperiksa, hasilnya saya dapati Kak Yam atau nama sebenarnya Mariam Binti Mat Deris merupakan pengundi berdaftar bagi Parlimen Pengkalan Chepa dan Dun Chempaka.
Malah Kak Yam sendiri turut mengakui bahawa undi beliau sebelum ini hanyalah untuk 'Tok Guru'. Tetapi malangnya kesetiaan Mariam Binti Mat Deris dalam mengundi Nik Aziz Bin Nik Mat telah membuatkan nasibnya tidak terbela oleh wakil rakyat yang dipilihnya sendiri.

Pemimpin PAS dan anak beranak mereka seronok tinggal dalam rumah yang selesa...

Beza Rumah Tok Guru & Rumah Menantu Kesayangan Tok Guru dengan Rumah Rakyat DUN Chempaka


Ibu tunggal bersama anak kecil yang juga rakyat Kelantan pula mereka biarkan berhujan dan berpanas di dalam ruang rumah yang usang? Agaknya inilah 'Kerajaan Kebajikan' yang mereka laungan, iaitu hanya kebajikan mereka dan anak beranak sahaja dijaga tetapi rakyat dan pengundinya sendiri dibiarkan terus merempat!

Untuk rekod kisah keperitan rakyat Kelantan di Kg. Pulau Gajah pernah dipaparkan dan disiarkan oleh media sebelum ini. Tetapi ianya masih belum cukup untuk membuka mata pemerintahan regim Nik Aziz Bin Nik Mat.


Bersambung...


YY : Nantikan rakaman video dari KCW Crew. Mati esok2 Nik Aziz kena jawab ke dok ni biar rakyat dia merempat?

16 comments:

Anonymous said...

Berapo lama Nik Aziz dah jadi ADUN situ takkan tak boleh buat rumah kos rendah yg selesa sikit untuk rakyat kt Dun dia sendiri.

Ulamak la sgt!

Azleen said...

Kasihan masih ada yang tinggal dalam keadaan tak sempurna walaupun negara lalui arus kemodenan.

Kenapa tidak dibantu ibu tunggal ini? Dulu bukan dah masuk Utusan?

QalamQabut said...

Aku teringin nak tau: Nik Ajis tu hebat dak jadi MB Kelantan? Buleh dak kita buat contoh ‘Negeri Berkebajikan’ sebelum Malaysia pulak jadi ‘Negara Berkebajikan’. Saja aku nak tolong ingatkan, Kelantan tu NEGERI saja, bukan besaq mana pun, bukan NEGARA pun. Dan Nik Ajis dah perintah 22 tahun. Aku tak mau komen lebih2, nak tunggu jawapan hang.

Soalan ni aku dah tanya kat satu blog, tujukan kepada sorang penyokong pembangkang. Tak jawab lagi. So aku nak tanya kat sini pulak. Kali ni siapa2 pun (terutama yang pandai)boleh jawab.

Anonymous said...

QalamQabut,

Kalau Nik Aziz tu MB yang bagus jaga kebajikan rakyat. Rakyat di bawah DUN dia tak mungkin ada yang daif macam blog ini siarkan. Kebajikan apa rakyat bawah Dun sendiri masih miskin dan daif.

Anonymous said...

acu tanyo kak yam dan org miskin atau hamba rakyat miskin di dun chempaka tmpat ore tuo kutuk tu dok makan undi mrk sejak berpuluh tahun tu, brapa kali si tuo kutuk tu gi ziarah mereka? hampeh............

Anonymous said...

Alalala... Mcm la pemimpin yg korang dok jilat bontot tu, rumah kecik2, cucu mkn enfagrow kot... Lawak2... Jilat lg bang. Jilat lg. Klu xdpt, p jilat sama2 blogger.. Kahkahkah

Anonymous said...

Alalala. pencacai dah masuk meroyan. 22 tahun jadi MB Nik Ajis idola ko tak dpt jaga rakyat kwsn sendiri. Kahkahkah. kena kencing dgn PAS org kelate ni!

Pasrael said...

Pencacai Pas dah minum ayaq kaki ayah nicky tu yg dok mngoyan

Anonymous said...

Masa yang paling baik untuk buat pelaburan RM20,000 satu rumah x 1000 unit = baru 20 juta aje.. Umno boleh dapat 1000 untuk tetap... Ada berani?...

AmenoWorld said...

Der, aku ada amek dua keping gambar dalam entry neh utk dibuatkan dalam blog.. oke.

Thanks.

Anonymous said...

mintak siarkan juga gambar rumah noh omar...

Prince of Noob said...

kalau betul mohon tuan guru nik aziz mengambil tindakan dan membantu orang miskin ini. boleh buat satu tabung sumbangan derma orang ramai sekali utk bantu sebagaimana buat tabung sumbangan bina lebuhraya dan juga mohon lembaga zakat negeri untuk bertindak membantu keluarga yang serba daif ini

done follow here - Noob

eppa said...

kalau dekat kelantan terus jer nak kondem kan pemerintahan wakil rakyat.korang ader tgk ker rumah2 dekat sarawak? rumah dekat sabah?.. bertahun2 mintak bantuan rumah PPRT tapi haprak.. sedangkan ada 2 ahli parlimen kat 1 1 tempat. jalan kat marudi baru sekarang nak jalan projek, tu pun sebab nak dekat2 pilihan raya.. ade ker puak2 BN nak ambik kesah??..
p/s: tapi, korang keluarkan artikel macam ni memang bagus sebab at least ade org yg akan inform dekat wakil rakyat.
Tg Nik Aziz tu manusia biasa gak. ada mata tinga macam korang, so masyarakt luar kena la jadi mata dan telinga utk bagitau kes macam ni dekat wakil rakyat masing2.
wassalam..

QalamQabut said...

eppa tak boleh marah2, nak meroyan nak melalak merata2. Tajuk ni pun pasal Kelantan. Kalau betul, terima saja hakikat, ikut cadangan Prince of Noob tu atau cari idea lain nak tolong orang susah. Aku pun bukan nak suruh keluar PAS/PR atau pangkah UMNO/BN. Kalau boleh fikir dgn waras dan tenang, buat pertimbangan dan keputusan sendiri pun kira dah ok.

Anonymous said...

huhu..politik malaysia....dun cempaka ni kat kelantan..kelantan ni malaysia...sume gagal...mangsa rakyat!!!

Ali said...

Jangan cari alasan itu dan ini, kalau dh sekecil ini pun x blh nak settel. MCM mana nak g PJ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...