NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, July 29, 2012

Isu Logo Merdeka : #yorais Kata Bukan Logo Rasmi Bagaimana Dengan Lagu 'Balas Budi'? wahai @DrRaisYatim


Paparan di atas di ambil dari laman rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang berada di bawah bidang tugas #yorais. Dalam laman tersebut ianya memberi penerangan mengenai logo hari merdeka yang menjadi kontroversi.

Selepas mendapat bantahan ramai pihak #yorais mempertahankan logo tersebut kononnya asli dan bukan diciplak dari mana-mana, kenyataan yang menunjukkan #yorais sendiri gagal memahami isu pokok yang menjadi perdebatan hangat.

Hari ini beliau mengeluarkan lagi kenyataan U-TURN dengan mengatakan itu bukan logo rasmi, sebaliknya ianya hanyalah bahan promosi hari merdeka, hanya logo 1Malaysia yang digunakan sebagaimana tahun-tahun lepas.


Tempoh hari #yorais pertahankan logo tersebut, tiada pula dia kata tidak rasmi, belum muktamad atau yang sama maksud dengannya. Sebaliknya beliau berkata mereka yang membantah logo tersebut terdiri dari mereka yang minda serta hatinya tertutup. 


#yorais mungkin fikir anak muda terlalu bodoh atau pelupa sepertinya, kenyataan flip-flop begini sebenarnya langsung tidak memberi keuntungan kepada kerajaan BN, sudah berapa banyak kenyataan begini dikeluarkan oleh menteri-menteri?

Hari ini cakap itu, esok tukar kenyataan kata belum muktamad, tidak rasmi bla bla bla...

OK... kita terima sajalah kenyataan menteri paling berbudi bahasa ini, nanti ada rakan-rakan kata kita mengeji dan melemparkan kata nista kepada menteri kesayangan ramai ini.

Bagaimana pula dengan lagu 'membalas budi' lirik mahakarya ciptaan #yorais?

Sekarang saya mahu bertanya adakah lagu ini merupakan lagu rasmi untuk hari merdeka yang akan disambut 31 Ogos ini?

Lagu serta melodinya cukup menarik, yang bikin spoil mood aku bila masuk part 'kini masa balas budi'...

Jika inilah lagu rasmi hari merdeka, saya sarankan  Rais Yatim dan anak-beranaknya sajalah sambut merdeka untuk tahun ini.

Aku 'hibernate' di rumah lagi bagus dari dengar lagu MACAM GAMPANG ni!

YY : Kawan-kawan saya yang jilat lambung #yorais ini, nasihat saya jilat biar bertempat!

2 comments:

Unknown said...

Salam Tuan... Disini kami memohon masukkan link blog Warigh Nogori ke dalam senarai blog list Tuan dan untuk pengetahuan Tuan, blog hebat tuan telah pun kami senaraikan ke dalam blog list kami... Demi perjuangan, diharap Tuan dapat berikan kerjasama... TQVM.

Url blog kami: http://warighn9.blogspot.com/

Anonymous said...

Malaysia pernah ada LAGU HARI MERDEKA RASMI ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...