Politik bukan arena terbaik untuk individu berjiwa longlai, terutamanya bila musim pilihanraya semakin mendekat. Malaysia berdepan kancah pilihanraya paling genting dalam sejarah pada beberapa bulan mendatang, bilamana barisan kepimpinan parti-parti yang bertanding seboleh mungkin cuba mengaut jumlah undian terbanyak bagi menduduki takhta kuasa.
Saat BN cuba untuk meraih kemenangan dengan menampilkan calon boleh menang (winnable candidates), PR pula (terutamanya Pas) semakin rancak menonjolkan artis/selebriti dalam kempen politik mereka.
Sejauh mana penglibatan selebriti dapat membawa perspektif baru dalam membantu parti politik dalam kempen pilihanraya... dan mengapa?
Bila Oprah Winfrey mengumumkan sokongan kepada calon Demokrat - Barack Obama semasa Kempen Pilihanraya Presiden 2008, satu aura perubahan menyimbah seluruh Amerika Syarikat.
Bila Oprah Winfrey mengumumkan sokongan kepada calon Demokrat - Barack Obama semasa Kempen Pilihanraya Presiden 2008, satu aura perubahan menyimbah seluruh Amerika Syarikat.
Oprah turut menyertai kempen jelajah Obama dan isteri, menyuarakan ucapan mewakili Obama dan mencanting lautan khalayak yang cuma boleh direalisasikan oleh seorang ikon dunia pengacaraan bernama Oprah Winfrey.
Selain Oprah ramai juga selebriti lain yang terlibat dalam kempen membantu Barack Obama menjadi pemimpin kulit hitam pertama menerajui Amerika Syarikat AS).
Selain Oprah ramai juga selebriti lain yang terlibat dalam kempen membantu Barack Obama menjadi pemimpin kulit hitam pertama menerajui Amerika Syarikat AS).
Jika Oprah turut membantu dari sudut kewangan untuk dana kempen Obama, selebriti lain membantu melalui pengaruh dan bakat mereka dalam menyemarakkan teknik propaganda dalam kempen politik yang digelar 'testimonial'.
Baca selanjutnya [KLIK SINI]
No comments:
Post a Comment