Beginilah keadaan daif tiga beradik Zaini Kasim, 43,Zami, 42, dan Zafni, 41 di Kelantan yang kematian ibunya Halimah Othman akibat kemalangan maut empat tahun lalu, hidup melarat di mana Zaini yang hanya berkerja mengambil upah turun kelaut menangkap ikan dikatakan tidak mampu untuk menyara adik mereka yang menghidap batuk kering manakala adiknya Zafni mengalami penyakit mental apatah lagi untuk menyewa sebuah rumah yang sempurna.
Zaini - upah harian hanya cukup untuk makan minum 3 beradik. |
Di sebalik retorik negeri berkebajikan yang mereka laungkan, sebenarnya masih ramai rakyat Kelantan hidup dalam keadaan daif. Malah penemuan tiga beradik yang tinggal dalam kubu peninggalan British yang telah berusia 70 tahun sebagaimana disiarkan Sinar Harian amat mengejutkan kita semua.
Sebelum ini saya turut menyiarkan kisah kedaifan rakyat Kelantan yang berada di bawah Dun yang diterajui oleh Nik Aziz sendiri. Dua hari lepas pendedahan yang dibuat oleh Sinar Harian dan beberapa rakan bloggers dari Kelantan membuktikan lagi bahawa Nik Aziz Nik Mat sebenarnya telah GAGAL menunaikan tanggungjawab beliau sepanjang mentadbir negeri Kelantan.
Siang hari tiga beradik ini akan menggunakan ruang dalaman kubu peninggalan British untuk meneruskan kehidupan harian, manakala sebelah malamnya mereka tidur di khemah yang dibina di atas pokok berhampiran kawasan kubu :
Keadaan dalam kubu |
Tempat tidur tiga beradik yang tiada pekerjaan tetap |
Malam hari di sinilah tempat tiga beradik ini bermalam, sanggupkah Husam Musa mahu pun Nik Aziz serta anak beranak tidur di atas khemah sebegini setiap hari?
Dalam kita meniti zaman yang penuh dengan kecanggihan teknologi ini, rupanya masih ada rakyat Kelantan yang tinggal dalam keadaan daif malah sekali pandang kehidupan tiga beradik ini umpama kehidupan manusia di zaman batu.
Inikah kebajikan yang PAS Kelantan lakukan?
YY : Tukar kepada BN!
No comments:
Post a Comment