NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, July 4, 2012

Mat Rempit Tak Ada Otak - Apa Benda @RempitUnited Ni?

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor? 
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah. 
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor? 
Doktor: Sebatang besi terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya besi itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor? 
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil. 
Pak Amin: Oh begitu…. Alhamdulillah selamat anak gua… 
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya? 
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Kat atas adalah kisah jenaka mengenai Mat Rempit, nak tahu mat rempit ada otak ke tidak?

Jom derr! kita Lepak Santai dengan geng Rempit United dan juga ikon permotoran negara Wazi di NZ Garden KLCC pada 10 Julai ini.


 Cerr layan video Rempit United kalau lu orang masih tak tahu apa itu Rempit United :



YY : Intan Ladyana pun ado siut!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...