NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, July 21, 2012

DBKL Punya Hal - @NajibRazak Bakal Jadi Mangsa?


Bazar Ramadhan...

Tanpa mengunjungi bazar Ramadhan setiap kali hampirnya waktu berbuka seolah-olah tidak sempurna bagi sesetengah masyarakat kita. Kewujudan bazar-bazar Ramadhan ini secara tidak langsung memeriahkan lagi sambutan Ramadhan bagi rakyat Malaysia.

Kebanyakkan rakyat berpendapatan rendah mengambil kesempatan menjual pelbagai juadah berbuka di bazar Ramadhan secara tidak langsung mereka dapat menambahkan pendapatan sampingan. 

Golongan peniaga ini pula bukanlah terdiri dari peniaga yang kekal kerana mereka hanya berniaga setiap kali umat Islam berpuasa yakni selama 30 hari. 

Jadi DBKL janganlah 'kejam' sangat dengan orang kita yang ingin mencari rezeki sepanjang umat Islam menjalani ibadah puasa, tindakan DBKL mungkin dilihat kecil bagi sesetengah masyarakat. 

Tetapi tindakan menghalang rakyat biasa berniaga kerana aduan sekelompok kecil masyarakat, sebenarnya boleh membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan. Jangan hanya kerana sedikit kegagalan dari pihak penguatkuasa, rakyat bakal menghukum kerajaan dalam PRU yang akan datang!

Biasanya yang komplen jalan sesak, jem terdiri dari segelintir kaum cina jer!

Dari Utusan Online :
Seramai 108 peniaga gerai di Taman Setiawangsa akan tetap meneruskan operasi mereka pada Sabtu ini walaupun tidak mendapat kebenaran untuk mengusahakan bazar Ramadan di situ daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 
Kumpulan peniaga itu sudah lebih 15 tahun berniaga di Jalan Setiawangsa 9, namun hasrat mereka untuk mengadakan bazar Ramadan di situ buat ke sekian kalinya ditolak oleh DBKL. 
Pengerusi Persatuan Usahawan Niaga Taman Setiawangsa (Punsetia), Abdul Halid Mat Karim berkata, mereka amat berharap agar DBKL membenarkan bazar tersebut dibuka memandangkan sudah mengeluarkan modal hampir RM5,000 seorang. 
"Alasan mereka (DBKL), kewujudan bazar ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku, walhal selama ini kami berniaga tiada pula yang merungut. 
"Malah, DBKL juga memaklumkan bahawa penduduk sekitar membantah (pembukaan bazar Ramadan) tetapi berdasarkan kutipan tandatangan yang dilakukan pihak kami, lebih 1,000 penduduk menyokong bazar itu diteruskan," katanya. 
Abdul Halid berkata demikian ketika ditemui pada bantahan aman yang diadakan bersama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Setiawangsa semalam. 
Tambahnya, tahun lalu juga mereka mengalami nasib yang sama, namun tetap berniaga tanpa diambil sebarang tindakan sehingga diberi permit oleh DBKL selepas 21 hari berniaga. 
Sementara itu, Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan bersama-sama dengan Punsetia untuk mempertahankan bazar tersebut sekiranya DBKL menghantar anggota penguatkuasanya pada Sabtu ini. 
"Mereka ini bukan meniaga lama, hanya untuk 30 hari sahaja mencari rezeki sempena bulan Ramadan ini. Kami berharap DBKL dapat memperbetulkan perkara ini untuk memberi peluang orang berniaga secara sah," katanya. 
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, permohonan peniaga tersebut terpaksa ditolak selepas mengambil kira permintaan penduduk setempat. 
"DBKL tiada masalah dengan pembukaan bazar Ramadan kerana memahami mereka ingin menambah pendapatan tetapi harus melihat pandangan pihak lain. Saya mencadangkan persatuan dan penduduk duduk berbincang untuk mencapai keputusan menang-menang," katanya dalam satu kenyataan.
YY : DBKL kalau nak buat kerja, banyak kedai milik myanmar, bangladesh aku boleh tunjuk kt KL ni. hehehe!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...