Sambung dari [sini]
Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai yang mana jarak perkampungan ini dari rumah Nik Aziz Nik Mat lebih kurang 10 kilometer sahaja. Untuk pengetahuan saudara pembaca bukan Mariam Binti Mat Deris sahaja yang tinggal dalam keadaan daif di perkampungan ini.
Hasil tinjauan yang saya lakukan perkampungan ini turut didiami lebih 20 keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan sedangkan mereka merupakan rakyat Kelantan yang berada di bawah DUN Chempaka yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.
Walaupun ianya telah dipaparkan media sekitar tahun lepas, nampaknya kerajaan PAS Kelantan masih lagi buta perut kerana sehingga kini mereka gagal membela nasib-nasib keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan walaupun di bawah Dun yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.
Saya tidak sempat berbual lama dengan individu kedua yang saya lawati kerana pada waktu itu kelihatan beliau sedang sibuk bekerja di halaman rumahnya. Namun dari perbualan ringkas saya ternyata, wakil rakyat dan kerajaan negeri PAS gagal melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka.
Ibu malang bersama anaknya menceritakan keperitan yang beliau alami kerana tiada wakil rakyat PAS yang membantu. |
Di sinilah tinggalnya ibu malang bersama anaknya. |
Suasana dari dalam rumah. |
Tempat mandi dan mencuci pakaian. |
Pandangan dari jauh. |
Bukankah Islam itu menggalakkan umatnya menjaga kebersihan? Nampaknya selain gagal membela nasib rakyat di DUN yang diwakilinya sendiri. Nik Aziz Nik Mat turut gagal menerapkan nilai-nilai Islam kepada rakyat di sini.
Persekitaran yang kotor. |
Daif dan serba kekurangan. |
Mana mungkin kerajaan negeri yang diperintah PAS Kelantan tidak mampu untuk membina rumah kos rendah 1 bilik serta memindahkan penduduk di Kg. Pulau Gajah yang dalam keadaan daif ini agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa?
Adakah ini konsep 'Negara Kebajikan' yang mereka laungkan?
Bagaimana mereka mampu merealisasikan konsep 'kebajikan' apabila memerintah Malaysia, jika rakyat setempat yang tidak sampai 100 orang dan juga pengundi di kawasan sendiri pun GAGAL dibela oleh seorang yang berjawatan Menteri Besar bernama Nik Aziz Nik Mat?
Ternyata Nik Aziz Nik Mat seorang Menteri Besar yang GAGAL walaupun memerintah Kelantan lebih 20 tahun...
YY : Rakyat DUN sendiri dokleh jago, ado hati nok jago rakyat Malaysia?
9 comments:
Kotor takpo janji syurga. Nik Ajis royak gitu!
biaso lah YY...umah PPRT dorg xbulih bt..tp apartment mewah dorg blh bt..huhuhu onthlah apo nak jadi...
nik aziz jawabla kamdian hari....kalu alik ore lain buke main dio hukum gitu gini...kena alik dia mesti nak menyalahkan umno balik!! apa punya ulam...ma gini?
Org ni tahap nya lebih tinggi dari tok Nik...rumah tok nik cuma satu siling tercabut...dijadikan zuhud oleh pengikut taksub..Org-org dlam gambo nih lagi zuhud...rumah tak de bumbung...dan rumah dalam longkang..
kalau cam tu biar laa TGNA yg jawab jadi kamu x peerlulah rasa tersangat kecewa... jika kamu betul hendak bantu kamu lawan TGNA di pru 13 nie...
wassalam
MURSYIDUL AM & PRESIDEN PAS & HUSAM MUSA WAJIB JAWAB PERSOALAN NI...
Kemana perginya peruntukkan Kerajaan Pusat semenjak tahun 2000 yg telah menyalurkan peruntukan RM1.058 bilion, termasuk pinjaman tanpa faedah RM597 juta untuk Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih.
Tidak cukup dengan itu Kementerian Luar Bandar telah memperuntukkan RM265 juta untuk bekalan air dan menaik taraf loji pula RM81.5 juta. Jabatan Kesihatan pula telah memberi peruntukan RM53.4 juta.
Kalau di campur semua jumlah di atas.. RM2054.9juta = RM2.054billion.. Takkan tak masih tak cukup utk selesaikan sedikit sebanyak masalah bekalan air bersih di Kelantan..
Bermacam-macam bantuan dan pertolongan yang kerajaan pusat berikan untuk mengatasi masalah air di Kelantan, tapi sampai ke hari ini tak selesai barang sedikit pun... Kenapa tak selesai. kemana duit peruntukkan pergi yg sebegitu banyak pergi..
Kalau nak kata PAS seleweng utk kegunaan Parti.. susah jugak sebab ahli2 PAS dah derma berjuta2 Ringgit utk kegiatan politik parti PAS PIS PUS ni..
PAS KELANTAN TERUTAMA HUSAM MUSA & GANG MESTI JAWAB TENTANG KAWASAN "PEMBALAKKAN" yg seluas 8,000 ekar hingga 10,000ekar setiap satu yg di berikan kepada.. antara lainnya...
Upaya Padu Sdn Bhd dapat +/- 10,000ekar (company bukan melayu),
Acasia Industries Sdn Bhd dapat +/- 8,000ekar (company bukan melayu)..
Modaljati Sdn Bhd dapat +/- 8,000 ekar siap ada gran "tanah rezab melayu" (company bukan melayu beralamat di klang).. TELUS & AMANAH.. my foot. Apa barang ni. JAWAB..
Kalau buat anggaran yg paling konservatif pun.. 1 ekar dapat +/-20tan balak pada nilai antara RM1,000 hingga RM2,200 satu tan.. Korang kira sendiri le BERAPA RATUS JUTA nilai balak dari kawasan tersebut di atas tu sahaja.. tak payah nak kira yg lain2 lagi...
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...
Ini aku baru dedahkan sebahagian aje.. ada banyak lagi.. Letih nak taip banyak2.. Para pentaksub PAS Tak caya. sila buat research sendiri daripada Pejabat hutan Kelantan & YIK (yayasan islam kelantan a.k.a guna agama utk kaut kekayaan.. harkkk.. phtui.. najis) ..
Sy bukan lah nak sokong sesiapa pun tapi ada baiknya kita kaji dahulu... sebelum nak buat komen maka kita harus buang dulu sifat2 kepolitikan yang sempit... sy ahli umno sejak di U lagi dan 25 tahun kot... cuba kita tgk apakah wajar kita komen sdgkan kita tak buat 'homework' so kaji dulu sebelum komen...kita org biasa komen2 kat sini bukan dapat apa pun cuma menambahkan dosa saja...
Maaf saudara Anon 9:52, tp nak kaji apa lagi? Rumah dah nak roboh tu! Takkan nak tunggu roboh smpi mengorbankan nyawa baru nak bertindak? Yg sbnrnya, nik aziz adalah seorng yg pemalas.. Nak pegang kuasa hanya utk cari makan. Sambil2 tu jual nama Islam. Dia takut letak jawatan sbb rakyat akan mula mempersoalkan peruntukan yg tak pernah smpi pd mereka. Jgn ingt org yg beserban, berjubah, pandai ngaji Quran tak pandai pembohong. Diorng klu membohong lagi bahaya sebab org terus percaya!
Post a Comment