NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, July 4, 2012

Kecewa Tidak Diiktiraf Peranannya - Seorang Lagi Pejuang Siber BN Bawa Diri

Tiga hari lepas page 'Isu Politik Semasa'atau IPS yang merupakan 'fan page' kedua terbesar dan terbanyak pro-BN mula menukar haluan perjuangan beliau ekoran kekecewaan beliau dengan Barisan Nasional yang gagal menjaga kebajikan para facebookers.

Admin page tersebut mula menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan Pakatan Rakyat malah mengutuk segala perbuatan BN yang beliau pertahankan selama ini.



Saya sendiri cuba menghubungi beliau untuk bertanyakan tentang permasalahan yang dihadapi, menurutnya tiada guna lagi untuk beliau terus mempertahankan UMNO jika UMNO serta para pembesar kerajaan sendiri tidak pernah mengiktiraf peranan facebookers seperti beliau.

Saya cuba memujuk beliau untuk kembali bersama BN tetapi ternyata kekecewaan admin 'Isu Politik Semasa' terhadap BN membuatkan saya gagal menulihkan semula semangat beliau untuk bersama UMNO.

Kita dah cuba membantu yang terdaya, akhirnya beliau tetap berpendirian ingin bersama Pakatan Rakyat. Katanya selepas beliau menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, berpusu-pusu pihak sana menawarkan segala kemudahan untuk beliau terus berjuang.

Tidak mahu mengulas panjang, saya cuma mahu mengutarakan beberapa soalan kepada para pembesar BN yang hanya memuja segelintir pihak sedangkan masih ramai lagi pejuang-pejuang siber yang belum terbela.

Soalan saya...

Apa akan jadi sekiranya perkara ini berlaku kepada page-page pro BN yang lain pada malam sebelum hari pengundian?

Apa akan jadi jika semua admin group pro BN berubah arah dengan memainkan persepsi buruk kepada BN pada malam pengundian?

Apa yang BN mampu lakukan?

Sejak berubah arah saya lihat makin ramai pihak sana menyatakan sokongan kepada beliau, malah daya tarikan kepada page tersebut semakin banyak.

YY : Walaupun lu belot pada perjuangan bro, gua nak ucap Good luck IPS!

10 comments:

Anonymous said...

nak iktiraf dari segi duit ke bro? kalau nak iktiraf dr segi duit itu namanya tak ikhlas. aku main blog pun xde sesiapa sponsor pun. aku tetap tulis dan sampaikan apa yg betul. bn berada di landasan yg betul. kita perjuangkan. tak mintak balasan pun.

Anonymous said...

mudahnya blogger itu menukar perjuangan, apakah maksud perjuangan kpdnya? jelaslah di sini perjuangan dia ialah DEMI RM. maka biarkanlah dia pergi terjun dgn labu2 hingga tenggelam ke lubuk puaka, jgn dipujuk lg

Anonymous said...

mudahnya blogger itu menukar perjuangan, apakah maksud perjuangan kpdnya? jelaslah di sini perjuangan dia ialah DEMI RM. maka biarkanlah dia pergi terjun dgn labu2 hingga tenggelam ke lubuk puaka, jgn dipujuk lg

Anonymous said...

malah daya tarikan kepada page tersebut semakin banyak <- maaf, statement ini tidak betul, apa yg sy lihat,apa yg sy perhatikan bilangan pengikut semakin berkurangan sejak IPS menukar haluan semalam, boleh lihat sendiri dari 40,881 smlm kepada 40,744 hari ini dan sy hrp makin berkurangan slps apa beliau lakukan yg boleh d anggap sbg pembelotan!!

Jujur, sy kecewa dgn 'perubahan' IPS setelah apa yg beliau perjuangkan slama ini.

Yuseri Yusoff said...

Ntah la. Banyak org banyak ragam... puas pujuk dah..

ahmad zikron said...

tak payah nk pujuk la..jgn layan org yang tak ada pendirian..mmg jenis lalang..aku tak akan percaya lagi walaupun dia kembali menyokong BN..

RR said...

dgar crita husam bayar dia skang... btol ke??

jo said...

Setuju bang!...nak iktiraf macamana?...nak duit ke??..
iklas le sikit...aku pon bertempur tanpa harapkan apa-apa...hanya untuk perjuangan ...

Anonymous said...

Double y...lu lebih baik dr papagomo....

Anonymous said...

bila dia dah tak tahan dengan pembohongan pakatan dia akan kembali pada bn..semoga dia tak terjebak dengan propaganda pembangkang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...