NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, July 23, 2012

Tuduhan Kononnya Datuk @ahmadmaslan Membezakan Darjat Anak Yatim Keterlaluan!


Baru sehari 'declare' tidak menyokong BN mahu pun PR blogger A.P.A mula membuat tuduhan liar kononnya Datuk Ahmad Maslan membeza-bezakan darjat antara anak yatim dan tetamu yang lain hanya kerana anak-anak yatim yang diraikan dalam Program Nur Ramadhan semalam makan dalam keadaan bersila.

Saya ada dalam majlis tersebut, jadi berani saya katakan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Ahmad Maslan cukup keterlaluan. Benar anak-anak yatim yang diraikan semalam makan bersila di dalam ruangan yang dikhaskan.

Tetapi terdapat petugas-petugas katering yang melayan mereka, malah lauk pauk untuk mereka juga dihidangkan berbeza tetamu-tetamu yang lain kerana mereka terpaksa beratur dan mengambil sendiri juadah buffet untuk berbuka.

Tempatnya pula berdekatan dengan ruangan solat, ianya untuk memudahkan adik-adik ini menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebaik sahaja selesai berbuka.





Lauk-pauk yang dijamah oleh anak-anak yatim ini pula sama dengan apa yang dihidangkan kepada tetamu yang lain. Jadi tuduhan kononnya wujudnya perbezaan darjat di antara anak-anak yatim dengan tetamu yang lain sama sekali tuduhan yang tidak tepat!

Nah ambil petikan sms yang dikirim oleh Datuk Ahmad Maslan  :
"Saya pun duduk makan buka puasa dgn mereka bersila..saya tak makan atas kerusi, meja..nampak lebih mesra begitu hajatnya..bukan hasrat utk merendahkan taraf mereka..makanan anak yatim dihidang..dome itu bukti makan dihidangkan, tak perlu beratur, payah sbhg anak kecil..org lain duduk kerusi, tapi makan buffet..anak yatim dapat duit, org lain tak dapat..anak yatim dapat kurma & air zam zam..org lain cuma kurma sahaja.

Jika anak2 kecil itu duduk atas kerusi & guna dome, ada yg mungkin kena berdiri utk ambil makanan sbb makanan dlm dome agak jauh utk mereka capai..atas sbb yg praktikal sbb ada anak yatim yg umur 3, 4, 5 thn walau tak nafi ada yg besar..jika di bawah senang dicapai tangan lauk2 depan mata mereka..jika blogger berkaitan lihat sendiri, maka nampak rasionalnya..ini pendekatan terbaik (wasatiyyah) melihat situasi begitu..saya juga buat aktiviti mcm pimpinan umno yg lain bukan utk promosi diri..banyak aktiviti tak masuk berita pun..jika buat aktiviti dituduh promosi, maka duduk diam sajalah..bila diam dianggap kalah...
Lain kali tanyalah bro...!

Jangan main tulis saja, tahulah sudah tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Lu puasa tak APA, kalau puasa pergi berbuka sajalah. Sia-sia saja lu berlapar dan dahaga tapi sebar cerita tak betul berunsurkan fitnah!

Tengok sikit sambutan PR kepada blogger 'kuda tua' ini :


Kembali bersama kami?

Tak berpihak kepada mana-mana parti konon...

Tapi hari-hari kritik pemimpin UMNO, tapi anehnya tak pernah dia kritik pemimpin PR. Nak ikut jejak Aspan Alias ke orang tua?

Pirahh...!

14 comments:

Anonymous said...

Kawan baik ko jugak bro..
Pernah jadi orang kuat group ko satu masa dahulu..
Hehehe.. :)

Yuseri Yusoff said...

Aku takde kawan yg tkde prinsip perjuangan. :)

Anonymous said...

Orang tua mcm bdk2 pun lu nak layan ke bro. APA tu frust x dpt projek!

Anonymous said...

Jangan begitu bro..
Aku yakin bukan senang ko nak lupakan kawan tido sebantal.. ^_^

Aku Peduli Apa @ APA said...

Gua nak tanya sikit je soalan bodoh untuk lu Yuseri..

Tunjuk gua gambar mamat tu makan dengan anak2 yatim?Ada?

Kalau tak ada i rest my case

Anonymous said...

terbaik la bro.. tapi baru sedar ke si APA tu memang trojan horse PR.. tgk apa yg dia blogkan pun dh tau... di ni ibarat gergaji, sorong makan, tarik pun makan.

Anonymous said...

Kah kah kah! Kan dah kena main dgn org tua ni. Dari dulu lagi blog APA bukan dalam kategori pro BN. Hari hari kutok PM. Buat malu je. Tak ada pendirian. Sekejap cakap nak jual blog, lepas tu nak naikkan ranking, cakap pulak ada sesuatu akan berlaku pada tarikh .....tapi habuk pun tak dak. Gempak je lebih.

C++ said...

Bhai YY...

Hehehehe..... kalu gua komen pon... nanti jadi panjang.... gua gelak jer la yer... hahaha

Anonymous said...

keluar terus menghentam...

Anonymous said...

Apa la korang nie....ahmad maslan buat berbuka puasa bersama anak yatim pun nak di isukan...bagus la dia buat gitu...menjamu org ramai dan anak yatim...dosa pahala...bergantung pada niat dia...kalau niat dia baik...baik la...kalau niat dia x baik...x baik la balasannya...niat nie pulak...antara dia ngan tuhan je...kita mana tau...baik APA atau DOUBLE Y...betul tak....x baik panjangkan...kalau cadangan gua...buat je aktiviti nie sentiasa...x perlu la bln ramadhan je...gua nak buat x mampu...sedekah sket2 je...mana yg mampu...pada yg mampu membuat jamuan pd anak2 ini...gua ttp sokong...bab niat...itu antara lu dgn tuhan la....dr bjb

Anonymous said...

Semua bergantung pada niat.....dr bjb

Yuseri Yusoff said...

Hello APA,

Gambar masa VIP mkn ni tk ramai kameraman nk amik. Lagipun masa tu kameraman pun turut berbuka sama.

Tp yang gua nmpk mmg Tok Mad duduk bersama anak2 yatim. Lu sebenarnya apa masalah bro?

Semua yg UMNO buat x betul, tp kenapa lu tk bantai pemimpin PR eik?

Aneh... ke dah masyuk??? hehehe

Jeepers Creepers said...

org tua tu sakit kot..dah ler muda muda keje kelab dangdut.sebab tu keluarga porak peranda..bertahun makan duit kelab dangdut, bila tua mula ler jiwa tu tak tenang..

blog pun berserabut je dengan gambar ntah apa apa..font besar besar mcm org buta huruf..kesian aku tgk org tua camni...mintak mintaklah dah tua nanti aku tak jadi mcm dia..hidup x tentu arah..

Anonymous said...

alhamdulillah sekurang2nya ada insan yg mampu menggembirakan anak yatim ini..org yg banyak bercakap dan mencela org yg berbuat baik pada anak yatim,apakah sumbangan anda pula?adakah tgk n kutuk2 org lain..apasalahnya kita doakan saudara islam kita..aku xmampu nak buat mcm nie..paling kurang aku bersyukur kerana ada org yg masih ambil berat tentang anak yatim..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...