NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, October 6, 2011

PAS Panik Dengan Kenyataan DHPP - Tipu Kata Laporan Media Tidak Tepat


Panik nampaknya para pemimpin PAS bila Ketua DHPP membidas tindakan PAS yang tidak berbincang dengannya berhubung keputusan mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Hu Pang Chaw dalam kenyataannya sebelum ini meminta PAS menghentikan niat mereka jika tidak mahu hilang sokongan dari penyokong yang bukan Islam.

Justeru itu saya melihat PAS kini dalam dilema, sebab itu draf hudud pun mereka tidak mampu kemukakan kepada pimpinan tertinggi PR. Kalau mereka kemukakan sudah tentu undi bukan Islam dari DHPP sendiri akan hilang, tapi kalau tak tunaikan cakap mereka sudah tentu orang Islam lagi tolak perjuangan palsu PAS.

"Tembelang Pas Kelantan kini pecah apabila cuba menutup kebenaran kenyataan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang menyifatkan sokongan bukan Islam kepada Pas semakin merosot akibat hudud. 
Dalam keadaan Panik, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan secepat mungkin membuat kenyataan dalam harakadaily mengatakan pandangan DHPP yang dilaporkan media kurang tepat. 
Hakikatnya, kurang tepat tidak bermakna salah,cuma aspek laporan disiarkan tidak menepati citarasa Pas. Dr Mohamed Fadzli menjelaskan beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan ingin membuat penegasan bahawa DHPP lahir dari kesedaran di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa perjuangan yang dibawa oleh Pas bukan sahaja untuk menentang BN malah adalah untuk keadilan dan kesejahteraan semua kaum tanpa mengira agama. 
Beliau dengan sendirinya mendakwa bahawasanya, sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap penting PAS, kelab penyokong Pas di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan Pas untuk melaksanakan keseluruhan syariat Islamiah termasuk juga hukum hudud. 
“Malah ada di kalangan pimpinan DHPP sendiri yang meminta supaya hukuman hudud ini dilaksanakan menggantikan undang-undang jenayah yang ada kerana ia lebih adil dan diyakini mampu menyelesaikan ancaman jenayah yang amat menggerunkan dalam negara kita sekarang ini,” ujarnya . 
Ujarnya tidak patut timbul soal DHPP tidak faham dengan sikap Pas kerana beliau yakin keseluruhan ahli DHPP sudah sedia maklum dan faham benar akan matlamat perjuangan Pas.
Tambahnya, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang dikenali sebagai Enakmen Hudud ini telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1993 lagi. 
Isu hudud Pas kini ibarat jatuh ditimpa tangga apabila orang Melayu sudah hilang keyakinan terhadap Pas dalam melaksanakan hudud. 
Pelaksanaan hudud itu tidak dijalankan berikutan keputusan Majlis Pakatan Pembangkang (MPP) minggu lepas, yang dihadiri PAS, DAP dan PKR. Tetapi Kerajaan Pas Kelantan masih mahu melaksanakannya sekaligus menimbulkan kekeliruan. 
Justeru, Dewan Himpunan Penyokong Pas Kebangsaan (DHPP) menjangkakan sokongan terhadap Pas di kalangan bukan Islam di negeri sebelah pantai barat akan merosot pada Pilihan Raya Umum ke-13, berikutan isu hukum Hudud. 
Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, walaupun DHPP sebagai salah satu sayap parti itu, tetapi tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan. Beliau berkata, bukan Islam memberi sokongan kepada Pas dan Pakatan Rakyat adalah kerana mereka mahukan satu pembaharuan dalam ideologi politik yang sesuai dengan suasana negara ini. 
“Di Kelantan, ia mungkin tidak ketara kerana bukan Islam adalah kalangan minoriti, tetapi hudud menjadi isu besar isu besar dalam masayarat bukan islam di pantai barat, kerana yang mereka mahukan ialah suatu pembaharuan dari segi corak pemerintahan dan bukan hudud. 
“Tiba-tiba Pas bawa isu hudud, walaupun dikatakan hanya untuk laksana di Kelantan, tapi ia menimbulkan tanda tanya sama ada ia adalah satu langkah pertama, satu percubaan Pas. 
“Saya tidak nafi bahawa Pas memang tidak pernah ajak DHPP bincang (soal pelaksanaan Hudud) atau rujuk bagi dapatkan pandangan bukan Islam, malah tidak pernah jemput kami bersama dalam mana-mana peringkat mesyuarat pun. Ini merupakan satu kecuaian Pas.” 
Hu yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran KotaBharu,berkata Pas tidak boleh rumuskan bahawa hudud mendapat sokongan bukan Islam di Kelantan, memandangkan jumlah kaum Cina hanya tiga peratus berbanding jumlah penduduk seramai 1.5 juta orang. 
Katanya, Pas harus berpegang kepada ajaran Islam yang mengutamakan ciri-ciri menerang dan mendidik iaitu mendakwah, namun apa yang berlaku di Malaysia ialah melarang dan menghukum. - KHABAR KOTA BARU
YY : Telan mati mak...luah mati bapak... nampaknya Nik Aziz terpaksa terus kulum saja... Hahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...