NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, October 10, 2011

HOT : Dr. Xavier Jayakumar Songlap Dana Sekolah Tamil RM1.67 juta...? #saveSelangor


Baru saja kepimpinan kerajaan Selangor heboh dengan cerita mengenai wujudnya percubaan geng Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim, kini satu lagi dakwaan timbul berkaitan dengan seorang ADUN PKR (Seri Andalas) yang YB Xavier Jeyakumar kononnya beliau telah bertindak menyalahgunakan kuasa dalam proses pengagihan dana untuk Sekolah Tamil.

Isu ini bukan dicipta oleh UMNO Selangor jauh sekali Dr. Khir Toyo - ianya dinyatakan sendiri oleh mereka dari ahli PKR sendiri. Rujuk artikel dari blogger pembangkang :

1. Isu Dana Sekolah Tamil
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Daerah Klang meminta polis menyiasat Dr. Xavier A. Jayakumar yang didakwa menyalah guna kuasa dalam pengagihan Tabung Dana Sekolah-Sekolah Tamil Selangor berjumlah RM1.67 juta. 
Laporan dibuat oleh anggota jawatankuasa PIBG Daerah Klang, G. Jeganathan, 44, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang. Xavier merupakan Exco Kerajaan Selangor didakwa mengagihkan wang tabung tersebut yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 
Tiga NGO yang didakwa menerima peruntukan itu adalah Pusat Pembangunan, Pembelajaran dan Maklumat Kanak-Kanak (CHILD), Yayasan Penyelidikan, Kebajikan dan Pendidikan (EWRF) serta Yayasan Tamil. 
“Sepatutnya wang peruntukan itu diberikan terus kepada lebih 90 sekolah Tamil atau PIBG di Selangor,” kata Jeganathan. Laporan itu dibuat kerana pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan Xavier menyalurkan wang RM1.67 juta itu kepada tiga NGO dan bukannya kepada pihak PIBG atau sekolah-sekolah Tamil Selangor seperti yang sepatutnya. 
“Saya tidak berpuas hati dan saya mahu polis menyiasat perkara ini. “Mengapa kerajaan negeri tidak menyerahkan terus wang tersebut kepada pihak sekolah atau PIBG seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang? 
“Kenapa wang itu perlu diberikan kepada NGO dan kemudian memberi alasan ia akan disalurkan semula kepada pihak sekolah?” katanya. 
Beliau mendakwa, jika wang tersebut disalurkan kepada NGO, dibimbangi ia tidak akan digunakan untuk membangun dan menaik taraf sekolah-sekolah Tamil di Selangor yang kebanyakannya daif.
Dakwanya, ini terbukti kerana tiada wang diserahkan oleh pihak NGO terlibat kepada sekolah-sekolah Tamil setakat ini. 
Kata Jeganathan, beliau telah menghantar surat kepada Xavier untuk mendapatkan penjelasan mengapa peruntukan itu disalurkan kepada NGO tetapi masih belum mendapat jawapan.
SUMBER

YY : Parti Kian Rebah...kunun tiada salahguna kuasa.. tiada rasuah? Pirahhh!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...