NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, October 8, 2011

Senarai Penuh Intipati #bajet2012


Senarai Penuh Intipati Bajet 2012
Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global. RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen

600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM32. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi

Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
 

2 comments:

Anak Lenggong said...

Mari kita lihat komen komen daripada pemimpin PR contohnya:-

Yg best nya ulasan daripada Din Puduraya PAS dalam akbar Sinar ..dia kata warga bekas perajurit kena berterima kasih terhadap pakatan rakyat jerana selama ini dok perjuangkan nasib mereka sehinggakan dapat imbuhan daripada belanjawaan Najib…kah kah kah…PAS berjuang untuk bekas perajurit ke…bukan ke PAS yang dok kata anggota keselamatan tu merupakan kuli British…bila pula laa PAS berjuang untuk mereka ni…didalam pilihanraya pun dikata Undi pos mereka ni pergi ke BN…
Tapi …tak kira laa belanjawan kali ini belanjawan pilihanraya ke apa ke..janji rakyat sesama menikmati limpahan kepesatan ekonomi daripada kerajaan yang perihatin kesusahan rakyat..kalau nak dikasi semua..tak boleh laa..nanti bengrap laa.pulak..sama seperti kata Najib BN dah lama buat negara kebajikan ..bukan seperti PR yang baru nak mula…belanjawan yang nuar brahi keluarkan pun tak menyeluruh..walaupun janjinya cuma menggunakan air liur jee..
Apa yang pasti belanjawan ni tidak akan disyukuri oleh Melayu PAS dan PKR..walau pun mereka ni menganga mulut untuk melahap segala subsidi yang diberi..maklum laa mereka ni melayu subsidi..apa yang pasti Belanjawan kali ini telah membuatkan kote nuar bukan sahaja mati pucuk seperti kata saksi pakar tulang daripada germany tu malah kote nuar terus termasuk kedalam sarung telurnya..
Berkenaan dengan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan..kita kena terima hakikat bahawa sudah menjadi lumrah dunia ..kita sebagai manusia tidak dapat melarikan diri daripada melakukan kesilapan..tak mungkin semua perkara itu boleh dilakukan oleh Najib saorang diri tetapi ianya melibatkan ramai orang..seperti Menteri, Wakil Rakyat, Penguat kuasa kerajaan tempatan..Anggota Keselamatan..Kakitangan Swasta dan Kakitangan Kerajaan..cuma apa yang boleh dibuat adalah mengurangkan kesilapan yang dilakukan..serta mengakui kesilapan yang dilakukan..BUKAN SEPERTI PAK LOBAI PAS DAN PKR TAK MENGAKU APA YANG DILAKUKAN..SEMUA KESALAHAN TU WALAUPUN TERBUKTI MEREKA YANG LAKUKAN TETAPI UMNO YANG DIJADIKAN KAMBING HITAM….

Yuseri Yusoff said...

Bernas bro komen dari lu... gua setuju sangat2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...