BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, October 22, 2011

Terpengaruh Dakyah Barat - Libya Bakal Mengikuti Jejak Iraq...?


Bermula dengan gerakan revolusi akhirnya tercetus perang saudara, yang mana telah menghancurkan ekonomi serta infrastuktur negara Libya. Dan semalam Presiden Muammar Ghadaffi telah dibunuh kejam oleh rakyatnya sendiri.

Mayatnya pemimpin utama Libya itu diperlakukan umpama bangkai haiwan, dibiarkan dengan tidak berpakaian dan berlumuran darah serta dipamerkan untuk tontonan orang ramai. Besar benarkah dosa Muammar Ghadaffi kepada rakyatnya sehingga beliau dibunuh dengan begitu kejam?

Difahamkan Muammar Ghadaffi adalah seorang pemimpin Islam yang berani dan begitu ditakuti oleh dunia barat serta yahudi, tapi akhirnya pemimpin yang lantang dan ditakuti oleh dunia barat ini gugur dan tewas di tangan rakyat negaranya sendiri gara-gara rakyat Libya terpengaruh dengan dakyah barat.

Revolusi Arab 'The Spring Arab' yang bermula di Tunisia merebak ke beberapa negara arab yang lain seperti Mesir, Bahrain, Yaman dan Libya serta beberapa negara arab yang lain.

Semuanya terjadi atas satu sebab iaitu rakyat arab kononnya mahukan revolusi untuk mendukung demokrasi. Tapi sayangnya selepas pemimpin mereka mati, negara mereka terus bergolak dan dilanda pelbagai masalah contohnya Iraq.

Tulisan YB Zulkif Nordin amat menarik untuk dikongsi bersama :
(01) Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing. Tak payah nan tuntut royalti dah! Ini juga amalan kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan di dalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!; 
(02) Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%; 
(03) Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/riba; 
(04) Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah dan Qaddafi serta isterinya masih duduk di dalam khemah; 
(05) Di Libya tidak ada rumah yang dipajak; 
(06) Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberi tanah, haiwan ternakan dan benih percuma; 
(07) Tidak ada bil elektrik di Libya; 
(08) Pendidikan adalah percuma; 
(09) Kemudahan perubatan adalah percuma; 
(10) Tiap-tiap pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada kerajaan; 
(11) Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cent per liter; 
(12) Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah; 
(13) Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
(14) Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain; 
(15) Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak di bawah subsidi kerajaan; 
(16) Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi; 
(17) Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik ilmu hanyalah 10%; 
(18) Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat; 
(19) Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.
Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi Zionis la'natullah. 
Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonominya! 
Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tdak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukupi untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas saja. 
Maka Amerika, Barat dan Yahudi Ziois la'natullah tidak ada pilihan lain melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi kerajaan mereka sendiri. 
Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri. 
Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik. 
YB Datuk Zulkifli Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru 
Selasa
13 Zul Qaedah 1432 / 11 Oktober 2011
Petikan berita :
Libya, 22 Okt — Keluarga Muammar Gaddafi menuntut jenazah bekas pemimpin Libya yang digulingkan untuk dikebumikan mengikut tradisi orang Islam. 
Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi stesen televisyen pro-Muammar berpejabat di Syria, keluarga Muammar mahu jenazah pemimpin itu, anak Mo’tassim dan mereka yang terbunuh Khamis lalu di bandar kampung halamannya Sirte diserahkan kepada mereka. 
“Kami meminta PBB, Pertubuhan Persidangan Islam dan Amnesty International agar memaksa Majlis Peralihan (Kebangsaan) menyerahkan jenazah mereka kepada suku kami di Sirte dan membenarkan mereka mengadakan upacara mengikut budaya dan prinsip Islam,” kata kenyataan itu. 
Di Misrata, komander tempatan Addul-Salam Eleiwa menunjukkan jenazah Muammar yang diletakkan di atas satu tilam dalam lepuh sejuk di sebuah pasar dengan kesan peluru dapat disaksikan di bahagian kepalanya. 
“Beliau (Muammar) akan mendapatkan haknya, seperti mana-mana Muslim. Jenazanya akan dimandikan dan akan dilayan dengan penuh maruah. Saya menjangkakan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam dalam 24 jam,” katanya lagi. 
Berpuluh-puluh orang, ramai dengan telefon bimbit berkamera membanjiri kawasan pasar untuk melihat jenazah Muammar.

Inilah sebenarnya yang cuba dibuat ketika demontrasi Bersih 2.0 tempoh hari, tetapi kita percaya rakyat Malaysia kebanyakkannya berfikiran rasional. Malah jika diteliti daripada rekod negara-negara yang pernah mengalami revolusi jelas dilihat mereka kini lebih mundur daripada kita Malaysia.

Hati saya agak marah bila melihat seorang pemimpin diperlakukan umpama binatang semuanya kerana terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh dunia barat.



YY : Semoga Allah melindungi rakyat Libya...

6 comments:

Anonymous said...

sedeynye..!!!

AL FATHIAH

Anonymous said...

Inilah bodohnya orang arab, kalau mereka bersatu nescaya mereka akan menjadi kuasa besar di dunia ni.

YY said...

Harap negara kita tak ikutlah jejak mereka ni...

AL-FATIHAH...

Anonymous said...

gadaffi ada wawasan dan oklah juga krn dia menyayangi rakyat libya. TETAPI bila anak2nya besar maka bermulalah masalah anak2 merosakkan nama bapa tanpa pengatahuan bapa.

jatuhnya gadaffi kerana anak2nya yang menyundalkan harta negara seperti harta sendiri. berjoli-jolian didalam dan diluar negara sehinggakan berpesta dengan pelakon2 & penyanyi2 hollywoods sepanjang masa sambil membuli rakyat bapanya, gadaffi tdk mengatahui kesusahan rakyatnya lagi kerana sentiasa dikelilingi oleh kumpulan anak2nya yang memberi berita2 indah dan palsu tentang rakyat bapanya.

gadaffi menyerahkan segala2nya pada anak2nya, itulah kesilapan dia sehingga terpaksa sembunyi dalam lubang tahi dan akhirnya dah jadi arwah kerana ditibai oleh pasukan al-qaeda anjing buas amerika dipelihara amerika selama ini untk memusnahkan negara2 islam.

org2 arab sangat syg dan jatuh cintan dengan amerika dan eropah. janganlah kita disini menyangka sebaliknya. mereka suka cara dan kehidupan barat dan akan buat apa sahaja utk amerika dan eropah.

YY said...

Terima kasih di atas komen saudara. Saya sangat hargai komen bernas begini.

Anonymous said...

GADDAFI SEORG PEMIMPIN YG TEGAS DAN BERPERINSIP, KERANA KETEGASAN BELIAU LAH LIBYA MAMPU BERDIRI DENGAN KAKI MEREKA SENDIRI TANPA SEBARANG HUTANG YG BESAR.RAKYAT MEREKA TURUT MENDAPAT MANFAAT DARI HASIL MINYAK MEREKA DAN MAJORITI RAKYAT LIBYA MASIH SAYANGKAN GADDAFI...BARAT SEDAR MEREKA TIDAK MAMPU UNTUK MENGANCAM GADDAFI JADI DENGAN KUASA WANG MEREKA MENGASUT SEBAHAGIAN DARI RAKYAT LIBYA SEMDIRI UNTUK MENJATUHKAN GADDAFI..JIKA NAK DIKUTKAN GADDAFI BERPELUANG BESAR UNTUK MELARIKAN DIRI SEPERTI MANA YG DILAKUKAN ANAK SULUNG BELIAU TETAPI KERANA PERINSIP BELIAU UNTUK HIDUP DAN MATI DI BUMI LIBYA BELIAU TERUSKAN PERJUANG DAN MENUGGU MUSUH DI BUMI KELAHIRAN BELIAU....AL FATIHAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...