BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, October 6, 2011

HOT : Dewan Himpunan Penyokong PAS Bantah Hudud Impian Nik Aziz...

Hu Phan Chow Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS

PAS yang cuba kitar semula Hukum Hudud demi meraih sokongan orang Islam terutamanya di Kelantan nampaknya bukan sahaja ditempelak oleh 'abang besar' mereka iaitu Karpal Singh sebaliknya Dewan Himpunan Penyokong PAS turut membidas tindakan PAS yang ingin melaksanakan Hukum Hudud tanpa memberi perjelasan yang secukupnya kepada masyarakat bukan Islam.

Selagi penerangan kepada masyarakat bukan Islam gagal dipraktikkan oleh PAS, Hu Phan Chow beranggapan selagi itulah PAS tidak akan berjaya melaksanakan hukum berkenaan. Menurut Hu walaupun masyarakat Islam menerima perlaksanaan hukum berkenaan PAS tidak sepatutnya menafikan hak beliau untuk menyatakan pandangannya berhubung isu tersebut.

Namun disebalik hiruk-pikuk Nik Aziz 'menjaja' Hukum Hudud untuk menutup isu kebengongan Mat Sabu, PAS Kedah pula mengeluarkan kenyataan bahawa PAS Kedah tidak akan melaksanakan Hudud buat masa ini kerana mereka berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR.
'Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu.'' (Datuk Seri Azizan Abdul Razak - MB Kedah)
Apa yang jelas di sini adalah, selagi PAS 'bersetubuh' dengan DAP dan PKR selagi itulah segala perancangan dan janji yang ditabur oleh PAS merupakan sandiwara politik bertujuan untuk menarik sokongan orang Islam.

Nampaknya PAS kini sudah memilik 3 versi. Iaitu PAS Kelantan, PAS Kedah dan PAS Selangor.

Walaupun bernaung di bawah satu bendera perjuangan parti ini kelihatan agak berbeza di setiap negeri.

Padey keno kencing gitu doh...

Hahaha...

Laporan oleh Ali Salleh dari Khabar Kota Bharu :

JALAN BAYAM – Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chow membidas sikap kurang bertanggungjawab kerajaan Pas Kelantan yang enggan memberi penjelasan kepada bukan Islam berhubung soal Hudud. 
Malahan beliau tetap mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjejasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini sebelum melaksanakannya. 
Katanya, selagi perkara itu tidak dipraktikkan selama itulah Pas masih gagal melaksanakan hukum itu dalam masyarakat majmuk seperti di negara ini. 
“Oleh itu, Pas perlu mengambil kira dan menerima padangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya. 
Beliau diminta mengulas kenyataan sesetengah pemimpin Pas bahawa parti itu tidak perlu berunding dengan pemimpin bukan Islam, termasuk DHPP dalam usaha melaksanakan syariah Islam itu di negeri ini. Menurut Hu, walaupun masyarakat Islam, khasnya di Kelantan tidak menentang pelaksanaan hukum itu kerana itu hak mereka, tetapi ini tidak bererti pandangannya tidak perlu diambil kira. 
“Sebagai salah satu sayap parti, penglibatan DHPP dalam perkara ini penting demi survival politik dan harus dilihat di peringkat nasional dan bukan negeri semata-mata,” katanya. Ini kerana, katanya, Kelantan mungkin tidak menghadapi masalah besar kerana 99 peratus rakyat terdiri di kalangan majoriti orang Islam. 
“Kenyataan sumbang sesetengah pemimpin Pas itu bukan saja gagal untuk menarik bukan Islam menyokong parti jika terus mempertahankan usaha untuk melaksanakan hukum itu di negara ini,” katanya.  
Beliau menambah, Pas perlu menghentikan isu itu ketika ini kerana ia tidak boleh membantu menarik sokongan rakyat bukan Islam negara ini serta ia tidak mempunyai makanisme dalam menangani isu itu berbanding dengan Barisan Nasional(BN). 
Ramai pemimpin BN berpendapat tindakan Pas yang didakwa terus‘bersendiwara’dengan rakyat berhubung isu hukum hudud. “Sebab itu terdapat banyak suara sumbang kedengaran termasuk dari rakan parti pakatan pembangkang, terutama DAP yang mempersoalkan usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan,” katanya. - KHABAR KB

YY : DAP kata Nik Aziz orang tua yang perlukan perhatian, DHPP pula minta PAS hentikan isu Hudud. Kalau gedeber masukkan saja janji untuk melaksanakan Hudud dalam manifesto pilihanraya.

2 comments:

Anonymous said...

Pas Terengganu lagi hebat, liwat dengan isteri boleh.

ajai62 said...

Assalam Bro

Lantak pelah kat PAS... Penyakit cari sendiri... Sekarang ni kawan syaitan dia paling rapat (kononnya) dah memberontak... Padan muka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...