NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, October 24, 2011

Karpal Singh Akui 'Khalifah'Guang Eng Tidak Menunaikan Janji Yang Ditabur...

Karpal Singh mengakui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dapat menunaikan janji berhubung Kg. Buah Pala kerana terpaksa akur dengan keputusan mahkamah. Jika Lim Guang Eng ingkar arahan mahkamah dan tetap ingin membantu penduduk Kg. Buah Pala beliau boleh dipenjarakan.

Selepas itu penduduk ada membuat rayuan tetapi gagal.

Sebenarnya dalam kes Kg. Buah Pala penduduk memang tidak boleh membuat rayuan memandangkan isu locus standi (hak di sisi undang-undang) gagal dikemukakan. Guang Eng, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim mungkin tahu mengenai hal locus standi ini.

Kerana ketika berkunjung ke kampung tersebut Anwar Ibrahim telah diserahkan dokumen oleh penduduk Kg. Buah Pala sebagaimana dapat diperhatikan dalam video (bawah). Tanpa meneliti dokumen tersebut dari sudut undang-undang Anwar Ibrahim terus menabur janji bahawa isu ini akan selesai dengan menghubungi YB Karpal Singh.

Ulang tayang bagaimana 'hero' rakyat memberi harapan walaupun mereka tahu hakikat sebenar mereka tidak mampu untuk menunaikan janji yang ditabur.



Tapi dek kerana ingin mendapatkan sokongan dan undi rakyat Kg. Buah Pala, Anwar Ibrahim  & the gang tetap berjanji dan memberi harapan bahawa jika penduduk Kg. Buah Pala memberikan mereka kemenangan masalah Kg. Buah Pala akan selesai kerana Guan Eng adalah geng beliau.

Maka terloponglah rakyat Kg. Buah Pala bila Anwar Ibrahim turun dan memberi jaminan tersebut. Jadi tak payahlah Karpal Singh banyak pusing kononnya janji tersebut gagal ditunaikan demi mematuhi arahan mahkamah.

Isu di sini adalah - pembangkang hanya pandai menabur janji walaupun mereka tahu janji tersebut TIDAK BOLEH dilaksanakan. Janji dibuat semata-mata untuk meraih undi rakyat sahaja.

Kalau hendak tahu maksud perkataan 'JANJI PILIHANRAYA' yang selalu dicanang pembangkang terhadap kerajaan, inilah contoh yang terbaik...

Wahai Tetuan Karpal Singh sini mari saya mahu cakap sikit...

Itu pembangkang bukan sahaja janji Kg. Buah Pala dia tarak tunai, janji di bawah pun belum ditunaikan lagi you tau kaa bhaiii....?


Kesimpulannya bhaiya Karpal Singh... you pembangkang cakap saja tahu, janji banyak baik you ada kasi, you kritik juga pandai, tapi itu 'solution' you tarak bagi juga bhaii... Lepas itu you lagi mahu sembang konon you sama itu Guan Eng hormat sama undang-undang juga...

Pirah Singh...!


YY : Kalau kerusi roda tu mampu bercakap dah lama agaknya dia beritahu jangan percaya sama tuan saya... dia banyak pooosinggg punya worang... Haha!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...