Ramai yang beranggapan bahawa tindakan Mahkamah Tinggi Australia melarang penghantaran suaka ke Malaysia telah menjejaskan imej Malaysia. Oleh sebab itu untuk membetulkan tanggapan negatif ini Datuk Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri tampil memberi perjelasan ketika disoal oleh MP Batang Saadong Nancy Shukri.
Sebenarnya Mahkamah Tinggi Australia tidak pernah membuat keputusan sama ada dokumen Aturan yang ditandatangani kedua-dua negara sah atau tidak. Mahkamah Tinggi Australia hanya mengeluarkan injuksi tetap bagi melarang penghantaran pemohon suaka ke Malaysia sebagaimana dipersetujui dalam Aturan.
KUALA LUMPUR: Tindakan Mahkamah Tinggi Australia melarang penghantaran pemohonan suaka ke negara ini tidak akan menjejaskan imej Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana dokumen Aturan yang ditandatangani Malaysia-Australia adalah selaras dan menyokong kerangka kerjasama serantau yang dipersetujui pada 30 Mac lalu.
"Kerangka kerjasama serantau tersebut bertujuan menangani isu pergerakan secara tidak sah migran termasuk pelarian dan pemohon suaka," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Beliau menjawab soalan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) yang ingin mengetahui implikasi imej Malaysia akibat diisytiharkan perjanjian di antara Malaysia dan Australia tidak sah berhubung isu pendatang asing yang memohon perlindungan.
Dalam pada itu Hishammuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa Mahkamah Tinggi Australia tidak pernah membuat keputusan sama ada dokumen Aturan yang ditandatangani oleh Malaysia dan Australia adalah tidak sah atau tidak.
"Mahkamah Tinggi Australia pada 31 Ogos lalu hanya mengeluarkan injunksi tetap bagi melarang penghantaran pemohon suaka ke Malaysia seperti yang dipersetujui kedua-dua negara," katanya.
Selain itu katanya, Malaysia tetap komited kepada kerjasama yang dipersetujui dengan Australia di bawah dokumen Aturan mengenaipertukaran dan penempatan semula pemohon suaka.
Malah menurut beliau, Australia turut menunjukkan komitmen bagi menjayakan kerjasama berkenaan melalui usaha kerajaan mereka meminda Akta Migrasi 1958 negara berkenaan.
"Usaha mereka ini bagi membolehkan kerjasama dengan Malaysia dilaksanakan serta membolehkan permohonan taraf pelarian oleh pemohon suaka ke Australia di negara-negara seperti Papua New Guinea dan Nauru.
"Pindaan ini telah dibentangkan di Parlimen Australia dan dijangka didebatkan pada penggal negara tersebut yang bermula hari ini," katanya. - mstar
No comments:
Post a Comment