Lama sungguh saya tidak menjejakkan kaki di Kelantan negeri kelahiran saya sejak saya berpindah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2000. Namun disebabkan urusan kerja bulan lepas saya kembali menjejakkan kaki di bumi Kelantan Darulnaim atau sinonim dengan gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang.
Sejak PAS memerintah Kelantan dari tahun 1990 Kelantan dilihat begitu ketinggalan dari arus kemodenan berbanding dengan negeri-negeri lain. Tapi ketika saya pulang tempoh hari saya sempat menjenguk beberapa kawasan di Kelantan untuk menilai sejauh manakah kemajuan yang dibawa oleh PAS Kelantan di bawah pentadbiran Nik Aziz Bin Nik Mat.
Jika hendak dibandingkan dengan tahun 1990-2000 Kelantan tiada apa yang menarik, namun kini di kawasan bandar contohnya Kota Bharu dan Kubang Kerian kelihatan bangunan-bangunan moden sudah menghiasi daerah tersebut. Tapi kebanyakkan kawasan lain saya berani katakan situasinya masih lagi sama dengan 10 tahun yang lepas. Tiada apa yang berubah, pendek kata masih di takuk lama...
Saya meminta seorang rakan membawa saya ke Bachok kerana saya ingin melihat sejauh mana ketinggian tokong yang digembar-gemburkan sebelum ini. Dalam perjalanan saya sempat melihat daerah ini masih lagi ketinggalan bahkan keadaan masih sama dengan tahun 2000 di mana kali terakhir saya melihat kawasan ini.
Lampu trafik ini telah berkurun rosak namun sehingga kini tidak digantikan. |
Keadaan Stesen minyak dari Tawang menuju ke Bachok. |
Bila kita sebut Kelantan orang akan kata 'negeri Serambi Mekah', kerana kerajaan negeri Kelantan dikatakan menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap diri rakyatnya. Bila sebut serambi Mekah sudah tentu dalam benak fikiran kita ialah banyaknya masjid-masjid dan tempat-tempat beribadat untuk orang Islam memandangkan lebih 90% penduduk Kelantan adalah Melayu Islam.
Jika ini yang anda jangkakan, saya ingin mengatakan jangkaan anda meleset, kerana di Kelantan saudara pembaca akan melihat ketinggian berhala melebihi paras ketinggian kubah-kubah masjid. Contohnya tokong yang tersergam indah di daerah Bachok cukup tinggi bahkan sejauh 5 kilometer sudah kelihatan kelibat patung tersebut.
Tapi yang anehnya daerah tersebut mengikut pengetahuan saya tidak ramai penganut Buddha jika hendak dibandingkan dengan orang Islam. Tidak cukup dengan patung Buddha berdiri saya difahamkan oleh sahabat saya bahawa sebuah tokong lagi sedang dalam pembinaan beberapa meter dari tokong tersebut.
Namun saya tidak mendapat kepastian adakah tapak dalam pembinaan itu sedang membina sebuah lagi patung buddha ataupun mereka sedang membina sebuah rumah banglo untuk menantu Nik Aziz.?
Hahaha...
Lagi tokong dalam pembinaan...? |
Bila melihat keadaan ini, saya rasa wajarlah Nik Aziz Nik Mat tukar sahaja nama negeri Kelantan daripada Serambi Mekah ke Serambi Tokong. Ianya dilihat lebih sesuai kerana Kelantan kini popular dengan patung-patung buddha yang besar berbanding dengan masjid.
Kebersihan Diabaikan Kerajaan Negeri?
Tidak sah jika berkunjung ke Bachok tidak melihat keindahan pantainya, setelah terpegun melihat ketinggian patung Buddha, saya singgah menghilangkan dahaga di Pantai Irama Bachok. Pantai ini merupakan salah satu pantai yang popular di Kelantan.
Tapi ketibaan saya disambut dengan persekitaran yang kotor, bahkan saya melihat seolah-olah pantai ini tidak diuruskan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan. Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya, bukankah Islam itu menggalakkan umatnya supaya sentiasa menjaga kebersihan...?
Sampah sarap dapat dilihat berteraburan di tepi-tepi pantai, seolah-olah pantai ini tidak dikunjungi oleh manusia. Walhal setahu saya lokasi Pantai Irama Bachok ini sentiasa menarik perhatian pelancong luar negara. Bajet untuk menaikkan billboard yang memaparkan gambar Tok Guru tersengih mereka laburkan wang berjutaan ringgit, tetapi soal kebersihan nampaknya kerajaan PAS Kelantan begitu berkira untuk melaburkan sedikit peruntukkan.
Seolah-olah pantai berhantu... |
Sampah berteraburan sepanjang pantai |
Ini belum lagi saya tulis mengenai rumah saya yang masih lagi menggunakan air telaga disedut melalui mesin, faham-fahamlah air telaga ini, baunya kadangkala cukup tidak menyenangkan. Namun air itulah yang digunakan dalam aktiviti seharian rakyat Kelantan.
Jom kita baca kembali luahan hati anak muda Kelantan dalam suratnya yang telah disiarkan di beberapa blog sebelum ini KLIK SINI
YY : Padey doh 20 tahun adik kakok weii... kito try BN sepenggal kor guano...?
14 comments:
tak payah try la walau sehari pun sebab umno @ bn ni munafiq, demo tau dok? kalau demo tak tau, demo meme bengong.
Apa dah jadi ni POK NIK?? Dengar ada disko rimba kat kelantan, mcm2 lah..sarng pelacoran bleluasa jugak..? Kacian nama jela gah Serambi Mekah padahal...hehehe, lu pikir laa sendiri
Indah khabar dari rupe....
Indah khabar dari rupe...
ini lah dinamakan membangun bersama isle...
tu la keja pengikut PAS, dok label orang, kapir la, munafik la, fitnah lagi, mencarut, maki hamun orang jangan kira la.... awat puak2 hang tu MAKSUM ka, jangan kita ambik urusan ALLAH dah la ye ... TEPUK DADA TANYA IMAN ... selamat beramal!
Anon October 5, 2011 7:20 PM,
Pengikut PAS memang ditugaskan untuk mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan mereka.
Normal la tu...
GELARE BARU KELATE DARUL TOKONG.
KETUA TOK CHA NYO SAPO...CUBO ADIK KAKOK TEKO..KAWE TAHU DOH......
bakpo xtnjuk bndar kota bharu nga k.kerian..??duk tnjuk kg jah..negeri laen beh BN pn ado jgok daerh xmembngun sgt..
sapo lulus projek gereja trbesar d asia tggara d bukit jalil..???
kawe meme sokong la demo oyak gini sal klate..bia ore klate sedar..p mslhnye diorang xsdar2 lg sjak 20 thun dlu..dlu famili ak org kuat pas, p da jd org kuat umno sbb nmpak sgt pas ni xde pndirian n xbrtnggungjawab..rumoh ak kt wkaf che yeh nuh, still guno air boring..nk hrap ko air krajaan?..puihh,.slow nk mapuh..dh la kuning..kalu nk kiro, wkaf che yeh nuh, kawase bndar p air xbrapo nk molep..krajaan pas ni bicey pasal gapo la tiap kali ado mesyuarat negeri..herey kawe..derah teh nk umu kota bharu 'bandaraya islam'..unsur2 isle alek celoh mano taw nga kotor gitu..nk kato msjid banyok, xdk alah mano kalu nk bnding nga teganu hk x iktiraf bndraya islam..haha..malu kawe..tu xtnjuk ag sampah2 hk mpkb x pungut..
oghe kelate,
supo la dgn umah kakak, abang dgn mok ayah angkat kawe. Zaman kawe sekoloh sampai loni dok guna air telago, dulu kkara guno tangan. Mujur loni mampu sikit buleh beli enjin sedut air.
Tp bau toksah royak la... aduh try gak berubah sekali kito tengok.
Zaman nabi dulu Semua patung di kota Mekah di musnahkan.zaman BN perintah dulu tokong takut dia dok bersila dan tidor jah,zaman PR memerintah di negeri serambi mekah dia berani dah dan bangun berdiri dok intai tengok Puak PR dok buat gapo.....
Sokong kelantan tukar jadi Darul Tokong
BODO WEHHHH......molek dari sampah maksiat macam lain,,,mung tu xreti nak syukur nak kaitkan ngan politik,,,aik mung g surau tobak,,mung tua nak mapuh doh,,,,,serambi mekah leklok nak tukar lagi,,tolol,..
maaf, tlonglah jgn hina Nik Aziz. let aside hal politik, di tu ulama'..
Post a Comment