NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, October 22, 2011

Pejuang Negara & @khairykj Gegarkan Pentas #PATRIOT Di Bkt. Kepong


Bukit Kepong menjadi lokasi pertama Pemuda UMNO Malaysia untuk memulakan siri jelajah Pentas Patriot yang diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran mengenai fakta-fakta dan peristiwa sejarah negara kepada semua rakyat terutama golongan muda.

Patriot yang diilhamkan oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika menjelang demontrasi Bersih 2.0 pada Julai yang lalu kini memulakan siri ceramahnya di Bukit Kepong semalam dengan membawa beberapa bekas pejuang negara antaranya Datuk Temenggong Kanang anak Langkau dan Tn. Shafie Bin Bakri Presiden Bekas Polis Malaysia.

Siri Jelajah Pentas Patriot dimulakan dengan ucapan berapi Lokman Adam yang menyerang PAS dengan mengemukakan fakta berhubung pembohongan mengenai penutupan kilang arak, pusat hiburan yang dijanjikan ketika pilihanraya 2008.


Kanang anak Langkau menerima tepukan gemuruh dari penduduk Bkt. Kepong

Siri jelajah ini difahamkan diadakan demi memperbetulkan kembali fakta sejarah yang telah diseleweng oleh Mat Sabu dalam ceramahnya sebelum ini yang telah mengatakan bahawa anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong merupakan tali-baru British dan bukan wira negara. Sebaliknya Mat Sabu bertindak mengiktiraf Mat Indera dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Tindakan bengong Mat Sabu telah mengundang bantahan pelbagai pihak terutama sekali waris-waris anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong, malah beratus laporan polis dibuat ke atasnya selepas rakaman ceramah tersebut dimuat-naik  di youtube dan disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan.

Pentas Patriot Unik

Siri jelajah Pentas Patriot Malaysia Tanahairku bagi saya ianya agak unik dan ada sedikit kelainan daripada siri ceramah yang selalu diadakan oleh Pemuda UMNO sebelum ini. Selain menampilkan bekas pejuang negara, siri ceramah ini turut diselitkan dengan tayangan pentomin yang dilakonkan oleh beberapa anggota polis.


Pentomin ini bagi saya bagus jika diteruskan dalam setiap siri jelajah Pentas Patriot, kerana babak-babak yang ditayangkan mampu untuk menarik golongan muda yang mana mereka ini kadangkala tidak begitu berminat untuk mendengar ceramah. Dengan adanya pentomin ini mesej dan fakta sejarah yang cuba disampaikan mampu diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuklah anak-anak kecil.

Aksi bagaimana anggota Polis Bkt. Kepong mempertahankan balai tersebut.
Babak komunis menyerang Balai Polis Bkt. Kepong

Datuk Temenggong Kanang anak Langkau dalam ceramah ringkasnya menyatakan perasaan marah terhadap Mat Sabu kerana menggangap para pejuang dan rakan-rakannya yang terkorban dalam menentang komunis sebagai tali-barut British.

Tn. Shafei Bin Bakri pula menganggap tindakan Mat Sabu yang menghina anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bkt. Kepong sebagai satu penghinaan besar daripada pemimpin parti yang bertopengkan Islam kepada anggota-anggota polis. Kenyataan tersebut merupakan kenyataan jijik dan bodoh yang dibuat demi meraih populariti daripada pemimpin DAP.

"Agi Idup, Agi Ngelaban"...

Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula dalam ceramahnya memberikan input dan fakta-fakta yang berguna mengenai sejarah negara, malah secara sinis mengatakan bahawa Mat Sabu merupakan bakal Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat jika mereka memerintah kelak yang disambut dengan gelak tawa para hadirin.

"Memandangkan Ketua Umum mereka berhadapan dengan pelbagai salah laku moral, Lim & Son's tak layak jadi PM ikut perlembagaan, Hadi pula sudah tua, Nik Aziz lagilah tua...jadi hanya Mat Sabu sahaja yang layak jadi PM, dan adakah pada waktu itu Mat Sabu akan bentang bajet dan memberikan pencen dan wang sara hidup kepada anggota komunis?" soalnya.



Secara keseluruhan saya melihat siri jelajah Pentas Patriot Malaysia Tanahairku yang akan memulakan siri jelajahnya selepas ini bakal menutup 'kegagalan' Pemuda Patriot ketika demontrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu.

Gambar menarik :













YY : Membela para pejuang negara, beri penerangan mengenai fakta sejarah kepada setiap lapisan masyarakat... Angkat topi untuk siri jelajah Pentas Pemuda Patriot...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...