Antara kandungan bajet Pakatan Riot adalah :
a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.Nampaknya Pakatan Riot cuba menarik sokongan rakyat dengan membentangkan bajet alternatif tiga hari sebelum Bajet 2012 diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak.
b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.
c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.
d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.
e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.
f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.
g) Pelaksanaan skim “Bina dan Jual” secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.
h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.
Kalau sekali tengok memang indah, malah rakyat yang hidup dibelenggu dengan kenaikkan kos sara hidup mungkin terpengaruh dengan keindahan bajet alternatif ini. Pakatan Riot memperuntukkan RM220 billion untuk bajet 2012.
Dulu mereka tampil dengan angan-angan program 100 hari jika mereka memerintah dalam Buku Jingga, sekarang buku tersebut entah ke mana kini mereka tampil dengan bajet tersendiri. Soalan mudah untuk Pakatan Riot....
Sudahkah ekonomi rakyat Selangor diperkasakan...?
Sudahkah ekonomi rakyat Kelantan diperkasakan...?
Sudahkah ekonomi rakyat Kedah diperkasakan...?
Cakap guna air liur semua boleh....
Ulasan Tun Mahathir mengenai bajet taik kucing PR :
KUALA LUMPUR: "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang.
Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.
Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan terbabit sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.
"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini.
"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.
"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan. - BERNAMA
YY : Janji di Selangor pun berlambak tak ditunaikan...
No comments:
Post a Comment