NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Zuraida Kamaruddin. Show all posts
Showing posts with label Zuraida Kamaruddin. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Diancam Orang Presiden PKR, Kandungan Laporan Polis SUPOL Zuraida Kamaruddin!


Parti Kian Rapuh (PKR) semakin hari semakin bercelaru, selepas menghantar satu surat kepada Presiden PAS supaya menasihati Presiden PKR Kak Wan berundur daripada jawatan yang disandang. Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang mengadu pula kepada polis kerana bimbang keselamatannya selepas diburu oleh orang-orang Kak Wan.

Antara kandungan laporan polis yang dibuat oleh Fareez adalah :
1. Saya seperti penama di atas dengan ini ingin membuat laporan polis kerana saya khuatir dengan keselamatan saya dan keluarga saya yang kini sedang terancam dan dalam bahaya. 
2. Semasa menginap di Hotel Sama-Sama KLIA, saya telah diberitahu oleh pihak hotel terdapat beberapa orang yang tidak dikenali cuba mencari maklumat mengenai bilik penginapan saya. Saya percaya bahawa kemungkinan mereka ini adalah dari kalangan penyokong atau orang suruhan Datin Seri Wan Azizah yang marah dengan saya. 
3. Saya yakin bahawa saya kini sedang diburu oleh para penyokong atau orang suruhan Wan Azizah, rentetan kesan daripada surat yang ditulis oleh saya kepada Tuan Guru Hadi Awang dan sisipan salinan kepada Tok Guru Nik Aziz serta YB Karpal Singh. 
4. Dalam kandungan surat tersebut, saya telah meminta jasa baik Tuan Guru Hadi untuk menasihati Wan Azizah agar sedia berundur kerana beliau tidak layak untuk memimpin parti dan hanya YB Azmin Ali yang layak. Jelas, surat saya tersebut telah menimbulkan kemarahan Wan Azizah terhadap saya.  
5. Saya juga percaya bahawa Wan Azizah juga berniat mahu menghancurkan karier politik saya dalam Keadilan atas faktor cemburunya terhadap hubungan rapat antara saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini ada pihak yang mengganggu gugat keselamatan saya dan keluarga. 
6. Maka, saya memohon pertolongan dari pihak polis untuk memberi jaminan perlindungan dan keselamatan kepada saya dan keluarga dari pihak yang mahu mengecam saya.
Kita tidak perlu tanya kepada PKR, kerana jawapan yang akan diterima sudah pasti pihak yang akan dipersalahkan adalah UMNO, begitu juga jawapan yang diberikan oleh pembantu Kak Wan apabila saya bertanya tentang isu ini melalui laman twitter :
Mungkin mereka sudah disuntik dengan perkataan "salah umno, budaya umno", sehingga segala apa soalan yang saya ajukan jawapan yang diberikan sama. Seperti mana saya katakan sebelum ini saya bersetuju dengan Fareez agar Presiden PKR Kak Wan berundur daripada jawatannya [sini]

Walaupun terdapat desakan ahli bawahan agar Presiden mereka berundur sehingga ke hari ini tiada respon daripada Kak Wan. Sebaliknya Zuraida Kamaruddin pula yang tampil membuat penafian mengatakan bahawa Fareez bukan bekerja dengannya.

Hahaha...

Pembohong!

Saya pernah melihat kelibat Fareez mengekori Ahli Parlimen Ampang ini ke mana sahaja, tetapi selepas Fareez menulis surat memohon campur tangan Hadi Awang, tiba-tiba tampil menafikan Fareez bekerja dengannya.

Alahai...

Saya bersimpati dengan nasib Fareez, tetapi apakan daya, sudah itu yang dipilihnya. Sudah tahu Anwar Ibrahim itu adalah suami kepada Presiden parti yang disertainya, kenapa cuba-cuba menjalinkan hubungan intim dengan suami orang?

Hahaha... (tidak pasti sama ada ke ranjang atau pun tidak..haha)

Tidak mungkin ahli bawahan yang baru setahun jagung berpolitik, berani mendesak supaya Presiden malah individu yang bertanggungjawab menubuhkan (ADIL) pada tahun 1999 berundur tanpa ada dorongan daripada orang lama parti tersebut.

Persoalannya, siapa yang mendorong Fareez menulis surat tersebut?

Zuraida Kamaruddin atau Azmin Ali?

Tuesday, August 23, 2011

"Zuraida Kamaruddin...See You In Court" - KDN


KDN mula memberi reaksi terhadap fitnah Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR, berhubung dakwaan yang dibuatnya bahawa program 6P yang dilakukan oleh KDN dan Imigresen merupakan medan BN mendaftarkan warganegara mendapatkan pengundi.

Tidak cukup dengan dakwaan tanpa bukti, Zuraida Kamaruddin juga telah memalsukan satu akaum bersumpah. Kononnya 'akuan sumpah' tersebut diberikan kepada PATI-PATI yang didaftarkan dalam program 6P sebelum diberikan taraf warganegara.

Akuan sumpah yang ditaip sendiri oleh anak beranak Zuraida.

Hari ini melalui Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong menyatakan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh Imigresen ke atas Zuraida Mak Lampir di balai polis seksyen 11 Shah Alam, dan selepas ini dimaklumkan satu saman fitnah akan dikemukakan terhadap 'betina' ini.



YY : Zuraida cakap ada bukti... bukti 'akuan sumpah' mcm tu aku boleh taip 10 keping....


KDN Jangan Main Timbang-Timbang...

Hiasan artikel

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikatakan sedang menimbang keputusan sama ada ingin mengenakan tindakan undang-undang terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung mewujudkan 'skrip bersumpah' palsu yang disiarkan dalam berita penipu Suara Keldaian. Di bawah adalah contoh 'skrip sumpah' yang dikatakan digunakan oleh kerajaan untuk mendaftarkan PATI di bawah program 6P sebagai warganegara Malaysia dan pengundi yang sah.



Selain Zuraida Kamaruddin, blogger MiloSuam juga menyiarkan dan memainkan fitnah yang sama dalam laman blognya. Jadi adalah lebih wajar sekirannya diheret sekali blogger tersebut kerana sehingga ke hari ini beliau dan Zuraida Kamaruddin gagal membuat sebarang laporan berhubung dakwaan 'skrip sumpah' yang didakwa mereka.

Petikan artikel MiloSuam

Bagi saya KDN tidak perlu lagi bermain dengan sebarang 'penimbang', apa yang dinyatakan oleh Zuraida Kamaruddin sudah jelas berniat menghasut serta memfitnah satu program anjuran KDN iaitu program 6P tanpa sebarang bukti. Tujuan mereka mewujudkan dakwaan ini adalah demi memburuk-burukkan agensi kerajaan seperti KDN dan Imigresen.

KDN dilaporkan sedang memperincikan 3 langkah yang akan dikenakan kepada Zuraida Kamaruddin melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis atau mengemukakan saman terhadap beliau.

Namun KDN satu perkara saya ingin tegaskan di sini, jangan sekadar mengeluarkan kenyataan di media. KDN mesti mengambil salah satu tindakan sama ada ingin melaporkan kepada Polis, SPRM ataupun menyaman sahaja Zuraida Kamaruddin.

Ini demi membuktikan bahawa KDN sentiasa betul, amanah dalam mengendalikan sebarang program. Tuduhan yang dibuat oleh Zuraida Kamaruddin bagi saya merupakan satu tuduhan yang serius. Persepsi masyarakat terhadap KDN telah hancur setelah dilemparkan pelbagai tohmahan baik dalam kes yang melibatkan Polis, JPN dan pelbagai agensi yang berada di bawah KDN.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang menyokong kuat setiap tindakan KDN, secara jujurnya saya ingin nyatakan di sini bahawa tolong ambil tindakan terhadap Zuraida Kamaruddin demi membersihkan nama baik KDN.

Malah jika KDN tidak mengenakan tindakan ke atas Zuraida Kamaruddin selepas mengeluarkan kenyataan dalam Utusan Malaysia. Percayalah kata saya bahawa KDN akan dilihat sebagai sebuah kementerian yang hanya 'cakap kosong', malah tidak keterlaluan juga mungkin akan dilabelkan sebagai takut untuk mengambil tindakan kerana ada benda yang tidak betul cuba disorokkkan.

Sekaligus membuktikan dakwaan kosong Zuraida Kamaruddin dianggap benar oleh rakyat Malaysia walaupun pada hakikatnya ianya merupakan fitnah jahat ke atas KDN.

Jadi saya menyeru supaya KDN silalah bertindak untuk kali ini, paling tidak pun saman malu perlu dikemukakan oleh KDN ke atas Zuraida Kamaruddin tidak perlulah bermain dengan mesin 'penimbang', timbang-timbang, ada kes dan kita di pihak yang benar heret sahaja 'hantu betina' ini ke mahkamah!!!

Dari Utusan Malaysia :

PUTRAJAYA 22 Ogos – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bakal berdepan dengan tiga tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya wujud ‘skrip bersumpah’ yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.
Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini Zuraidah masih gagal membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya itu.
‘‘Justeru, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.
‘‘KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekali gus dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zuraidah, katanya, menuduh inisiatif kerajaan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.
Minggu lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.
Pada skrip itu katanya, tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa beliau sebagai diperoleh daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekali gus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

YY : Sila buktikan setiap kata-kata, kalau tidak mahu bertindak usahlah keluarkan kenyataan media...!


Wednesday, April 20, 2011

Hikayat Zuraida Ketua Wanita PKR Yang di Halau Oleh Perayu Undi Wanita PKR Sendiri.

Wajah ini dikategorikan sebagai bahaya jika dibiarkan berkeliaran di kampung anda..


Walaupun Pilihanraya Negeri Sarawak telah pun selesai, tapi sebenarnya banyak cerita-cerita dari Sarawak yang boleh dikongsikan dengan pembaca sekelian.

Antara kisah menarik adalah Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamaruddin yang dihalau oleh orang kampung di Saribas kerana mencetuskan provokasi serta bertindak mengugut pengundi ketika berlangsungnya proses mengundi untuk Dun terbabit.

Kejadian ini dilaporkan oleh rakan saya yang berada di sana, untuk makluman Dun Saribas merupakan kawasan yang dikategorikan sebagai panas dan mendapat persaingan sengit daripada PKR. Malah ada yang meletakkan kerusi tersebut sebagai 'kerusi tidak selamat' pada awalnya.

Kejadian bermula pagi hari, di mana Zuraida Kamaruddin datang dan menyertai jentera perayu undi PKR. Zuraida Kamaruddin dikatakan merayu undi dengan cara yang tidak disenangi oleh orang tempatan, baik orang BN atau PKR sendiri.

Daripada maklumat yang saya dapat, Zuraida Kamaruddin bertindak menakut-nakutkan pengundi sehingga memaksa jentera perayu undi PKR bertindak meminta Zuraida Kamaruddin beredar dari kawasan tersebut.

Jentera perayu undi PKR ini dikatakan tidak senang dengan tindakan Zuraida Kamaruddin kerana mereka menganggap cara yang digunakan Zuraida Kamaruddin boleh menjauhkan pengundi dari memilih calon mereka.

Disebabkan kehadiran beliau yang dilihat tidak membantu, malah boleh menjauhkan sokongan pengundi Saribas terhadap PKR. Jentera wanita PKR tanpa segan silu bertindak meminta Zuraida Kamaruddin beredar dari kampung mereka.

Apa maknanya bila seorang Ketua Wanita PKR dihalau dan diherdik oleh jentera perayu undi wanita PKR sendiri?

Maknanya orang tidak suka, maknanya orang benci melihat tindakan melampau beliau yang cuba memperkenalkan budaya politik ugut dan caci ke kampung tersebut. Rata-rata penduduk kampung baik BN atau PKR bersatu meminta Zuraida Kamaruddin keluar dari kampung mereka.

Disebabkan malu dengan tindakan jentera perayu undi menghalau beliau, Zuraida Kamaruddin terus beredar dari peti undi terbabit, saya dengar-dengar ketika Zuraida Kamaruddin si mulut huduh ini juga di herdik dengan ayat  "Booo balik semenanjung la" oleh orang kampung tersebut.

Inilah yang bagusnya orang Sarawak, mereka tidak akan terima jika ada orang luar masuk ke kawasan mereka dan cuba mengacau keharmonian serta ikatan ukhwah yang telah lama mereka jalinkan.

Orang Sarawak tidak terikut cara dan gaya politik semenanjung yang mana ada sanggup putus keluarga gara-gara berbeza idelogi politik.

Orang Sarawak tetap orang Sarawak walaupun berbeza fahaman politik, jika ada orang luar bertindak mencetuskan kekacauan di kampung mereka. Soal fahaman politik mereka boleh ketepikan dan mereka akan bersatu atas semangat kejiranan dan bertindak menghalau si pengacau daripada terus mengacau keharmonian kampung mereka.

Inilah semangat orang Sarawak yang wajar dicontohi.

Wahai Zuraida Kamaruddin. Jadikan ini sebagai pengajaran. Jika difikirkan kembali, memang wajarlah beberapa pemimpin PKR dihalang dari memasuki Sarawak.

Kerana dari awal lagi Ketua Menteri Sarawak sudah tahu kedatangan mereka hanya akan mencetuskan kekacauan di Sarawak.




Double Y : Orang PKR halau orang PKR. Mana pergi semangat serta kesepakatan sesama mereka?. tukar saja nama KetidaksePakatan Rakyat. Wa kah kah kah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal