NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, January 2, 2012

[DEMO #UPSI] : "Saya Sedang Kaji" - Reaksi @saifuddinabd Timb. KPT Melalui SMS

"Saya tetap UMNO..." - ungkapan yang diluahkan kepada saya ketika saya persoalkan tindakan beliau menyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini.

Semalam saya sempat menghantar beberapa sms kepada Timbalan Menteri KPT Dato Saifuddin Abdullah untuk mendapatkan respon beliau berhubung kes demo di UPSI sebagaimana hangat diperkatakan semalam.

Saya cuba mendapatkan kenyataan beliau berhubung kes tersebut, kerana ramai menganggap bahawa beliau merupakan individu bertanggungjawab menggalakkan para mahasiswa terlibat dalam politik serta beliau juga dikatakan lebih 'memanjakan' kumpulan pelajar yang bersifat anti kerajaan.

Selain itu saya juga cuba mendapatkan pendirian beliau sama ada beliau menyokong tindakan ekstrem yang dilakukan oleh mahasiswa yang terlibat dalam demontrasi kelmarin atau sebaliknya.

Dalam demontrasi di hadapan UPSI kelmarin kumpulan pelajar diketuai oleh Adam Adli bertindak ekstrem dengan melanggar pintu klinik serta memanjat pagar UPSI.

Malah kumpulan pelajar ini juga bertindak menyebarkan berita tidak betul kononnya mereka dikasari oleh anggota PDRM sebaliknya kecederaan dialami mereka adalah hasil rempuhan pintu yang dilakukan oleh mereka sendiri.

Namun beliau menjawab bahawa sedikit masa diperlukan untuk beliau meneliti dan mengumpul maklumat  kes tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan. Dalam masa yang sama juga beliau mengatakan sama ada keluarkan kenyataan atau tidak kebanyakkan dari ahli UMNO sendiri telah memandang serong kepada beliau.

Berikut sms yang dibalas kepada saya :


Tidak adil kita bertindak menghentam tanpa mendapatkan sebarang penjelasan terlebih dahulu. Saya akui dalam kes penurunan bendera sebelum ini saya sendiri mengecam tindakan Dato Saifuddin Abdullah yang dilihat terlalu 'memanjakan' kumpulan mahasiswa anti kerajaan.

Buat Dato Saifuddin Abdullah keluarlah kenyataan yang bersifat adil bagi kedua-dua belah kumpulan mahasiswa, jangan terburu-buru maklumlah sebelum ini jelas YB sendiri pun tidak sedar bahawa mahasiswa ini bertindak di luar batasan dengan menurunkan bendera Presiden UMNO di 'rumah' sendiri.

Tetapi memandangkan kes yang berlaku di UPSI dilihat kompleks, wajarlah sekiranya Dato Saifuddin Abdullah membuat sedikit kajian serta meneliti laporan dari semua pihak.

Jadi sama-samalah kita tunggu kenyataan Timbalan Menteri KPT Dato Saifuddin Abdullah setelah beliau selesai membuat kajian berhubung kes demo di UPSI.

Artikel berkaitan demontrasi 'tak berapa aman' di UPSI -  SINI, SINI dan SINI

4 comments:

Anonymous said...

Double Y,
Saya setuju agar sesiapa yang ingin memberikan kenyataan perlu hati-hati dan teliti. Ini kerana SMM nyata mengambil kesempatan dengan kenyataan2 kurang masak, dan kononnya mendapat sokongan mufti.

http://ondastreet.wordpress.com/2012/01/02/solidariti-mahasiswa-kebebasan-akademik-tanpa-struktur-atau-bebas-dengan-had/

~ OnDaStreet

Anonymous said...

Hebat Saifuddin, sejak jadi menteri bab ni dah ramai pelajar yang teror merusuh dan mendemo! memang hebat, petunjuk awal kehancuran melayu di Malaysia...

Anonymous said...

Pudin tidak relevan lg. Sejak insiden bendera sampai skrg nasibnya ditimpa malang

Anonymous said...

Ala ada udang sebalik mee tu si saifudin "talam dua muka" nak
main sorok sorok dengan rakyat
malaysia dan terutama Dato seri Najib. Tolong keluarkan dia dari kebinet kerajaan dan bole dia join
Lim guan Eng konco anwar aljuburi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...