NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, October 29, 2011

Projek Lembu Feedlot : Kenyataan Timb. Menteri Asas Tani & Benarkah DS @Shahrizat Jalil Terlibat?

Sekadar penyeri artikel - Tiada kaitan dengan yang hidup jauh sekali yang telah mati.
Dalam laporan berita yang disiarkan di mstar Timbalan Menteri Asas Tani mengatakan punca kegagalan projek NFC adalah disebabkan oleh pengusaha. Datuk Mohd Johari Baharum berkata, kegagalan projek ternakan lembu feedlot tersebut disebabkan rata-rata pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian.

Itulah penjelasan yang diberikan oleh kerajaan berhubung kegagalan projek feedlot tempoh hari. Tapi persoalan mengenai keterlibatan DS Shahrizat Jalil dalam projek berkenaan masih belum lagi terjawab.

Baru-baru ini Ketua Wanita PKR Zuraida 'Mak Lampir' Kamaruddin telah meminta penjelasan dari kerajaan berhubung Pusat Feedlot Kebangsaan yang bernilai RM250 juta dikatakan gagal walaupun mendapat suntikan dana yang besar dari kerajaan.

Bukan niat hendak menghangatkan isu yang dikeluarkan oleh 'Mak Lampir', lagi-lagi ketika blogger tengah syok bergasak dengan Lim Guan Eng berhubung isu nenen RM200k. Tapi mahu atau tidak, isu ini perlu dijelaskan supaya ianya tidak terus menjadi tanda-tanya dan akhirnya menimbulkan pelbagai persepsi dan andaian negatif.

Projek ini merupakan projek Rancangan Malaysia Ke-9 untuk memenuhi permintaan 40% (1500 ekor) daging lembu untuk pasaran tempatan. Projek ini diberikan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) dengan diberi geran RM25 juta dan suntikan modal RM250 juta serta tanah seluas 5000 ekar. Orang kata syarikat ini ada kaitan dengan DS Shahrizat Jalil, suami dan anak-anaknya.

NFC sepatutnya membekalkan sebanyak 97,414 tan daging lembu setahun, akan tetapi mereka hanya mampu menyediakan 161 tan sahaja setahun. Dari jumlah ini jelas menunjukkan bahawa projek ini gagal mencapai sasaran walaupun diberikan suntikan dana yang besar.

Saya cuba mendapatkan penjelasan DS Sharizat Jalil sendiri dengan menggunakan laman twitter, malah saya turut mengemukakan soalan kepada anaknya yang dikatakan berjawatan C.E.O dalam syarikat terbabit, maklumlah untuk menggelakkan sebarang fitnah ada baiknya kita tanya sendiri tuan punya badan.

Mula-mula saya tweet tanya kepada anak DS Shahrizat Jalil iaitu Izran Salleh :

Selepas itu saya tweet DS Shahrizat Jalil sendiri sebanyak 2 kali. Semuanya demi untuk mendapatkan penjelasan agar ia tidak terus menjadi buah mulut rakyat.


Alhamdullillah, selang 3 hari DS Shahrizat Jalil akhirnya memberi respon dengan membalas twitter saya. Tapi saya diminta bersabar.

Inilah yang saya suka dengan Kak Jat, sifat keibuan tetap dipamerkan walaupun terpaksa berhadapan dengan soalan bengong saya. Maklumlah blogger bukan tahu protokol, harap DS Shahrizat Jalil tidak berkecil-hati yer...

Hahaha...



Tapi Kak Jat, saya mungkin boleh bersabar tapi bagaimana dengan rakyat yang terkejut dengan kegagalan projek yang diusahakan oleh NFC yang dikatakan melibatkan kaum keluarga Kak Jat? Mereka inginkan satu penjelasan daripada Kak Jat dan keluarga,  kerana bila melihat jumlah RM250 juta ini bukan isu kecil.

Pelbagaian andaian, tohmahan sudah mula dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, jika lambat 'counter' ianya boleh melekat dalam fikiran rakyat dan mereka beranggapan bahawa BN itu memang korup.

Inikah yang diiginkan oleh DS Shahrizat Jalil sebagai menteri kabinet?

Justeru itu, saya memohon agar DS Shahrizat Jalil tampillah untuk memberikan penjelasan, malah rasanya para bloggers sedia untuk bersua dengan DS Shahrizat Jalil untuk mendapatkan satu penjelasan supaya rakyat diluar sana tidak terus dimomokkan dengan tanggapan negatif berhubung kes ini.

Itu pun jika perjelasan daripada Kak Jat tidak akan menganggu proses siasatan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam.

Tapi disebabkan DS Shahrizat Jalil sendiri meminta supaya saya bersabar, maka saya akan menunggu sebarang maklum-balas berhubung kes ini. Bukan niat ingin kritik menteri BN tetapi isu sebegini perlu dijelaskan sebelum ianya dijadikan 'modal' oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Antara rakaman cakap-cakap orang di laman twitter berhubung isu Ladang Lembu RM250 juta ini :



Kita tunggu...


YY :RM250 juta punya pelaburan gagal disebabkan pengusaha atau ketidakcekapan pihak pengurusan?

3 comments:

John F SeaDemon said...

Kak Jat, berapa lama nak tunggu daaaaaaa?

Anonymous said...

Susah sgt ke nk jelaskan bila rakyat tanya? Tak cukup malu ke Kak Jat kalah di Lembah Pantai dgn bdk-bdk mcm Nurul Izzah.

Masuk kabinet pun sbb post Ketua Wanita. Bro tolong update dgn Kak Jat tu org nk tahu ni!!!

Anonymous said...

CONFIRM DIA TGH MINTA MAKLUMAT DARI COMPANY SUAMI DIA TUE.NANTI DIA BUAT LAH PRESS STATEMENT....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...