NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, October 11, 2011

Penjawat Awam Iri Hati Dengan Keistimewaan Yang Kerajaan Berikan Kepada Guru?

Sekadar penyeri artikel...

Bajet 2012 baru saja dibentangkan oleh PM kita beberapa hari yang lalu, daripada kebanyakkan responden berpendapat bajet kali ini benar-benar dilihat bajet mengutamakan rakyat. Kerana semua golongan dikatakan dapat manfaatnya.

Penjawat awam yang seramai 1.2 juta di Malaysia mereka yang selalu mengharapkan imbuhan dari kerajaan memandangkan kerajaan adalah sebagai majikan mereka. Ramai orang kata kakitangan awam banyak keistimewaan berbanding yang bekerja dalam sektor swasta. Tapi rata-rata dari mereka dikatakan jenis tidak tahu bersyukur. Maaf bukan saya kata ianya adalah rungutan daripada mereka-mereka di luar sana.

Ini kes penjawat awam sesama penjawat awam yang dilihat iri hati dengan para guru yang ada di Malaysia, komen-komen begini banyak boleh dibaca dalam forum-forum yang disertai oleh penjawat awam yang curi tulang semasa bekerja. Kalau tak curi tulang apa lagi bahasa yang sesuai digunakan memandangkan setiap komen dikirimkan dalam waktu jabatan kerajaan beroperasi?

Penjawat awam hari ini dikatakan begitu iri hati dengan golongan guru di Malaysia yang kononnya guru-guru ini diberikan pelbagai keistimewaan berbanding mereka. 

Ikuti satu komen berikut :

Komen dari sebuah forum 
Komen ini telah menimbulkan perasan tidak puas hati dari pihak guru-guru, kerana pengirim komen ini mendakwa guru adalah anak emas kerajaan dan tanpa guru maka runtuhlah kerajaan. Jadi dok berbantailah mereka sesama sendiri dalam forum tersebut.

Benarkah guru merupakan pendokong kerajaan?

Harkk ptuih.... untuk penulis komen ini, kerana setahu saya ramai guru hari ini lebih cenderung kepada pembangkang. Malah kita sudah terima beberapa laporan mengatakan ada guru-guru yang memakai T-Shirt Bersih 2.0 dalam sessi pendidikan Jasmani ada juga guru-guru yang mengajar sambil diselitkan sindiran kepada kerajaan. 

Kita juga terima respon kononnya 80%  guru masih memihak kepada Anwar Ibrahim memandangkan Anwar bekas Menteri Pelajaran satu ketika dulu dan bersedia menukar kerajaan pada bila-bila masa. 

Justeru itu saya melihat komen ini tidak lebih sekadar perasaan dengki dan iri hati (busuk hati) yang ada dalam diri penjawat awam di Malaysia ini. (Bukan semua buruk perangai macam ni)

Penjawat awam hari ini hanya memuji bila mendapat bonus dan mengeji bila keinginan mereka tidak diberi keutamaan. Sedarlah wahai penjawat awam bukan semua rakyat di Malaysia mendapat kemudahan sebagaimana kerajaan berikan kepada kamu. 

YY : Susah untuk puaskan hati semua pihak. Belajar bersyukur itu yang terbaik...

10 comments:

Anonymous said...

Guru mcm2 dpt dari kerajaan tp yg x malu guru2 yg pro pembangkang yg lebih2 senyum sampai ke telinga, kaut apa yg ada cikgu, kalau x ada kerajaan ni cikgu2 pun x boleh hidup, betul x cikgu.

PengajianAm@A said...

salam.saya seorang guru dan apa yang ditulis hanya 20% saja yang betul selebihnya salah belaka. maaf. tanpa guru siapalah kita.

Mohd Zairi said...

bro, elok kalau exit policy yang pm perkenalkan tu diutamakan kepada pihak2 yang menentang tu. baru namanya transformasi kerajaan :)

ulasan saya berkaitan nikmat yang penjawat awam peroleh dari bajet 2012 ada di notakanan.blogspot.com.

bersyukurlah.

Anonymous said...

dulu pak lah beri macam2 pada guru tp ramai yg sokong pakatan atau tak sokong man-mana, BN tersungkur...doktor, jururawat, polis, tentera,bomba dan yg lain cam mana...dulu masa aku sekolah tak ramai guru yg berkelulusan tinggi tp kita org berjaya..guru masa tu komited tak kira masa dan wang ringgit la..ni bila stress gi study..abis study tunggu naik gaji tp keja copy paste..guru yg tak mampu belajar kini da jadi down sindrom, frust tertunggeng..guru stress disekolah abis sekolah mati la kau org, agensi lain sengkang mata keja lebi 24jam Keraaajn tak ada hati nak bela mereka.....kera Jaan tak ambil peduli..sebab semua akan sokong BN.. Tu yg silapnya BN...so gunakan suara hati kita pada PRU13..masing ada 1 undi..tak gitu..fikir fikirkan la

Anonymous said...

X semua guru menyokong kerajaan, n xadil juga kata 80% dr kami menentang kerajaan....kebanyakan dr kami hanya ikut arus n pelaksana semua polisi pendidikan yg dirancang oleh kerajaan...
Tp sy mmg akui ramai dr golongan kami ni dok atas pagar xtau siapa kami akan pilih kerana karenah ahli politik PAS, PKRN DAP mahupun BN sendiri yg kdg2 xleh diterima dek akal...tetapi ingin sy tgskan meskipun begitu, kami ttp susah hati sekiranya tampuk pemerintahan dserahkan sepenuhnya kepada pembangkang, hancur ngra ni nanti...manusia ble dah ada kuasa di tangan habis lupa sume janji2 manis yg penah diucapkan dulu...masa depan anak cucu kami, sanggupkah kami gadaikan semua itu sekiranya dalam PRU13 nanti kami tersilap perhitungan n memilih org salah?
Jika hari ini kami guru msh boleh melaksanakan tugas n menerima gaji dr kerajaan meskipon berbeza ideologi politik, kenapa harus ada pihak yg tdk bersyukur dgn pemberian kerajaan kepada kami sblm ini...adakah dgn memilih pmbgkang kebebasan itu msh mampu kami miliki?
Jangan dilupa golongan guru hari ini terdiri dr golongan terpeljar n masih didengari pendapatnya apabila buka mulut, termasuklah pndpt dlm bdg politik...selama ini kami bersabar, kenaikan gred dr 41 ke 44 mengambil masa 10thn sedangkan jbtn krjaan lain boleh menikmati kenaikan seawal 3tahun...adilkah anda mencemburui kami yg terpaksa besaing antara 300ribu guru yg ada?
Rezeki kte kurniaan tuhan, janganlah dengki mendengki rezeki org lain...kalau dh jaki sgt pegila la apply jd ckgu, tgk boleh jd ckgu yg sbnr ke x?setakat jadi parasit menyemak dlm bdg perguruan baik xpayah, kami ckgu2 x nak kan rakan sekerja yg xmensyukuri nikmat tuhan mcm org gomen yg xpuas hati n dengki ngan ckgu tu..nak tgk korang yg jaki tu tahan x bepanas kat padang, duduk dlm bilik xde aircond, mengajar berdiri, n mcm2 karenah pentadbiran n anak murid...
Pd yg dengki pd guru, jgn lupa ko bijak hr ni n jadi kakitgn krjn pon jasa guru terdahulu yg mengajar ko menulis, membaca n mengira...berterima kasihlah...

Sesungguhnya:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Anonymous said...

lantak lah kau orang...tp sure cemburu agensi lain...itu x dapat dinafikan...kan kan kan...

Yuseri Yusoff said...

Terima kasih kepada yang meninggalkan komen.

Inilah gunanya blog, suara hati semua golongan kita dapat tahu.

Jangan marah yer, kalau ada yg tidak bersetuju sesetengah bab yang saya tulis.

KERJALAH DENGAN IKHLAS said...

AKU OT MALAM NI, NAK CARI REZEKI LEBIH..SETAKAT 5PM-8PM MASA AKU BERTUGAS TADI, ADA 6 ORANG GURU TAK PEGI KEJE SIANG TADI SEBAB KONONNYA SAKIT. DAN HANYA SEORANG YANG BETUL2 LAYAK DIBERI MC.
MALAM BARU DATANG HOSPITAL MINTAK MC???
ITULAH CONTOH GURU ZAMAN SEKARANG...
SEDANGKAN AKU DAN RAKAN2 AKU YANG TENGAH BATUK SELESEMA SAKIT SELURUH BADAN SIAP KEJE MALAM LAGI..

Anonymous said...

teringat cikgu mala dan cikgu maarof "the MC king" kakakakaka

Anonymous said...

sebagai penjawat awam, menerima gaji, segala keistimewaan (termasuk guru-guru) perlu juga berfikir, jika kerajaan sekarang ini tumbang, adakah seratus-peratus kerajaan yang menggantikannya akan melakukan yang lebih baik kepada anak bangsa kelak??? dikala dipihak pembangkang berlaku ketidaksefahaman dan korupsi yang maha dahsyat di dalam partinya sendiri.... bayangkan bagaimana mereka memerintah negara kelak.... mohon berfikir semula kerna guru-guru, dan semua yang bergelar sebagai penjawat awam adalah bekerja dengan kerajaan, menerima upah daripada kerajaan dan merupakan benteng kerajaan.... janganlah menjadi seperti harapkan pagar, pagar makan padi kerana masa depan anak-anak bangsa terletak pada bahu tuann-tuan semua....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...