NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Patriot Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Patriot Pemuda. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

[VIDEO] : Siri Jelajah Pentas #Patriot di Bukit Kepong Bersama @khairykj @LokmanAdam & Bekas Wira Negara




Rakaman ceramah Siri Jelajah Pentas Pemuda Patriot yang bermula di Bukit Kepong pada hari jumaat lalu. Untuk artikel dan gambar siri jelajah ini saudara pembaca boleh melihatnya di SINI

Video dihasilkan oleh partner saya ketika di Pilihanraya Negeri Sarawak : Bro Jinggo

YY : Kalau zaman Kanang jadi tentera dulu, orang macam Mat Sabu dia bunuh dan makan otak mangsanya sedikit... cara orang Iban katanya... 

Saturday, October 22, 2011

Pejuang Negara & @khairykj Gegarkan Pentas #PATRIOT Di Bkt. Kepong


Bukit Kepong menjadi lokasi pertama Pemuda UMNO Malaysia untuk memulakan siri jelajah Pentas Patriot yang diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran mengenai fakta-fakta dan peristiwa sejarah negara kepada semua rakyat terutama golongan muda.

Patriot yang diilhamkan oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika menjelang demontrasi Bersih 2.0 pada Julai yang lalu kini memulakan siri ceramahnya di Bukit Kepong semalam dengan membawa beberapa bekas pejuang negara antaranya Datuk Temenggong Kanang anak Langkau dan Tn. Shafie Bin Bakri Presiden Bekas Polis Malaysia.

Siri Jelajah Pentas Patriot dimulakan dengan ucapan berapi Lokman Adam yang menyerang PAS dengan mengemukakan fakta berhubung pembohongan mengenai penutupan kilang arak, pusat hiburan yang dijanjikan ketika pilihanraya 2008.


Kanang anak Langkau menerima tepukan gemuruh dari penduduk Bkt. Kepong

Siri jelajah ini difahamkan diadakan demi memperbetulkan kembali fakta sejarah yang telah diseleweng oleh Mat Sabu dalam ceramahnya sebelum ini yang telah mengatakan bahawa anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong merupakan tali-baru British dan bukan wira negara. Sebaliknya Mat Sabu bertindak mengiktiraf Mat Indera dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Tindakan bengong Mat Sabu telah mengundang bantahan pelbagai pihak terutama sekali waris-waris anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong, malah beratus laporan polis dibuat ke atasnya selepas rakaman ceramah tersebut dimuat-naik  di youtube dan disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan.

Pentas Patriot Unik

Siri jelajah Pentas Patriot Malaysia Tanahairku bagi saya ianya agak unik dan ada sedikit kelainan daripada siri ceramah yang selalu diadakan oleh Pemuda UMNO sebelum ini. Selain menampilkan bekas pejuang negara, siri ceramah ini turut diselitkan dengan tayangan pentomin yang dilakonkan oleh beberapa anggota polis.


Pentomin ini bagi saya bagus jika diteruskan dalam setiap siri jelajah Pentas Patriot, kerana babak-babak yang ditayangkan mampu untuk menarik golongan muda yang mana mereka ini kadangkala tidak begitu berminat untuk mendengar ceramah. Dengan adanya pentomin ini mesej dan fakta sejarah yang cuba disampaikan mampu diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuklah anak-anak kecil.

Aksi bagaimana anggota Polis Bkt. Kepong mempertahankan balai tersebut.
Babak komunis menyerang Balai Polis Bkt. Kepong

Datuk Temenggong Kanang anak Langkau dalam ceramah ringkasnya menyatakan perasaan marah terhadap Mat Sabu kerana menggangap para pejuang dan rakan-rakannya yang terkorban dalam menentang komunis sebagai tali-barut British.

Tn. Shafei Bin Bakri pula menganggap tindakan Mat Sabu yang menghina anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bkt. Kepong sebagai satu penghinaan besar daripada pemimpin parti yang bertopengkan Islam kepada anggota-anggota polis. Kenyataan tersebut merupakan kenyataan jijik dan bodoh yang dibuat demi meraih populariti daripada pemimpin DAP.

"Agi Idup, Agi Ngelaban"...

Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula dalam ceramahnya memberikan input dan fakta-fakta yang berguna mengenai sejarah negara, malah secara sinis mengatakan bahawa Mat Sabu merupakan bakal Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat jika mereka memerintah kelak yang disambut dengan gelak tawa para hadirin.

"Memandangkan Ketua Umum mereka berhadapan dengan pelbagai salah laku moral, Lim & Son's tak layak jadi PM ikut perlembagaan, Hadi pula sudah tua, Nik Aziz lagilah tua...jadi hanya Mat Sabu sahaja yang layak jadi PM, dan adakah pada waktu itu Mat Sabu akan bentang bajet dan memberikan pencen dan wang sara hidup kepada anggota komunis?" soalnya.



Secara keseluruhan saya melihat siri jelajah Pentas Patriot Malaysia Tanahairku yang akan memulakan siri jelajahnya selepas ini bakal menutup 'kegagalan' Pemuda Patriot ketika demontrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu.

Gambar menarik :













YY : Membela para pejuang negara, beri penerangan mengenai fakta sejarah kepada setiap lapisan masyarakat... Angkat topi untuk siri jelajah Pentas Pemuda Patriot...!

Saturday, July 9, 2011

PANAS : Tahniah Patriot Kerana Kena Balun Dengan FRU


Bila Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara telah menegaskan bahawa mana-mana kumpulan dilarang berhimpun, jika meneruskan juga perhimpunan tersebut maka bersedialah berhadapan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan FRU. Tidak kiralah sama ada kamu UMNO, PAS atau PKR mahupun DAP jika dikatakan haram maka haramlah!



Itulah yang berlaku di Bukit Bintang sekarang ini, dimana pasukan FRU telah melepaskan gas pemedih mata setelah loceng amaran supaya berundur tidak dihiraukan oleh pejuang Patriot.


 Saya sekarang sedang berada di Bukit Bintang dimana kumpulan 'baju merah' atau Patriot yang digerakkan oleh Pemuda UMNO Malaysia telah dihalang daripada meneruskan perarakkan ke Stadium Merdeka.



Kumpulan seramai hampir 500 orang itu yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berarak sambil melaungkan nyanyian lagu Negaraku dan Inilah Barisan Kita. Saya sendiri sempat merasa 'nikmat' gas pemedih mata namun syukur Alhamdullilah badan saya tidak disebat dengan cota.




KJ dan beberapa pemimpin yang lain dimaklumkan telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Sekalung tahniah PDRM kerana bertindak tegas tanpa memilih bulu dalam menjaga keamanan Malaysia. Jasamu dikenang.



YY : Update terbaru akan menyusul 30 minit lagi, saya basah kuyup mata pun masih pedih..

Tuesday, July 5, 2011

Khairy Jamaluddin the Champion?


Both Bersih 2.0 and Patriot claims that their rally on July 9 is going to be a peaceful rally. How assured are we that everything is going to be fine on that day? My experience with several street demonstrations are proof that the word ‘peaceful’ could be thrown out the window at anytime during such events. 

I’m pretty sure there will be some provocations and damages on public property, which means trouble to people who did not involved in the event.

Apparently, the leaders of both groups, S Ambiga and Khairy Jamaluddin, have received threats for their involvement in their respective planned rallies. However, there’s been more focus on Ambiga’s death threat compared to Khairy especially in the online news portals that are pro-Opposition such as Malaysiakini and 
The Malaysian Insider. 

I don’t know why, but it is clear that both portals support the Bersih 2.0 group. This proves to be contradictory to neutral stance of which both news portals claim to take, especially Malaysiakini.

The Umno Youth chief received a death threat through the short messaging service (sms) from an unidentified number which was directed to Umno Youth members intending to participate in a gathering planned on July 9. The words in the message included “to ‘slaughter’ Umno Youth members who are seen at the gathering”.

Despite the threat, until the Agong gave his statement against the rally, Umno Youth has declared that they will proceed with the rally to represent the ‘silent majority’ that is against Bersih 2.0 and support the Election Commission (EC). And as a response to the death threat, few hundreds of Patriot supporters gathered in front of the Parti Keadilan Rakyat (PKR) headquarters in Tropicana.



Lets’ focus on the developments that in Umno recently. All this while we can see that the opposition has always staged street demonstrations, protests and many other actions including alleging Umno with various charges. And before this, we can also see that the senior Umno bunch has done little to retaliate. However, since 2010 Umno especially the youth wing has become more aggressive.

 I don’t know whether it is a good or bad development but I would like to praise Khairy on his method in announcing Patriot. If you compare Patriot to Perkasa, I think the approach used by Khairy is wiser. He does not use provocation methods like what the Perkasa president Ibrahim Ali has chosen to take.

But, it didn’t matter how clever he is at choosing the words in making those provocative statements, the authorities have already issued a warning that stern action will be taken against any groups that gather on July 9. It means that if Patriot proceeds with their plan, there are against the government and the authorities.

And we could see that the authorities are serious this time about taking action against any parties as exemplified by the detaining Parti Sosialis Malaysia (PSM) and Umno members in Penang last week.

Nobody knows what is going to happen this July 9. But one thing for sure is that the opposition cannot simply do anything they want anymore now that they are somewhat hindered by Umno as the latter will be responding quickly against every action taken by the former.

By : Aidil Syukri - Malaysia Digest

*The views expressed here are the personal opinion of the writer.


YY :  Tok Najib.. tak usah la bersyarat dgn puak BerSHIT.. bagi je depa guna stadium negeri-negeri yang berada dibawah mereka.. Melalak la sampai Suboh.. err tak kesampaikan la hajat Sam Kemetot nak jadikan 9hb macam Mesir.. Kah..Kah..Kah...

Risalah dari blog Jendela Anak Watan

Saturday, July 2, 2011

10 Orang Anggota Patriot Pemuda di Tahan Bukti Polis Tidak Pilih Bulu


Petang tadi selesai sahaja solat jumaat satu demontrasi anti Lim Guan Eng diadakan di Pulau Pinang di mana lebih 2,000 pemuda Patriot berarak dari Masjid Kapitan Keling menuju ke Komtar yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Dalam perhimpuan tersebut saya difahamkan bahawa seramai 10 orang telah ditahan oleh polis termasuk Senator Ezam Mohd Noor. Demontrasi yang diadakan siang tadi antara lain juga dilihat bertujuan untuk memberi 'amaran' kepada pihak BerSHIT yang akan mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.


Bukan sahaja ada anggota Patriot Pemuda turut ditahan, malah rakan dari Penang juga ada memaklumkan kepada saya ada beberapa peserta turut dapat merasa 'nikmat' pukulan cota daripada FRU.

Mereka yang ditahan oleh pihak Polis siang tadi difahamkan dikenakan tahanan reman selama dua minggu oleh pihak Polis. Namun berita yang baru saya terima sebentar tadi memaklumkan kepada saya bahawa kesemua mereka ini telah pun dilepaskan.


Rentetan daripada kejadian ini, jelas membuktikan kepada kita bahawa pihak Polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak waima daripada UMNO sekalipun jika terbukti mencetuskan kekecohan serta menganggu ketenteraman awam.

Walaupun terdapat dakwaan daripada Elizabeth Wong yang mengatakan bahawa pihak Polis berat sebelah dalam mengenakan tindakan terhadap pihak Pemuda Patriot. Dakwaan ini dibuat bertujuan menimbulkan presepsi buruk rakyat terhadap pasukan Polis yang kononnya dikatakan sering menjadi alat tunggangan BN.

Lilitan Kepala "Fisabilillah" dipakai hampir kesemua Anggota Patriot Pemuda

Adakah pihak Polis masih tidak adil dalam menjalankan tugas mereka? Jelas dakwaan jahat yang dibuat oleh pembangkang bahawa jika puak UMNO yang mengadakan perhimpunan mereka dilihat mempunyai keistimewaan di mata pihak Polis merupakan satu dakwaan jahat serta tidak berasas.

Namun diharap pihak Polis dapat memberi kerjasama yang wajar kepada Patriot memandangkan niat kumpulan ini jauh dilihat berbeza serta tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi sebagaimana BerSHIT.

Kepada siapa itik ini ditujukan?
Akan tetapi kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada undang-undang yang sedia ada dan jika kita ingar serta melanggar undang-undang yang ditetapkan maka terimalah hukuman dengan hati yang terbuka. Syabas buat Pemuda Pulau Pinang kerana berjaya mengoncang telur Lim Guan Eng hari ini.

Akhir sekali syabas buat PDRM kerana berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sempurna. Tahan saja mana-mana pihak yang melanggar undang-undang tidak kiralah pemuda UMNO sekalipun.


Double Y : Jangan marah dengan polis wahai saudaraku..mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan...

Friday, June 24, 2011

PATRIOT vs. BERSHIT 2.0 - Buku Bertemu Ruas?



PATRIOT - " Malaysia Tanahairku" ataupun 'kumpulan baju merah' merupakan satu kumpulan yang perlu dilepasi oleh kumpulan BerSHIT 2.0 yang akan  mengenakan baju, logo serta sticker berwarna kuning.

Malah mungkin Mat Sabu 121 Hotel Perdana bakal menempah khas kopiah berwarna kuning.

Mungkin sesetengah dari saudara pembaca terlintas akan peristiwa baju merah di Thailand pada awal Januari lalu. Di mana kumpulan pro Thaksin ini dikatakan berkampung dan membina kubu di tengah-tengah kota Bangkok serta bertindak menyimbah darah di hadapan kediaman Abhisit.

Gambar hiasan tiada kaitan dengan PATRIOT.

Bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abhisit supaya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Thai.

Ekoran tindakan provokasi melampau kumpulan baju merah ini pihak tentera Thai terpaksa menggunakan kekerasan bertujuan untuk menyuraikan mereka. Namun kumpulan ini bertindak menyerang balas dan akhirnya ramai nyawa yang terkorban dalam insiden itu, ekonomi kota Bangkok hampir lumpuh.

Kawasan yang sepatutnya selamat untuk orang ramai kunjungi bertukar menjadi lokasi yang digeruni oleh rakyat-rakyat Thai yang berkecuali. Para peniaga terpaksa menanggung kerugian ekoran kerosakan serta kemusnahan yang dicetuskan oleh kumpulan baju merah ke atas premis mereka.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap serta provokasi melampau yang ditimbulkan oleh kumpulan baju merah, maka lahirlah kumpulan baju kuning yang pro kerajaan serta disokong oleh golongan-golongan elit Thai.

Kumpulan baju kuning ini juga bertindak mendesak kerajaan yang diterajui Abhisit supaya bertindak tegas terhadap kumpulan baju merah yang dilihat mencetuskan huru-hara dan menjejaskan imej negara gajah putih itu di mata dunia.

Itu ringkasan peristiwa yang berlaku di Thai awal Januari 2011 dan berlarutan sehingga berminggu-minggu atau tidak silap saya ianya berlarutan sehingga berbulan lamanya.

Gambar Hiasan
Adakah peristiwa begini bakal berlaku di negara yang kita cintai iaitu Malaysia? Saya berani katakan ada kemungkinan peristiwa begini boleh terjadi di tanahair kita sekiranya ada pihak yang 'bermain wayang' kononnya mereka ini merupakan sebuah badan bebas yang membawa suara 'rakyat'.

Walaupun ada kajian yang dijalankan oleh sebuah akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa hampir 1 juta rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kumpulan BerSHIT 2.0 ianya tidak boleh dilihat mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 27 juta orang.

Masih ramai lagi 'suara senyap' di luar sana yang tidak mempunyai kaitan dengan politik kepartian menolak perhimpunan ini kerana ianya dilihat  akan menyusahkan dan menimbulkan kesulitan dan kerugian kepada mereka.

Ini berdasarkan pengalaman BerSHIT 1.0 di mana ramai para peniaga kecil serta tauke yang memiliki gedung-gedung yang besar sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India mengalami kerugian dalam jumlah yang besar gara-gara tindakan kumpulan ini. Ada juga yang mengalami kerosakan harta benda perniagaan mereka.

Gambar Hiasan Semata-mata
Secara jujurnya saya tidak menolak sebarang usaha yang cuba dibawa oleh pihak BerSHIT 2.0 jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan akan 8 perkara yang dituntut mereka.

Saya juga yakin kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai PATRIOT - "Malaysia Tanahairku" juga tidak mempunyai halangan jika perkara yang dituntut oleh BerSHIT 2.0 dilakukan melalui saluran yang betul.

Apa yang dimaksudkan melalui saluran yang betul ialah melalui perbincangan ataupun diadakan sessi dialog bersama pihak yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah saya dimaklumkan bahawa pihak SPR sudi bertemu dan berdialog bersama BerSHIT 2.0.

Bila jadi begini siapa yang perlu disalahkan?
Jalanraya sepatutnya menjadi medan akhir jika pihak yang berkenaan iaitu SPR dilihat tidak membuka ruang untuk kumpulan ini bersuara. Tapi dalam kes ini SPR menyatakan kesudian dan kesediaan untuk bertemu dengan kumpulan BerSHIT 2.0.

Persoalan mudah yang perlu dijawab oleh Ambiga dan puak BerSHIT 2.0 kenapa jalanraya juga menjadi pilihan?

Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka hendak mengheret 'rakyat' untuk menjayakan agenda politik kepartian mereka.

Dalam bahasa ringkasnya "aku serang SPR, 'rakyat' akan salahkan kerajaan dan kerajaan sudah tentulah BN". "Aku lawan arahan Polis sikit, Polis tangkap sudah tentulah 'rakyat' melihat ianya salah kerajaan, dan kerajaan Malaysia sudah tentulah BN".

Sekali tembak dua kena...


Jadi 9 Julai 2011 jika anda menghargai keamanan dijemput untuk menyertai kumpulan perjalanan aman  PATRIOT - "Malaysia Tanahairku". Jangan kita biarkan satu kumpulan menganggu-gugat ketenteraman yang kita kecapi semata-mata demi kepentingan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal