NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Patriot. Show all posts
Showing posts with label Patriot. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

Tayangan Amal Patriot #BRAVO5 - DAPJemput Forum Terbuka Goyang, Jemput Tengok Wayang Pun Takut?


Alhamdulillah...

Tayangan Amal Patriot anjuran Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam mendapat sambutan yang begitu meriah. Program amal semalam adalah idea yang tercetus secara spontan ketika pertemuan saya dengan penerbit filem berkenaan Nik Norashikin atau lebih mesra dengan panggilan Kak Noor.

Matlamat utama saya melalui penganjuran tayangan tersebut adalah untuk meraikan anak-anak yatim dan untuk memecahkan kepompong fikiran masyarakat kita yang sering kali mengingati golongan anak yatim setiap kali tiba bulan puasa dan sambutan aidilfitri sahaja.



Untuk kali ini, saya mengambil kesempatan menjemput wakil pemimpin DAP seperti YB Nga Kor Ming dan Ng Wei Aik di mana saya bertindak menyerahkan sendiri kad jemputan di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan tengah hari kelmarin.


Namun, seperti dijangka pemimpin DAP tidak hadir sebagaimana jemputan yang dibuat sebelum ini untuk mereka hadir dalam forum terbuka yang membincangkan isu patriotisme. Apa lagi kita mahu katakan, ajak berforum mereka tolak, ajak beramal juga ditolak.

Itulah DAP, mereka hanya tahu berpolitik 24 jam, mereka hanya tahu sebar kebencian bagi memastikan rakyat terus berpecah.

Walaupun dirancang dalam masa yang singkat, sambutan masyarakat amat memberangsangkan. Lebih 150 hadirin hadir termasuk para pelakon seperti Sofi Jikan, Xavier Fong, Sashi Taran dan Chee Kin Wah serta Fairel Desa.

Selain itu kemunculan angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar pasti menceriakan anak-anak yatim dari Rumah Anak Kesayanganku, Bukit Beruntung. Majlis tayangan yang diadakan di Quill City Mall, semalam turut memberi sumbangan berupa voucher tunai sumbangan TESCO.




Foto lain KLIK

Video dari sekitar program TV14 :





Arioss...!

YY : jemput forum goyang, jemput tengok wayang, langsung tak nampak bayang - elok balik Tiong Shan ternak babi dari jadi YB heh!

Friday, July 3, 2015

KONTROVERSI PLAT PATRIOT : ANTARA MP DAP, ADUN UMNO & PELACUR


Saya terkesima melihat laman portal Malaysiakini menyiarkan lebih 10 laporan membabitkan plat khas 'PATRIOT' yang dilaksanakan oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM). 

Seperti kita tahu, laman Malaysiakini merupakan sebuah portal tidak telus kerana sering memutar belit kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh PM serta anggota Menteri Kabinet. 

Boleh dikatakan hampir semua wartawan Malaysiakini mempunyai kepakaran dalam memanipulasi laporan mereka bagi memberi kelebihan kepada pembangkang, 

Jika diteliti setiap tajuk berita yang disiarkan Malaysiakini sering menimbulkan kekeliruan sekaligus membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Terbaru Malaysiakini menimbulkan kontroversi terhadap nombor plat PATRIOT ekoran nombor plat khas PATRIOT 1 difahamkan telah dibida dengan harga RM1.3 juta.

Tidak keterlaluan jika saya katakan sepanjang dua hari ini, laman tersebut seolah-olah tidak menyiarkan berita lain selain PATRIOT.

Saya tidak hairan jika Nga Kor Ming yang membangkitkan tuduhan kononnya wujud salah guna kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat dalam penjualan plat PATRIOT kerana memfitnah dan membuat tuduhan liar merupakan SOP bagi setiap pemimpim pembangkang.

Namun, apabila ADUN UMNO dari Kempas, Johor, Tengku Putra Haron Aminurashid turut bertindak menjadi penyambung kepada lidah DAP dengan melemparkan tuduhan liar dan biadap.

 Bagi saya ia adalah keterlaluan dan tidak boleh dibiarkan.

Apa punya gila wakil rakyat UMNO menyifatkan yayasan yang ditubuhkan oleh seorang bekas pegawai kanan ATM yang telah 33 tahun berkhidmat dalam pasukan ATM selepas insiden Lahad Datu seperti aktiviti pelacuran.



Saya juga tidak faham atas kapasiti apa wartawan Malaysiakini merujuk dan mendapatkan kenyataan dari beliau?

Berapa ramai wanita terdiri dari rakyat dalam DUN Kempas dipaksa menjadi pelacur sehingga beliau mengeluarkan kenyataan biadap ke atas YPNM?

Mungkin beliau berjaya memegang jawatan sebagai Director dalam Kangzen Kenko International Group dari tahun 1998 sehingga 2004 selepas melacurkan diri kepada pemegang saham dalam syarikat berkenaan?

Jadi, dari menjadi pelacur percuma kepada Nga Kor Ming, lebih baik kamu menjenguk rakyat di DUN Kempas bawah Parlimen Pulai - bimbang ia terlepas kepada DAP dalam PRU14 kelak.

Wahai ADUN UMNO bengong!

Apa kata kamu tanya Nizar Jamaluddin dan Guan Eng duit kerajaan negeri atau duit sendiri untuk beli golden number?

Flashback :



Bersambung...

YY : tak pernah takut cuma tak sampai hati nak bogelkan ADUN UMNO.

Sunday, October 23, 2011

[VIDEO] : Siri Jelajah Pentas #Patriot di Bukit Kepong Bersama @khairykj @LokmanAdam & Bekas Wira Negara




Rakaman ceramah Siri Jelajah Pentas Pemuda Patriot yang bermula di Bukit Kepong pada hari jumaat lalu. Untuk artikel dan gambar siri jelajah ini saudara pembaca boleh melihatnya di SINI

Video dihasilkan oleh partner saya ketika di Pilihanraya Negeri Sarawak : Bro Jinggo

YY : Kalau zaman Kanang jadi tentera dulu, orang macam Mat Sabu dia bunuh dan makan otak mangsanya sedikit... cara orang Iban katanya... 

Saturday, October 22, 2011

Pejuang Negara & @khairykj Gegarkan Pentas #PATRIOT Di Bkt. Kepong


Bukit Kepong menjadi lokasi pertama Pemuda UMNO Malaysia untuk memulakan siri jelajah Pentas Patriot yang diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran mengenai fakta-fakta dan peristiwa sejarah negara kepada semua rakyat terutama golongan muda.

Patriot yang diilhamkan oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika menjelang demontrasi Bersih 2.0 pada Julai yang lalu kini memulakan siri ceramahnya di Bukit Kepong semalam dengan membawa beberapa bekas pejuang negara antaranya Datuk Temenggong Kanang anak Langkau dan Tn. Shafie Bin Bakri Presiden Bekas Polis Malaysia.

Siri Jelajah Pentas Patriot dimulakan dengan ucapan berapi Lokman Adam yang menyerang PAS dengan mengemukakan fakta berhubung pembohongan mengenai penutupan kilang arak, pusat hiburan yang dijanjikan ketika pilihanraya 2008.


Kanang anak Langkau menerima tepukan gemuruh dari penduduk Bkt. Kepong

Siri jelajah ini difahamkan diadakan demi memperbetulkan kembali fakta sejarah yang telah diseleweng oleh Mat Sabu dalam ceramahnya sebelum ini yang telah mengatakan bahawa anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong merupakan tali-baru British dan bukan wira negara. Sebaliknya Mat Sabu bertindak mengiktiraf Mat Indera dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Tindakan bengong Mat Sabu telah mengundang bantahan pelbagai pihak terutama sekali waris-waris anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong, malah beratus laporan polis dibuat ke atasnya selepas rakaman ceramah tersebut dimuat-naik  di youtube dan disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan.

Pentas Patriot Unik

Siri jelajah Pentas Patriot Malaysia Tanahairku bagi saya ianya agak unik dan ada sedikit kelainan daripada siri ceramah yang selalu diadakan oleh Pemuda UMNO sebelum ini. Selain menampilkan bekas pejuang negara, siri ceramah ini turut diselitkan dengan tayangan pentomin yang dilakonkan oleh beberapa anggota polis.


Pentomin ini bagi saya bagus jika diteruskan dalam setiap siri jelajah Pentas Patriot, kerana babak-babak yang ditayangkan mampu untuk menarik golongan muda yang mana mereka ini kadangkala tidak begitu berminat untuk mendengar ceramah. Dengan adanya pentomin ini mesej dan fakta sejarah yang cuba disampaikan mampu diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuklah anak-anak kecil.

Aksi bagaimana anggota Polis Bkt. Kepong mempertahankan balai tersebut.
Babak komunis menyerang Balai Polis Bkt. Kepong

Datuk Temenggong Kanang anak Langkau dalam ceramah ringkasnya menyatakan perasaan marah terhadap Mat Sabu kerana menggangap para pejuang dan rakan-rakannya yang terkorban dalam menentang komunis sebagai tali-barut British.

Tn. Shafei Bin Bakri pula menganggap tindakan Mat Sabu yang menghina anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bkt. Kepong sebagai satu penghinaan besar daripada pemimpin parti yang bertopengkan Islam kepada anggota-anggota polis. Kenyataan tersebut merupakan kenyataan jijik dan bodoh yang dibuat demi meraih populariti daripada pemimpin DAP.

"Agi Idup, Agi Ngelaban"...

Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula dalam ceramahnya memberikan input dan fakta-fakta yang berguna mengenai sejarah negara, malah secara sinis mengatakan bahawa Mat Sabu merupakan bakal Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat jika mereka memerintah kelak yang disambut dengan gelak tawa para hadirin.

"Memandangkan Ketua Umum mereka berhadapan dengan pelbagai salah laku moral, Lim & Son's tak layak jadi PM ikut perlembagaan, Hadi pula sudah tua, Nik Aziz lagilah tua...jadi hanya Mat Sabu sahaja yang layak jadi PM, dan adakah pada waktu itu Mat Sabu akan bentang bajet dan memberikan pencen dan wang sara hidup kepada anggota komunis?" soalnya.



Secara keseluruhan saya melihat siri jelajah Pentas Patriot Malaysia Tanahairku yang akan memulakan siri jelajahnya selepas ini bakal menutup 'kegagalan' Pemuda Patriot ketika demontrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu.

Gambar menarik :













YY : Membela para pejuang negara, beri penerangan mengenai fakta sejarah kepada setiap lapisan masyarakat... Angkat topi untuk siri jelajah Pentas Pemuda Patriot...!

Sunday, July 10, 2011

Eksklusif : Video 'Orang PAS' Mati di Kasari Polis



Terlebih dahulu Al-fatihah buat Allahyarham Burhanuddin suami Ketua Wanita PKR Setiawangsa yang meninggal akibat sesak nafas ketika demonstrasi BerSHIT berlangsung semalam.

Semalam dilaporkan bahawa seorang peserta perhimpunan BerSHIT 2.0 dilaporkan meninggal sebab sesak nafas. Tetapi kita tengok ada sesetengah orang PAS menyalahkan polis.

Video di atas tiada kaitan dengan perhimpunan BerSHIT semalam sebaliknya ia adalah perhimpunan G20 di London. Yang mana Ian Tomlinson menemui ajalnya setelah dikasari oleh polis.

Walaupun pada hakikatnya Ian Tomlinson tidak terlibat serta mengikuti perhimpunan G20 tersebut.

Kesimpulannya adalah demonstrasi jalanan hanyalah perkara yang menyusahkan banyak pihak. Fikir-fikirkanlah wahai PAS totok hamba DAP...


YY : Kekalkan keamanan Malaysia...

Gambar Patriot di Bukit Bintang








YY : Terima kasih kepada semua pembaca yang mengikuti laporan ringkas di blog ini sepanjang berlangsungnya perhimpunan BerSHIT dan Patriot..

Al - Jazeera You Sucks!



Ini laporan berita Al-Jazeera cuba dengar teliti laporan ini. Dengar minit ke 0.34 wartawan Al-Jazeera hanya menyiarkan separuh sahaja aksi Patriot.

Al-Jazeera tidak menyiarkan babak di mana pejuang Patriot turut ditembak dengan gas pemedih mata.

Al-Jazeera lebih memfokuskan kepada aksi pihak polis terhadap para demonstran.

Aksi yang dipaparkan pula wartawan Al-Jazeera memperlihatkan seolah-olah Polis Malaysia ganas terhadap puak BerSHIT.


YY : Al-Jazeera sucks!

Saturday, July 9, 2011

Terkini : KJ Dah Bebas

Berita terkini :

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang mengetuai perarakan Patriot petang tadi telah pun dibebaskan dari lokap polis IPD Jinjang.


Alhamdullilah... esok sambung lagi nak..hehehe



Edit at 11 : 50 : Sedikit pembetulan maklumat. Harap maaf

Polis Double Standard - Ketua Pemuda PAS Kelantan

Dalam laman facebook Nik Aziz Nik Mat yang diuruskan oleh budak kopi Ketua Pemuda PAS Kelantan mendakwa polis 'double standard' dalam menguruskan para demontrasi lagi-lagi dari kumpulan Patriot malah beliau juga mengatakan bahawa kumpulan Patriot berarak dengan diiringi oleh polis.

Beliau menulis sebagai mana di bawah :

"Menuju ke Stadium Merdeka terserempak dgn Patriot.. Ada la dalam 100 org.. Polis pulak tolong kawal lalulintas. Bersih di tangkap.. Memang double standard.." - Ketua Pemuda PAS Kelantan.
Saya fikir yang bengong dalam PAS hanya terdiri dari muslimat mereka sahaja, tetapi ada juga dari kalangan Pemuda PAS juga tidak cerdik dan keluarkan kenyataan secara terburu-buru malah ada fakta bohong dalam kenyataannya.

Mengenai jumlah pejuang Patriot saya berani katakan lebih 100. Malah hampir 500 orang, ok dari segi 'crowd' sebenarnya memang dari awal kita tidak mengharapkan jumlah yang ramai. Malah tidak pernah umum secara spesisfik jumlah peserta yang akan mengikuti perarakan kita.

Bab pelancong asing bergaya dengan baju, itu bukan isu besar kerana. Kedua pelancong itu tidak mengenakan pakaian tersebut serta mengikuti perarakan kumpulan kita. Klik SINI

Polis double standard? Patriot dapat layanan istimewa? Hoii baru.. Nah amik sikit untuk tatapan mata lu.. 




Dan melalui gambar KJ diheret dibawah jelas membuktikan bahawa Ketua Pemuda PAS seorang penipu besar.

Sampai nak terlondeh baju KJ diheret polis. ini dikatakan perarakan Patriot terima layanan istimewa polis?


Saya ingatkan orang Islam PAS ini bukan jenis berbohong. Dasar barua... Hoii Patriot tak diberikan tempat istimewa macam kamu dapat, siap dijamu dengan air mineral beserta kuih oleh Polis lagi.

Gambar bagaimana Patriot diterjah FRU klik Duke Of UMNO


YY : Islam kepala hotak kau lah.... cakap pun nak menipu! 

Eksklusif : Patriot Dapat Layanan Yang Sama Dengan BerSHIT



UMNO kena gas pemedih mata dan baton FRU, malah ada yang dipijak kerana ingkar arahan bersurai. Mungkin ada yang tidak percaya bahawa Patriot yang diketua oleh Pemuda UMNO dibelasah oleh FRU lagi-lagi totok pembangkang.

Pada awalnya saya sendiri menyangka bahawa polis mungkin akan memberi laluan kepada Patriot memandangkan kumpulan 'baju merah' ini adalah entiti yang diwujudkan UMNO yang bertujuan menjaga kedaulatan serta keamanan negara.


Rupanya jangkaan saya meleset, ketika Patriot menghampiri pasukan anggota FRU tiba-tiba loceng amaran dibunyikan selain itu amaran suara turut dilaungkan oleh pihak polis menggunakan 'hailer' supaya kumpulan 'baju merah' bersurai.


Tetapi akibat tindakan provokasi sesetengah pengikut Patriot yang berada di barisan hadapan ini pasukan FRU terus bertindak dengan jurus gas pemedih mata, baton serta pancuran air longkang. Suka atau tidak FRU hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kita sebagai rakyat kepada mereka.


Dalam erti kata lain, saya boleh katakan PDRM merupakan pasukan polis yang sangat-sangat adil dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Malah istilah 'bias' juga tidak ada wujud walaupun mereka berhadapan dengan menantu bekas Perdana Menteri iaitu Pak Lah.


Selain ditembak dengan gas pemedih mata, dipukul dengan baton dan dimandikan dengan air kimia. Pemimpin utama yang bertanggungjawab menggerakkan Patriot Khairy Jamaluddin, Lokman Adam, Ungku Salleh (sekadar menyebut beberapa nama) turut ditahan dan kini ditempatkan di lokap IPK kalau tidak silap saya.


Selain pemimpin utama pemuda-pemuda dari putrajaya turut ditahan dan dibelasah. Adakah ini dikatakan bahawa PDRM tidak adil kepada pemuda UMNO?

Hoii barua... kami pun kena balun la... apa cerr.... mana istimewanya UMNO di mata polis?


YY : Maklumat terkini yang diterima BerSHIT ketika ini berkumpul di jalan Duta.. Semua turun ke sana. Masalahnya siapa leader? Rahman Seluar Dalam ke? Kah Kah Kah.. lembu!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal