BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, June 15, 2013

Semua Jawatan Tertinggi Sayap Juga Tidak Dipertandingkan, Petanda UMNO Menuju Kehancuran


Takut berlaku perpecahan, sekolah pak mat tempe memutuskan untuk tidak pertandingkan jawatan ketua darjah.

Maka angguk dan akur saja budak-budak kerana patuh arahan guru besar sekolah tersebut walaupun Aiman sedikit kecewa kerana dia pelajar cemerlang dalam kelas.

Manakala ketua kelas sedia ada, dalam sebulan hanya 3 hari saja hadir ke sekolah selebihnya ponteng.

Namun akur arahan guru besar, Aiman hanya mampu menjawab "aiman tak kisah cikgu..." 

Hahaha...

Ingatkan jawatan Presiden dengan Timbalan sahaja mereka cadang tidak mahu dipertandingkan tapi tiba-tiba jawatan tertinggi dari Wanita, Pemuda dan Puteri juga tidak perlu dipertandingan.

Tapi dalam mencadangkan supaya jawatan Ketua Wanita Pemuda, Puteri tidak dipertandingkan mereka menggalakkan pula ahli bawahan bertanding di peringkat cawangan dan bahagian.

Hahaha...

Hoi....apa tiada pemimpin muda yang boleh ditonjolkan dalam UMNO?

Jika begini bagaimana UMNO hendak membina barisan pelapis untuk memimpin negara di masa akan datang...?

KOTA BHARU 13 Jun - Wanita UMNO Kelantan menyarankan supaya jawatan Ketua Wanita UMNO yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini. 
Pada masa sama, Ketuanya, Datin Rahimah Mohamad berkata, pergerakan itu mahu supaya semua petualang dan pengkhianat parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dibersihkan sebelum UMNO mengadakan pemilihannya. 
Rahimah berkata, kedua-dua perkara tersebut diputuskan pergerakan itu pada mesyuaratnya semalam dan disokong sebulat suara oleh ketua-ketua Wanita bahagian yang hadir
Katanya, Wanita UMNO negeri berpendapat, semua jawatan tertinggi dalam parti termasuk ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, tidak perlu dipertandingkan bagi menjamin keutuhan UMNO sebagai tunjang kerajaan
"Bila ada pertandingan akan ada masalah, jadi untuk mengelakkan perselisihan dalam UMNO maka sewajarnya jawatan tertinggi parti termasuk jawatan ketua-ketua sayap tidak dipertandingkan.

7 comments:

Anonymous said...

pergi jerlah ke pejabat amanah raya buat wasiat supaya jawatan jawatan tuh jadi pesaka turun temurun. aku dah mulalah rasa bosan dan meluat dengan pemimpin yang ada. perlembagaan digubal untuk membolehkan pertandingan, kenapa pulak gini jadinya? orang luar dah mula mentertawakan UMNO, cakap tak serupa bikin.

2. Wahai orang orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukanya?

3. Amat besar kebencianya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukanya

(061. Ash Shaff : Ayat 2-3)

aku sedang menunggu PAS keluar dari Pakatan.

Anonymous said...

Punca orang muda tidak menonjol dalam UMNO adalah kerana orang lama terlalu berat dan sayangkan jawatan mereka.

FAKTA!

Anonymous said...

Tolonglah tubuhkan parti baru---tegakkan wacana membina Agama, Bangsa dan Negar, bangkitkan seluruh semangat Melayu yang dah meluat sangat dengan UMNO tapi tak sanggup terima PKR dan DAP mahupun PAS

Saya pasti ramai berfikiran serupa dalam UMNO dan PAS akan masuk parti baru ini. Kita mesti tetapkan kriteria utama untuk jadi pemimpin di parti baru ini -- tak perlu anak/cucu pemimpin terdahulu. Semua boleh tunjukkan kebolehan dan potensi -- bertanding atas kapasiti sendiri tak kiri kaya atau pangkat!

Anonymous said...

Hai kenapa pulak suara wanita umno kelantan yg lantang mahukan sharizat kekal jawatan ketua wanita umno malaysia...APA PULAK DENGAN SUARA2 WANITA DI NEGERI LAIN TERUTAMA NEGERI YG MENANG. UMNO KELANTAN KALAH TAPI ADA HATI NAK TUNJUK TARING YG TUMPUL MENENTUKAN JAWATAN KETUA WANITA TAK DITANDINGKAN ATAU KE SHARIZAT BERI HABUAN. Sokong SEMUA JAWATAN dari Peringkat atas sampai ke bawah ditandingkan....kalau takut bertanding jangan jadi KETUA....

Anonymous said...

Peganglah sampai mati, profesional muda makin jauh dengan UMNO. Banyak wanita berkobolehan sebenarnya cuma mrk tiada ruang utk menonjol!

Anonymous said...

Sekiranya tidak ada pertandingan jawatan tertinggi UMNO, sama ada peringkat Induk atau sayap, atas arahan pihak pihak tertentu, jom tubuh parti baru! Paling penting wadah perjuangan UMNO tulen dijadikan landasan dengan penambahbaikkan sesuai dengan keadaan semasa.
Semua ahli ahli UMNO yang meluat dengan keadaan UMNO kini, ahli pas yang juga meluat dengan keadaan PAS kini dan semua orang Melayu yang cintakan agama, bangsa dan negara mereka berjuang dalam parti baru ini. Biar UMNO 'kini' reput dengan pemimpin pemimpin yang berjuang untuk jawatan dan sampai kiamat hendak mengekalkannya!
'

Anonymous said...

aku cadangkan kita buat parti melayu baru...yang lebih kuat melalak seperti perkasa untuk mendokong aspirasi orang melayu dan Islam..atau kalau tidak pun kita seru perkasa menjadi sebuah parti baru...aku pasti ramai orang melayu dah sakit hati dgn UMNO ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...