NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, June 11, 2013

Siri Bercakap Dengan @Shook1974 Kaki Sembang Kencang Dia Gagal Urus Persepsi PM di Persalahkan?

Wa benci la tengok muka lu....hehe!
Pada awalnya saya malas ikut campur serangan yang ditujukan kepada Tun Faisal kerana ramai kawan-kawan yang dekat dengan Shook memaklumkan kepada saya bahawa Shook ada masalah peribadi dengan Tun Faisal.

Jadi saya ambil langkah berkecuali dengan menjadi penonton melihat aksi pondan 'hit & run' Shook menyerang Tun Faisal. Tapi kebelakangan ini serangan yang dibuat oleh pondan Shook telah mengheret nama UMB dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak benar ke atas UMB.

Ok ingin saya tekankan agar semua faham - Shook lu punya masalah peribadi dengan Tun Faisal itu lu punya pasal, gua cuma mahu jawab mengenai peranan UMB yang dikatakan gagal oleh lu.

Biar jelas juga di sini, kawan-kawan 1Agenda yang lain dengan rendah diri saya minta kamu jangan ikut campur. Cukuplah sekadar membaca apa yang saya tulis, selepas itu duduk diam-diam.

Kenapa gua jawab, bukan pengerusi UMB yang jawab?

Gua kena jawab atas dasar gua AJK UMB, malah jika gua membiarkan sahaja fitnah Shook di laman Twitter melalui teknik pengulangan. Gua khuatir pembohongan ini dianggap benar oleh 2,000 followers lu yang naif propaganda.

Justeru itu saya terangkan peranan UMB agar semua jelas, walaupun manusia macam Shook memang tidak akan faham kerana bahasa yang saya gunakan mungkin terlalu tinggi untuk dicapai oleh akalnya yang singkat.

Pertama UMB terlibat membantu BN bermula PRK Manek Urai hingga PRN Sarawak sebelum PRU13.

Kedua UMB turut terlibat dalam PR kampus yang menyaksikan penguasaan mahasiswa pro kerajaan di 18 kampus.

Aiyark!

Sudah terdedah satu rahsia kerana seorang manusia bodoh piang macam Shook.

Tak mengapa, kita ketepikan cerita lama, kita kembali kepada cerita baru iaitu peranan UMB semasa kempen PRU13. Semasa kempen PRU13 UMB memiliki jentera di 4 negeri pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Selain itu UMB turut melibatkan kawan-kawan blogger dari Terengganu ada juga dari Sarawak. Manakal UMB pusat pula bertanggungjawab mengendalikan 'war room' Pemuda di tingkat 28 PWTC.

Ketika unit kreatif UMB bersengkang mata menghasilkan kartun-kartun propaganda, Shook macam biasa menghantar tweet-tweet seperti di bawah. Shook macam biasa kritik dan terus mengkritik kadangkala meraban.

Contoh Shook biasa tweet rujuk di bawah (bukan berperang dengan tweeter puak PR pun) dasar pengecut!


Dengan tweet begini adakah Shook rasa dia telah membantu BN menguruskan persepsi, rasanya tweet Shook bertarikh 3 Jun menjawab persoalan ini :


Hahaha...

Dia yang mengadap twitter 24 jam, tidak membantu BN mengurus persepsi di twitter PM pula yang dipersalahkan?

Oklah! Shook bukan dibayar gaji untuk bantu BN, jadi Shook layak menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi kenapa UMB yang difokuskan oleh Shook sedangkan ada banyak pasukan media baru yang diberikan bajet tertentu?

Sekarang cabaran saya untuk Shook, jika benar Shook adalah pejuang BN sejati. Tidak mengharapkan apa-apa imbuhan, Shook menegur kerana sayangkan BN berikut adalah senarai bloggers/cybertroopers yang diberikan imbuhan oleh UMNO Selangor.

Apa kata Shook cari dan balun mereka sebagaimana Shook balun UMB!


Saya beri peluang 3 hari untuk Shook serang kegagalan blogger-blogger ini sebagaimana serangan Shook buat ke atas UMB.

Jika tidak gua akan panggil lu 'Shook Pondan'!



Bersambung dengan kisah dari FAMA mengenai Shook...hehe!

YY : Shook gua blogger so gua jawab lu guna blog, mudah orang nak google nanti... :)

13 comments:

Anonymous said...

Kau layan si bodoh ni apahal DOUBLE-Y? cari salah orang jer dia pandai.

Anonymous said...

Kenapa lu padam nama no 4..??

Yuseri Yusoff said...

Sebab dia buat apa yg patutnya dia buat. :)

AkuPun Tak Faham said...

Tak habis-habis, kan? Bila boleh bersatu hati?

Errr kalau saya boleh beri cadangan; cybertroopers, facebookers; bloggers; malah apa saja media sosial pro-BN letak bawah satu bumbung saja untuk elak berpuak-puak (mungkin di bawah KKM?) Perlu daftar dan letak satu logo kecil.

Jika ada sebarang masalah yang timbul, boleh kawal dan tegur melalui emel kepada pemberi masalah dalam satu tempoh yang ditentukan untuk jawab.

Bila sudah dalam satu kumpulan, baru distribute tugasan berdasar pecahan kelompok kecil. Tugasan boleh rotate ikut mingguan, dua minggu sekali, sebulan sekali, atau apa yang terbaiklah. Jadi semua berpeluang buat tugasan sama cuma berjadual.

Aiyarkkk panjang pulak. Hahahah sekadar cadangan. Saya cuma lihat sambil makan kacang rebus dengan kopi o sejuk je :)

Yuseri Yusoff said...

Setuju dgn anon kt atas,

bila hari-hari dituduh bukan2 mau atau tak kita kena jwb bro. Makin dibiarkan makin menjadi2 'blame game' mereka buat.

Anonymous said...

Sayang sbb perang sesama sendiri. Ada yg bangga diri sbb byk membantu,bila showoff org lain akan mengata. Pastu bermulalah perang kali kedua.. Hmm nak bangga dgn gerak kerja pon,selangor kalah teruk jgk.. Jadinya baiklah konfran secara tertutup.. Baik bangkang dari dalam dari keluar utk bangkang,nanti kita jgk rugi undi.. Kan kan

Unknown said...

bingai budak ni...

Anonymous said...

Bro kalau ko layan dia, habis gerak kerja korang terdedah PR kesan. Cukuplah rasa dengan entri ko yg ni. Setahu aku sepanjang kerjasama dgn geng2 ko UMB ni banyak gerak kerja korang yang tidak sepatutnya diketahui oleh orang luar cukuplah Presiden parti yg beri korang amanah untuk bantu parti tahu apa korang dah buat.

Unknown said...

ADUHHHHH.... BARU KENA CUIT SIKIT DAH TERBONGKAR RAHSIA UMB..... ..

Anonymous said...

Engko ade surat??? dengan PANTASSS pegik ambik!!!! (do re mi )

Yuseri Yusoff said...

Tu bukan rahsia besar sgt. :)

Panglima Perang Cyber said...

gua baru baca lu punya artikel. terkejut tengok serangan ganaz lu.. gua tak nak komen cuma mahu benda dalam kain jangan dibuka.

marah jangan terlampau. jangan kerana nyamuk seekor habis kelambu dibakar.

bro, kawe sangat setuju UMB kena dipertahan tetapi harap perkara tidak patut ditulis dapat dielakkan atau dipadam.

jawab dengan cara terbaik bro, kita satu perjuangan.

dua-dua kawan kawe jangan sebab sesuatu maka perpaduan kita pecah.

rasanya jika Shook dapat minta maaf dan bro dapat hentikan perkara ini maka ia lebih baik untuk masa depan semua pihak.

tq

Anonymous said...

WA rasa artikel ni boleh drag orang lain naik bengang.. sebab masalah dengan orang lain tapi heret habis orang lain... apa tujuannya bro?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...