NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

Lawrence Andrew Bangkit Kemarahan Umat Islam, Pemuda UMNO Malaysia Teguh Pertahan Titah Sultan Selangor!

Umat Islam sekitar Kuala Langat menyatakan bantahan mereka dengan
membakar figura paderi Lawrence semalam.
Isu kalimah Allah yang dibangkitkan oleh paderi Lawrence Andrew terus mengundang kemarahan umat Islam yang tampil menyatakan bantahan mereka di beberapa lokasi. 

Semalam dilaporkan seramai 300 umat Islam orang berkumpul di Kuala Langat dan mendesak paderi Lawrence Andrew memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Bantahan di Kuala Langat

Barisan Pemuda UMNO melalui Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairul Azwan yang hadir menyampaikan bantuan Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada 40 orang warga emas di Kg. Gajah, Perak tengah hari tadi turut mengecam tindakan paderi Lawrence Andrew.

Naib Ketua Pemuda UMNO serahkan sumbangan
kepada warga emas di Kg. Gajah, Perak

Pemuda beranggapan perbuatan paderi Lawrence Andrew telah mencabar titah baginda Sultan Selangor yang dikeluarkan pada November 2013, barisan pemuda UMNO Malaysia teguh akan pertahankan titah Sultan Selangor dan meminta kegiatan mengganggu gugat sensitiviti umat Islam dihentikan segera sebagaimana yang dinyatakan melalui laman Facebook miliknya malam tadi.


Selain barisan UMNO di Selangor, turut tampil menyatakan bantahan adalah Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, saudara Razlan Rafi yang menganggap perbuatan paderi Lawrence Andrew sebagai biadap serta meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah tertentu bagi menyekat pihak-pihak yang bersikap keras kepala serta gagal memahami undang-undang negara.


Sebentar tadi dilaporkan Majlis Belia Kawasan Putrajaya, turut tampil membuat laporan polis di IPD Putrajaya dan meminta agar paderi Lawrence serta pihak gereja Katolik di Selangor jangan mencabar kesabaran umat Islam di Malaysia.


JANGAN CABAR ISLAM! - kata warga NGO Majlis Belia Kawasan Putrajaya.

Lawrence Andrew, lu memang bangsat!



Arioss...!

Thursday, January 2, 2014

Malang Nasib Ketua Penerangan Pemuda UMNO @JamawiJaafar Diterbalikkan Sebab Beri Penerangan di Media?


Malang nasib Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Saudara Jamawi Jaafar apabila saranan agar sambutan ambang tahun baru diganti serta diisi dengan program keagamaan sebagaimana dilaporkan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian bertarikh 29 Disember tempoh hari menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak.

Bagi saya dakwaan yang mengatakan kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO adalah kenyataan peribadi dan populis langsung tidak masuk akal.

Setahu saya dalam UMNO bercakap itu merupakan satu pekerjaan bagi Ketua Penerangan dan perlu diingat bukan semua orang boleh bekerja dengan menggunakan percakapan. Biasanya untuk bercakap di depan ahli-ahli politik apatah di depan media percakapan mereka perlu mengandungi fakta.

Inilah peranan Ketua Penerangan iaitu memberi penerangan supaya perkara yang samar dan pudar menjadi terang dan jelas.

Kenyataan Peribadi Jamawi atau Pendirian Pemuda UMNO?

Menjelang himpunan TURUN pada 31 Disember tempoh hari, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar bukan secara peribadi mengesyorkan agar sambutan konsert dan bunga api sempena ambang tahun baru dibatalkan dan digantikan dengan program keagamaan sebaliknya ia adalah pendirian Pemuda UMNO Malaysia.


Selaku Ketua Penerangan, Jamawi menerangkan kepada media mengenai sebab dan alasan kenapa pemuda berpendapat program ambang tahun baru perlu dibatalkan sebagai pendirian Pemuda UMNO.

Pertama pemuda bimbang soal keselamatan rakyat kerana pihak penganjur himpunan TURUN tidak ditahan oleh polis walaupun ratusan laporan polis dibuat pelbagai pihak. Kedua bagi memudahkan tindakan polis menjalankan tugasan mereka dan ketiga pemuda prihatin dengan nasib rakyat.

Jika diteliti kembali kekecohan yang tercetus pada malam tahun baru terbukti saranan Pemuda UMNO melalui Ketua Penerangannya berasas. 

Saranan yang dinyatakan oleh Jamawi adalah kenyataan pemuda UMNO, kenapa dilemparkan tuduhan kononnya Jamawi hanya pandai membuat cadangan yang bersifat populis?

Teliti laporan media :
"Pemuda Umno mencadangkan kerajaan tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2014 dengan konsert dan pertunjukan bunga api.

Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, kehadiran tahun baharu sebaliknya lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di surau-surau dan masjid di seluruh negara."
SINAR HARIAN 29 Disember 2013

Soal kenapa Jamawi Jaafar tidak menganjurkan program yang dicadangkan di peringkat Pemuda UMNO pusat kecuali di Tenom, Sabah juga dilihat tidak relevan untuk dibangkitkan. Benarkah hanya di Tenom, Sabah saja yang mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran?

Setahu saya terdapat beberapa bahagian pemuda negeri menyambut kedatangan tahun 2014 dengan majlis doa selamat seperti Pemuda UMNO Bahagian Wakaf Bharu, Kelantan.

Program anjuran Pemuda UMNO Wakaf Bharu.
Kalau mahu menjadikan program ini sebagai program besaran dalam pemuda ia sepatutnya dilaksanakan menerusi biro yang memang dikhususkan untuk menggerakkan program keagamaan bukan diletakkan di bahu Ketua Penerangan.

Nasihat saya sebelum buat teguran atau 'serangan', cubalah baca Perlembagaan Umno, apa tugas dan fungsi Ketua Penerangan? 

Kalau rasa tidak tahu, bertanyalah kepada mereka yang tahu dan kalau tidak pandai, belajar dari mereka yang pandai.

Jangan marah, ini teguran ikhlas saya kepada sahabat-sahabat malah saya sendiri juga sedia terima teguran dari kawan-kawan yang lain, sebelum blah kita layan lagu dulu :



Arioss...!

YY : bukan blogger Jamawi Jaafar...

Wednesday, January 1, 2014

#TanyaIbdil : Di Mana Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO @Ibdil Saat Himpunan #TURUN @Khairykj?


Di mana Ibdil...?

Ke mana hilangnya Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia...?

Misteri kehilangan Pengerusi Biro Media Baru Ibdillilah Ishak pada malam menjelang Tahun Baru 2014 iaitu malam puak haram jadah PR berhimpun konon mahu gulingkan kerajaan telah menimbulkan pelbagai persoalan kepada penggiat dan aktivis media sosial pro UMNO.

Malah tarikh akhir kemaskini akaun Twitter dan Instagram milik Ibdil seminggu yang lalu turut memperlihatkan tiada sebarang maklumat atau informasi yang boleh digunakan oleh aktivis media sosial pro BN untuk mempertahankan kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak.

Twitter - Tweet terakhir pada 24 Disember 2013


Di mana Ibdil sekarang - adakah Ibdil telah menjumpai platform media sosial baru?

Adakah Ibdil giat mempertahankan BN menerusi aplikasi Whats Apps, Blackberry Messenger, Wechat, Kalkaotalk, Viber, ChatON, FourSquare atau apa saja aplikasi di telefon pintar?

Tarikh akhir kemaskini Instagram - 17 Disember 2013

Ada yang mengatakan dia diculik 'hantu kopek' ada juga yang mendakwa Ibdil sedang giat mengumpulkan para sukarelawan Briged Instagram untuk biro yang dipengerusikannya. Briged ini khabarnya bakal diberikan latihkan perang siber khas oleh pakar yang didatangkan khas dari Myanmar.

Hahaha...

Selaku Pengerusi, Ibdil sepatutnya malu kerana kebanyakkan kemaskini mengenai Himpunan Turun diperolehi daripada pengendali-pengendali portal dan juga rakan bloggers serta facebookers yang turun membuat liputan atas dasar sayang kepada BN.

Di mana maruah Pengerusi Biro Media Baru apabila tiada seorang pun para sukarelawan yang turun membuat liputan malam tadi mewakili Biro Media Baru Pemuda UMNO?

Jika Ibdil tidak mengambil langkah drastik merangka hala tuju Biro Media Baru dalam masa terdekat dengan mengadakan pertemuan bersama setiap kumpulan aktivis media sosial pro BN, tidak mustahil situasi perang siber bakal menyaksikan jentera BN kembali ketinggalan.

Kegagalan Ibdil menggerakkan Biro Media Baru di saat kerajaan pimpinan PM DS Najib Tun Razak dihentam teruk pembangkang dan juga penyokong pro BN sendiri dianggap perkara yang memalukan institusi pemuda serta barisan kepimpinan dalam Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh YB Khairy Jamaluddin.

Sepatutnya Ibdil membuktikan kemampuannya selaku Pengerusi BMB dengan menjadikan Himpunan Guling/TURUN malam tadi sebagai 'tasking' pertama untuk Biro Media Baru Pemuda UMNO pusat di bawah pimpinannya.

Tapi malangnya you masih khayal dengan dunia LifeStyle - Jika BMB pusat pun entah di mana, usahlah kamu bermimpi untuk turun ke peringkat Negeri, Bahagian, Cawangan jauh sekali ke peringkat PDM wahai Ibdillilah Ishak!

Nah lagu untuk you Ibdil...!



Arioss...!

YY : Chip KJ dah 'basuh' pun you masih BLUR ke bro Ibdil? 

Saturday, October 12, 2013

#PemilihanUMNO : Cubaan Fitnah ke Atas @azwanbro Gagal, Kekal Calon Naib Ketua Pemuda Pilihan Perwakilan!


Semalam saya memerhatikan sekelompok facebookers yang bertindak menyerang serta memfitnah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun.


Tidak mahu menuduh sesiapa walaupun saya tahu siapa dalang yang berperanan di sebalik serangan yang dilakukan. 

Kerana bagi saya serangan yang dilakukan ke atas Khairul Azwan Harun sedikit pun tidak menjejaskan mood sokongan orang muda kepada Azwanbro.



Lagi serang, lagi popular...

Hahaha...


Selamat menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin kepada 75,000 perwakilan pemuda esok.

#PemilihanUMNO : Muktamad - Mereka Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Msia 2013-2016 Pilihan

Berbaki 12 jam sahaja sebelum 75,000 para perwakilan pemuda memilih pucuk pimpinan bagi sayap pemuda untuk sessi 2013-2016. 

Pemilihan UMNO kali ini memperlihatkan lima calon menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda, empat calon bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dan 75 calon untuk jawatan exco pergerakan pemuda.

Daripada calon yang menawarkan diri, saya memberi kepercayaan kepada calon-calon di bawah untuk membarisi kepimpinan pemuda bagi sessi 2013 - 2016.


Pengerusi Tetap 
ABDUL FATTAH BIN ABDULLAH – (calon no 2) 


Timb. Pengerusi Tetap 

MUHAMMAD YADZAN BIN MOHAMMAD – (calon no 1) 

Ketua Pemuda
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR -(calon no 01) 

Naib Ketua Pemuda

KHAIRUL AZWAN BIN HARUN –(calon no 04) 

Ahli Jawatankuasa (EXCO PERGERAKAN PEMUDA)

1) IBDILILLAH BIN ISHAK –(calon no 1) 

2) SYAMSUL BAHARIN PUTRA B.AHMAD SHIBI –(calon no 2) 


3) ARMAN AZHA BIN ABU HANIFAH – (calon no 4)
4) NAZIR HUSSIN BIN AKHTAR HUSSIN –(calon no 7) 

5) AHMAD MUKHRIZ BIN AHMAD FUAD –(calon no 11) 

6) AHMAD FAISAL BIN ABDUL KARIM –(calon no 12) 
7) FATHULBARI BIN MAT JAHYA – (calon no 16) 

8) ONN HAFIZ BIN GHAZI –(calon no 22) 

9) RAHIMI BIN ABD KARIM – (calon no26) 

10) SHEIKH NAFIQ ALFIRDAOUS (CALON NO.33)
11) ERWIN MUKHRIZ BIN ZAHARI - (calon no 44)
12) MOHD FAIZAL DAUD (CALON NO.46)

13) ARIFF HAKIMI Hj. ZULKIFLI (CALON NO.62) 
14) MUA`AMAR GHADAFI JAMAL BIN JAMALUDIN -(calon no 48)


15) NURUL IZHAM BIN NURUL ANUAR –(calon no 54) 

16) AZRINIZAM BIN IBRAHIM – (calon no 57) 
17) ZUKHAIRI BIN MD OSMAN –(calon no 60) 
18) JEFRIZAL BIN MOHD JAAFAR –(calon no 63) 

19) MOHD IKHMAL ABU BAKAR (CALON NO. 59)

20) KAPTEN. MOHD FAIRUZ MOHD SAKIRIN (CALON NO.55)

Thursday, October 10, 2013

#PemilihanUMNO : Analisis Calon Exco Pemuda Dari Kelantan Bakal Tersingkir Kerana Kurang Populariti?


Menjelang 12 Oktober 2013 yang hanya tinggal dua hari saja lagi sebelum 75,000 perwakilan pemuda membuat pilihan untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi bagi pergerakan pemuda untuk sessi 2013-2016.

Selain jawatan nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan pemuda antara yang menarik untuk diperhatikan ialah pertandingan merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia melibatkan 75 calon yang bertanding.

Malah sudah ada pihak yang membuat analisis dengan mengeluarkan senarai calon pilihan mereka. Selebihnya masih berkira-kira siapa yang mahu dipilih sebagai 20 orang exco pemuda bagi 2013-2016.

Siapa yang terbaik, siapa yang mempunyai kekuatan di bahagian, siapa yang aktif di bahagian serta yang mana satu calon yang benar-benar bekerja di peringkat akar umbi dalam membantu parti semasa sehingga selepas PRU13.


Bagi negeri Kelantan yang ketengahkan tiga orang calon, dua orang lagi merupakan pemuda yang buat kerja, mempunyai kekuatan di bahagian namun malangnya mereka kurang popular berbanding calon-calon exco yang lain.

Disebabkan mereka tidak begitu popular, bimbang para perwakilan salah membuat penilaian terpaksalah saya perincikan satu-persatu mengenai mereka.

Faizal Daud calon No.46 - Siapa mamat bernama Faizal Daud, hebat sangatkah sehingga saya merayu kepada perwakilan memberikan peluang kepada dia sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia?

Calon NO.46 Faizal Bin Daud
Nak kata hebat itu tidak hebat mana, Faizal Daud atau lebih mesra dengan nama Abe Ja ini merupakan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) yang menaungi dan menjaga kebajikan 12,000 anak-anak Kelantan di pusat pengajian tinggi.

Selain itu dia juga merupakan Ketua Cawangan UMNO Gual di bawah Bahagian Rantau Panjang. Jika Faizal Daud tiada kekuatan di cawangan/bahagian mana mungkin dia mampu memenangi jawatan Ketua Cawangan?

Saya ulangi 12,000 anak-anak Kelantan yang belajar di pusat pengajian tinggi iaitu kumpulan sasaran dalam kpi Ketua Pemuda bagi program pengkaderan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda.

Abe Ja menandatangani slip keputusan SPM
bagi mengikuti pengajian Pra Diploma di UiTM
Abe Ja juga merupakan penggerak kepada program Jelajah Destini Anak Bangsa sebelum PM DS Najib Tun Razak bersetuju menubuhkan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) melalui program ini, ia telah membantu lebih 10,000 anak-anak orang susah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelajar kurang upaya ini antara 10,000 lepasan SPM yang kini melanjutkan
pengajian di UiTM. Abe Ja bersama Dato Aizuddin JDAB2012 Terengganu

"Yus beritahu kepada mak cik (tudung hitam) Abe Ja urus anak mak cik buleh masuk U, jgn risau!" - kata Abe Ja kepada saya dalam program JDAB2012.

Abe Ja juga mewujudkan tabung RM50 sebulan kepada 40 anak orang miskin di Kelantan. Mungkin bagi orang biasa jumlah tersebut tidaklah sebesar mana, namun buat 40 pelajar miskin di Kelantan ia adalah satu rahmat buat mereka. Berapa ramai dari 75 orang calon exco yang bertanding ada latar belakang seperti Abe Ja?

Abe Ja - JDAB2012 Uptown Wangsa Maju
Berbaki dua hari lagi kenapa kita tidak berikan ruang dan peluang kepada individu yang memperjuangkan isu pendidikan kepada bangsa kita membarisi senarai 20 Exco Pemuda UMNO Malaysia bagi sessi 2013-2016?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal