Harakah tak habis-habis menipu, bukan sekali dua penipuan Harakah berjaya didedahkan oleh para bloggers. Malah ada juga artikel berita yang dipadam sebaik sahaja penipuan mereka terbongkar.
Dalam sejarah Pemuda UMNO, seingat saya hanya seorang yang berani menyaman Harakah atas laporan berita fitnah yang disiarkan, individu tersebut seorang peguam bernama Tun Ammar (dalam bulatan gambar di atas).
Kalau lupa rujuk laporan Utusan tahun 2011 :
Memperolehi ganti rugi RM50,000 atas artikel fitnah!
Inilah satu-satunya orang yang menang saman Harakah setakat ini, walaupun Harakah kerap kali menipu - tiada orang berani heret ke mahkamah sebagaimana dilakukan oleh Tun Ammar. Hatta menteri kita sekalipun dilihat segan untuk mengheret Harakah ke mahkamah.
Mungkin disebabkan jarang tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Harakah dilihat tidak takut untuk menyebarkan berita berbentuk hasutan dan fitnah. Hari ini melalui laman Facebook, Harakah menipu mengatakan gambar pengundi Bangla beratur untuk mengundi ketika PRU13.
Malang buat admin Facebook tersebut kerana Ketua Tempat Mengundi merupakan orang pertama yang meninggalkan komen dengan mendakwa gambar tersebut merupakan penduduk orang asli, bukannya bangla.
Harakah banyak kali kantoi menipu...
Tetapi sayangnya Menteri hatta SPR takut mengambil tindakan undang-undang sebagaimana dilakukan oleh Tun Ammar...
4 comments:
selagi peguam umno duduk goyang kaki. tak mahu ambil apa-apa tindakan. selagi tu lah fitnah pembangkang akan dianggap benar. peguam2 umno macam ammar perlu lebih ramai. sepakat tubuhkan barisan peguam macam pakatan rakyat. tengok mana2 fitnah yg dilempar pada umno dan mana2 yg tempiasnya kena pada umno. kasi saman. ini tak. utusan je yg kena saman. sebabnya bukti tak kukuh. bkn tak benar. tapi takde bukti kukuh. so kena ubah dah style. kena menyerang. jangan biarkan fitnah meresap dlm diri bebudak muda yg tak reti nak beza mana benar mana tak.
Setuju dengan 8.55. Peguam-peguam UMNO bangkitlah!
UMNO mana ada peguam, peguam perjanjian beli rumah, untuk lawan-lawan nih mereka tak reti...sebab itu harap Najib lambakan dan ambik ramai-ramai kursus loyer di UITM.
Saman la . Dapat duit boleh masuk tabung kebajikan orang asli yg kena fitnah tu......
Post a Comment