NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, June 21, 2013

Fitnah & Menipu Tak Mengapa - Perhimpunan Dibiarkan Atas Nama 'Aman' #BlackOut505



"Tiada wang sebanyak itu dalam poket!"

Jawapan yang diberikan oleh seorang menteri apabila cadangan agar menurunkan beberapa bloggers dan pemain media sosial ke lapangan perhimpunan Black Out 505 bagi merakam aksi sebenar perhimpunan yang dijadualkan berlangsung esok.

Memandangkan pembangkang sering 'spin' dari segi kehadiran, layanan pihak berkuasa dan sebagainya. Jadi penting untuk pihak kita turut sama berada di lokasi bagi mengimbangi laporan bloggers-bloggers PR.

Tapi nampaknya menteri-menteri tertentu masih buta perut, tidak belajar dari pengalaman perhimpunan BERSIH3.0 yang mencetuskan suasana tegang. Ironinya walaupun menang PRU13, BN masih lagi 'takut' untuk bertindak berlandaskan undang-undang.

Mana tidaknya satu demi satu perhimpunan yang dibuat bertujuan membangkitkan emosi rakyat dibiarkan atas alasan 'perhimpunan aman'.

Atas nama 'perhimpunan aman' kita biarkan mereka berhimpun walaupun ternyata ia merupakan fitnah dan rekayasa Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Berapa banyak 'perhimpunan aman' yang dibuat oleh pembangkang berakhir dengan aman?

Mungkin menteri tidak sedar di sebalik 'perhimpunan aman' yang dianjurkan pembangkang. Mereka hanya mampu meraih sokongan dari 'circle' yang sama dari BERSIH1 iaitu 30-80k.

Berbicara bukan main, ada menteri kita sehari bertukar kementerian terus bertindak ke atas beberapa pemimpin pembangkang, malangnya selepas itu sunyi sepi. Kuku dan taring KDN hanya bersifat sementara?

Mereka tidak sedar di sebalik nama 'aman' ini sebenar beratus ribu rakyat berasa tidak aman setiap kali perhimpunan dibuat oleh pembangkang di tengah-tengah ibu kota.

Hahaha!

Ada juga menteri yang menerangkan kepentingan untuk mantapkan jentera siber bla bla bla, tapi akhirnya jentera dibina hanya untuk kepentingan sendiri bagi memastikan jumlah [likes] naik mencanak.

Kahkahkah!

Oh Malaysiaku...

Oh menteri-menteriku...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...