NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label bloggers. Show all posts
Showing posts with label bloggers. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

@Rockybru Tidak 'Memberontak' Sebab Tiada Calon Untuk Ganti @NajibRazak


Ramai rakan bloggers bersetuju dengan kenyataan Dato Rockybru yang mengakui tiada calon yang layak untuk menggantikan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang menjawab laporan Free Malaysia Today - Pro UMNO Bloggers Rebel Againts PM .

Berpandukan kenyaataan tersebut, saya melihat Dato Rockybru tidak bersama bloggers 'pemberontak' disebabkan ketiadaan calon yang layak bagi menggantikan Najib Razak pada ketika ini.

Jika ada calon yang layak, hanya Dato Rockybru saja yang boleh menjawab sama ada dia menyertai 'pemberontakkan' atau sebaliknya.

Walaupun Rockybru menafikan wujudnya 'pemberontakkan' di kalangan bloggers pro UMNO terhadap Najib Razak ia masih tidak menjawab dakwaan penganalisis politik Prof. James Chin dari Sunway Manesh University, yang mengatakan bloggers ini dibiayai orang kem pro Mahathir.

Ia mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa, Tun Daim adalah orang yang dimaksudkan dari kem Tun Mahathir.



Sebenarnya, saya bersetuju jika bloggers Tun Daim menegur kesilapan dan keputusan yang dibuat oleh PM.

Tetapi apabila diperhatikan teguran mereka ke atas Najib Razak dengan melambakkan semua kesalahan kepadanya adalah tidak adil!

Mereka turut memberikan 'name calling' seperti - "Useless PM", PM digesa berhenti dan berambus kerana dianggap lebih buruk dari Pak Lah lebih kepada persepsi semata-mata.

Teguran (baca cemuhan) mereka ini sebenarnya bertujuan menimbulkan rasa benci pembaca terhadap Najib Razak bagi memudahkan mereka memberi tekanan ke atas Najib Razak supaya berundur.

Hello, uncle Syed and bro Apanama - this not 2008 lah!

Gambar ini terjumpa di laman Facebook sejak semalam, jangan marah eik...!


Mungkin skills saya tidak dapat melawan kehebatan uncle Syed dan Apanama, tapi cukuplah saya menyeimbangi rentak permainan ini.

Jangan risau kita tak serang peribadi punya...

Obey your master ok!



Wednesday, June 26, 2013

Tu Dia! BN Menang Staff UMNO Kedah Senang Hati Bercuti di Vietnam, Tapi Bloggers Kedah Ditinggalkan? - #HanyadiKedah


Tu dia...!

Hanya di Kedah...!

Betul hanya di Kedah staff UMNO negeri dengan senang hati bercuti di Vietnam sempena meraikan kemenangan mereka merampas negeri Kedah...

Hoii..!

Bloggers Kedah, hangpa jaki sangat dengan staff UMNO negeri nak pi bercuti di Vietnam kenapa?

Depa pi bukan guna duit UMNO pun, percutian depa ditaja oleh syarikat beras cap Bashah pengeluar beras tersohor di Kedah...


Kahkahkah!

Kenapa ceq kata hangpa kena berhenti jadi 'bengong'?

Sebab hangpa memang tak ada tempat dalam UMNO negeri Kedah, ini bukan ceq habaq tau, tapi otai bloggers yang ceq cukup respek brader Kedah Times penulis blog http://syburi-times.blogspot.com/ 

Hangpa baca apa brader syburi komen semalam :


Satu lagi brader syburi komen kat artikel ceq, dia habaq mai :


Kalau hangpa tak mau dengar ceq habaq, hangpa dengar la nasihat otai bloggers di Kedah ni. TMK dengan bloggers Kedah yang lain memang tak ada tempat di hati Badshah!

Tok Kenari pula habaq :


Semalam ceq dok tengok je hangpa dok balun ceq kat Facebook...

Isk..isk...isk!



Tu dia...

McTheory kata ada hikmah...?

Hikmah apa McTheory, lu tahu ke kawan-kawan yang dok berjuang dengan lu perut nak kena isi, minyak motor nak kena isi, topup nak kena isi, broadband nak kena bayar tau dak..?

Yang paling penting perut anak bini nak kena isi brader!

Hang ada pikiq dak macam mana depa nak isi semua ni, jika poket depa tidak berisi...?

Mujur PisauKedah cerdik dan tersedar dari terus jadi bengong, dah mula cari kerja dah...


Paling malang Aktivis Pekan Naka yang berhenti kerja sebab nak bantu BN Kedah...

Keluaq ayaq mata ceq baca komen-komen hangpa tau dak!


Siap berhenti kerja nak bantu BN Kedah, pulun punya pulun - staff UMNO negeri Kedah pi Vietnam, hangpa dok berangan di Facebook.

Betul HANYA DI KEDAH pemimpin UMNO masih buta perut!

Ceq setuju cadangan 1PELURU - elok TMK berhijrah ke Dannok tukar nama Team Media Dannok! [KLIK]

Brader Jai pulak kata "cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini Bashah..." [KLIK]

Tuesday, June 25, 2013

#HanyadiKedah : Pemimpin UMNO Buta Perut - Bloggers Kedah Jangan Terus Jadi Bengong!


Saya masih ingat ketika mula-mula saya berkomunikasi dengan McTheory penulis blog kedahkekl.blogspot.com, pada masa itu saya mempelawa beliau menyertai UMB tetapi ditolak kerana UMB pada waktu itu lembik.

Boleh dikatakan sombong nak mampos di McTheory pada waktu itu, eksyen nak mampos!

Tapi berkat kesabaran gua menerangkan peranan UMB, akhirnya dia bersetuju menyertai UMB kerana pada masa itu UMNO Kedah yang dipengerusikan oleh Ahmad Badshah hanya membantu bloggers yang tidak berpusat di negeri tersebut.

Dia yang berada di Kedah tidak dipandang langsung walaupun berblogging siang malam untuk UMNO Kedah. Walaupun tidak dibantu, dia tetap mempertahankan pemimpin UMNO negeri tanpa mengkritik, menghentam melalui laman blognya.

Boleh dikatakan McTheory setia nak mampos dengan pemimpin UMNO Kedah...

Setelah beberapa bulan menyertai UMB dia berjaya menubuhkan Team Media Kedah (TMK) dan hasilnya pendedahan demi pendedahan berjaya dilakukan.

Akhirnya hasil pendedahan dan strategi TMK membuatkan BN berjaya merampas semula Kedah selepas sepenggal jatuh ke tangan PAS.

Berbeza dengan bloggers yang dibiayai oleh Ahmad Bashah, walaupun dibiayai oleh UMNO Kedah artikel dan hasil di laman blognya hanya fokus kepada isu nasional tanpa pendedahan eksklusif berkaitan negeri Kedah.

Kalau ada artikel berkaitan pendedahan dan penyelewengan PAS Kedah pun ia diambil dari blog geng TMK.

Selepas PRU13 saya tertanya-tanya apakah pemimpin UMNO negeri menghargai peranan pasukan bloggers TMK yang diketuai oleh McTheory di atas banyak gerak kerja dan strategi menyerang PAS Kedah sebelum PRU13 sehingga membuatkan exco-exco kerajaan negeri yang diketuai oleh PAS ketika itu 'panas punggung'?

Baru-baru ini dengarnya khidmat McTheory digunakan lagi untuk program live streaming ceramah agama yang dianjurkan oleh Menteri Besar Kedah yang baru Mukhriz Mahathir.

Ingatkan pasukan TMK dibawah McTheory sudah menjadi pasukan khas media Pejabat Menteri Besar, tapi rupa-rupanya McTheory hanya diperkudakan sahaja.

Tu..dia HANYA DI KEDAH beb! hahaha!
Hahaha!

Pertama peranan lu dalam membantu UMNO Kedah ketika PRU13 besar, sekarang mereka panggil dan guna lagi khidmat lu tapi untuk wujudkan 'live streaming' ceramah agama tapi apa lu dapat bro...?

Lu hanya digeli-gelikan oleh pemimpin UMNO Negeri dengan ucapan terima kasih, "saya nampak peranan bloggers Kedah bla bla bla..."

Maaf cakap...

McTheory lu memang bengong!

Pemimpin UMNO termasuk exco baru buta perut, dia tak nampak peranan lu yang sebenar. Buat apa nak terus berblogging membantu mempromosikan pemimpin UMNO sedangkan mereka tidak pernah menyumbang atau membantu lu dengan kawan-kawan lu?

Kalau benar dia nampak sumbangan lu membantu UMNO Kedah, sudah lama dia membantu lu dengan kawan-kawan TMK la bro!

Pemimpin UMNO Kedah, tidoq lagi kaaa, BN menang Kedah Senang tapi bloggers tak senang-senang...


sudah-sudahlah jadi bengong tu McTheory...!

Lu nak maki gua sebab gua cakap lu bengong?

Lu marah blogger Sangkakala sebab gua petik dari blog dia [sini]...haha!

Wake Up McTheory, jangan jadi bengong!



Monday, June 3, 2013

Misi Mencari - Siapa Bloggers & Cybertroopers @NajibRazak Yang Sebenar?


Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh 'kuda tua' A.P.A, artikel misteri yang meninggalkan satu pertanyaan iaitu "Siapa bloggers Najib Razak yang sebenar...?"

Siapakah mereka...?

Bermula dengan menyerang 'Punah Sihat' yang tak berapa sihat oleh kebanyakkan bloggers pro BN termasuk saya sendiri, ia dilihat belum memuaskan hati beberapa pihak. 

Rentak tari segelintir bloggers ini nampaknya berbeza dengan rentak tari yang dimainkan saya. Melihat rentak tari mereka, timbul soalan di benak fikiran saya...

Adakah serangan ke atas 'Punah Sihat' yang terbukti gagal menggerakkan WarRoom iaitu Allies Nor sebenarnya menyasarkan PM sendiri iaitu DS Najib Tun Razak?

Petikan dari blog APA :
"dikatakan wujud adalah...Blogger Hishamuddin..Blogger Zahid Hamidi...Blogger KJ...Blogger Ahmad Maslan...Blogger Tun M...Blogger Muhyiddin... 
Blogger JASA...Blogger BTN... 
Blogger ATM dan ntah apa apa lagi kumpulan... 
Tidak dilupakan....KUMPULAN BLOGGER DUIT. 
Itu semua aku tak mahu ambil peduli kerana tujuan artikel ini aku tulis hanyalah untuk memperkatakan tentang SIAPA SEBENAR BLOGGER DAN CYBERTROOPER PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK selama ini? 
dan persoalan diatas akan aku kupas tengahari nanti." 
[BACA SELANJUTNYA]
Nampak gaya bukan saja Punah Sihat yang 'makan selipar' percuma, mungkin tengah hari nanti bloggers  (mungkin saya) yang bakal mengisi "Putrajaya 100 Days Hall Of Shame" ciptaan APA atas  kecemerlangan mereka 'membantu' DS Najib Razak...


Jadi kita tunggu tengah hari nanti...

YY : APA kalau nak suap selipar kat aku, tolong bagi selipar ADIDAS...!

Monday, July 23, 2012

Edisi Sahur : Lantak Lu la A.P.A...!


Blogger yang memegang status no.1 Azmi APA, semalam mengeluarkan satu entri yang mengisytiharkan dirinya bukan lagi blogger pro BN.

Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh 'kuda tua' yang semakin kuat menyerang kepimpinan PM Najib Tun Razak.

Apa yang saya ingin katakan, baguslah 'declare' awal-awal pihak mana yang dia sokong, kita tak boleh paksa seseorang berpihak kepada kita kerana ianya tidak bertepatan dengan konsep negara demokrasi.

Haluan sudah berbeza, matlamat pun sudah berbeza.

Status no.1 kembali milik blogger sensasi BabyG, lagi pun tak sesuai 'kuda tua' macam APA nak pikul status sebagai blogger no.1 pro BN...

Buat malu blogger BN jer!

Gua cuma nak cakap lantak lu la bro!

Asalkan lu bahagia...

YY : Ada tak menyumbang, tiada tak berkurang...

Tuesday, June 5, 2012

Blogger UMNO Surrender...?

Taknak tulis panjang-panjang...

Penat...

Segelintir blogger pro kerajaan dengarnya 'angkat tangan'...?

Dr.MiM (Dr.Novandri) khabarnya mahu berehat dari dunia blogging dan fokus kepada aktiviti harian beliau sebagai pengamal perubatan...

Dengarnya ramai akan ikut jejak beliau...

Nampaknya para pembesar UMNO kena bersedialah buat blog, bagi penjelasan sendiri kepada orang-orang muda yang lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui dunia maya...

Selepas ini blogger mana pula akan menghilangkan diri...?

Kita kena tunggu dan lihat...

Arios!

Friday, November 11, 2011

SUPOL PM BILA NAK SELESAIKAN MASALAH BLOGGER OTAI?


Tatkala gendang perang sudah dipalu, tatkala semua jentera digesa bersedia - tatkala itu juga wujud sedikit permasalahan di kalangan bloggers pro-kerajaan.

Sebelum ini beberapa bloggers otai mendakwa bahawa wujud satu sindiket 'pelacuran' nama-nama bloggers oleh pihak tertentu dengan mendakwa bloggers yang top ini berada di bawah kawalan mereka.

Walaupun kini isu ini kelihatan 'sejuk' tapi saya tahu masalah yang dibangkitkan oleh bloggers otai ini masih belum diselesaikan. Tiada sebarang perbincangan dibuat, tiada sebarang rundingan diadakan oleh pihak yang didakwa bertanggungjawab 'melacurkan' nama-nama bloggers top ranking ini.

Sebagai blogger saya dapat menyelami hati bloggers yang mendakwa nama mereka 'dilacurkan'. Percayalah mereka masih tidak berpuas-hati - dan jangan ingat mereka ini akan diam selagi tiada perbincangan diadakan dengan mereka.

Mereka merasakan hak mereka diambil, siapa boleh diam jika hak segala hasil usaha mereka orang lain pula yang mendapat merasa nikmatnya?

Justeru itu siapa yang harus menyelesaikan kemelut yang melanda bloggers pro-kerajaan yang siang malam bersengkang mata berjaga di hadapan laptop masing-masing demi menjawab dan mematahkan segala fitnah pembangkang?

Memandangkan bloggers otai ini mendakwa individu yang 'melacurkan' nama mereka adalah orang politik - maka sewajarnya saya merasakan orang politik jugalah yang harus menyelesaikan masalah mereka.

Jadi saya ingin menggesa supaya individu-individu di pejabat PM segera menyelesaikan kemelut yang melanda bloggers ini. Kenapa dibiarkan kami bertelagah sesama sendiri gara-gara tindakan bengong satu pihak yang hanya bertindak demi kepentingan diri sendiri?

Adakah orang-orang sekeliling PM menunggu bloggers otai ini bertindak melakukan tindakan 'sebotaj' sesama sendiri barulah keluh-kesah mereka akan diambil kira? Jujurnya saya merasakan masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin.

Jika bloggers-bloggers ini bertindak 'sebotaj' adakah pegawai-pegawai PM sanggup mengambil alih tempat kami untuk berperang di dunia siber? Jika jawapannya ya! - Usah dilayan karenah kami para bloggers ini.

Jika pegawai di pejabat PM tidak mampu mengambil alih tugas mereka, selesaikan masalah mereka!

Hiasan Sahaja
Kerana saya bimbang dek kerana permasalahan ini segala usaha untuk mempertahankan BN akan terbantut dan terganggu kelancarannya.

Apakah kaedah yang perlu diadakan oleh pejabat PM atau pegawai-pegawai PM untuk menyelesaikan permasalahan ini?

Sebagai bloggers 'junior' saya berpendapat sudah tiba masanya bloggers otai ini mendedahkan segala bukti-bukti yang ada berhubung individu yang bertanggungjawab 'melacurkan' nama mereka untuk mendapatkan peruntukkan.

Atau pihak dari pejabat PM memanggil bloggers-bloggers ini dan orang yang dituduh 'melacurkan' nama mereka bersemuka terus dengan menteri-menteri yang dikatakan telah membayar individu itu dengan peruntukkan tetapi peruntukkan tersebut tidak sampai ke tangan bloggers.

Selesaikan secepat mungkin atau usaha murni yang dirancang bakal terbantut kerana saya menjangkakan tuduh-menuduh akan berlaku dan seterusnya akan mencetuskan....



Jadi SUPOL PM, pegawai-pegawai PM, penasihat-penasihat PM, orang di pejabat PM, sesiapa sahaja yang terlibat sila...

Selesaikan segera....
Bersemuka dengan bloggers...
Jika tidak - tiada siapa yang mampu mengawal apa yang difikirkan dalam kepala otak kami para bloggers...

Wednesday, August 17, 2011

Saman PapaGomo - Bukti PR Yakin Sistem Mahkamah Malaysia Adil


Semalam saya dimaklumkan bahawa si Khalid Gereja Samad mengadakan satu sidang media untuk mengemukakan saman terhadap blogger no.1 pro kerajaan sahabat saya si PapaGomo, ini semua kerana pihak Pakatan Rakyat dikatakan gelabah dengan pendedahan PapaGomo di laman blognya KLIK SINI

Si Lathefa Kooya mengatakan blogger PapaGomo selalu memainkan berita fitnah di dalam laman blognya, tapi sayang dalam banyak-banyak perkara yang didedahkan oleh PapaGomo hanya isu dokumen ini yang berani disaman oleh Pakatan Rakyat.



Saya percaya PapaGomo ada bukti-bukti lain untuk menyokong dakwaannya berhubung perkara yang didedahkan dalam blog beliau tempoh hari. Mustahil PapaGomo bertindak memainkan sesuatu isu kecuali beliau memiliki bukti-bukti yang sahih.

Jadi demi menghormati undang-undang negara dan hak individu dalam Pakatan Rakyat yang juga berstatus warganegara Malaysia walaupun kerja mereka hendak jahanamkan negara dari dulu sampai sekarang, biarlah mahkamah yang menentukan siapa benar siapa penipu dalam kes dokumen yang didedahkan tempoh hari.

Mereka dok canang kebebasan bermaklumat, jangan halang sebarang maklumat yang hendak disampaikan di dalam internet, mansuhkan semua akta berhubung penyebaran maklumat banyak lagilah mereka tuntut dalam kebebasan bersuara.

Tapi kini mereka sendiri mengharapkan akta-akta ini dan peruntukkan undang-undang yang ada di Malaysia untuk menyelamatkan tengkuk mereka yang kini sudah terkulai dan hanya menunggu masa untuk putus dan bercerai dari badan sahaja. 

Agaknya bila mereka nak saman PapaGomo berhubung video seks dan gambar 'kemaluan' Anwar Ibrahim yang ditayangkan oleh PapaGomo di laman blognya?

Kenapa takut untuk kenakan tindakan undang-undang kes video seks yang turut dimainkan dan didedahkan dalam blog PapaGomo?...nampak sangat siapa betul siapa salah dalam isu video seks Anwar Ibrahim.

Alhamdullilah pintu kedutaan Turkey belum digegar oleh PapaGomo untuk bersembunyi sebagaimana Anwar Ibrahim lakukan.

Hahahaha....



YY :JPN apa kamu buat sehingga seorang mualaf terpaksa keluar/masuk Islam gara-gara kesilapan jabatan kamu? Tungguuuuuuuuu..........




Thursday, August 11, 2011

#BersihStories : Din Sharpshooter Sokong Suhardi 'kaki skodeng' Saman Bloggers - Kikikiki...

"In Sweet Memory Suhardi Mat Isa - Al-fatihah"
Hahahaha....

Sebelum saudara meneruskan bacaan artikel ini apa kata kita sedekahkan Al-Fatihah terlebih dahulu kepada 'arwah' Suhardi Mat Isa yang dipercayai 'meninggalkan' Malaysia sekejap sebelum muncul membuat pengakuan sebagaimana disiarkan oleh Berita Harian di S.I.N.I

Setelah lebih sebulan berlalunya demontrasi BerSHIT Suhardi Mat Isa yang telah kembali waras setelah mereng selama 7 hari gara-gara terkena gas pemedih mata menyatakan hasrat ingin mengambil tindakan saman terhadap beberapa bloggers pro-kerajaan yang dikatakan memanipulasikan gambar 'kematian' beliau.

Saya jenguk blog SharpShooter si pemfitnah tegar yang tewas dalam kes fitnah DS Utama Rais Yatim penulis blog fitnah ini meletakkan dua buah video yang dipercayai ingin disaman Suhardi Mat Isa dan salah satu klip video tersebut adalah dihasilkan oleh kru 'TVTRIMATRA'.


Sungguh tidak dijangka video yang dihasilkan oleh blogger 1peluru telah memberi impak yang besar dalam hidup Suhardi Mat Isa. Hahaha...

Jom layan lagi sekali BerSHIT Blockbuster untuk tahun 2011 :



Namun dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh 'kaki skodeng' ini beliau masih tunggu masa yang sesuai untuk bertindak menyaman beberapa orang penulis-penulis blog pro-kerajaan. Sekalung tahniah juga buat saudara Sharpshooter pemfitnah tegar kerana cuba untuk menaikkan semangat Suhardi 'kaki skodeng' untuk menyaman bloggers pro-kerajaan.

Sharpshooter tak puas hati sebab dia kena saman sampai melutut merayu minta dikurangkan jumlah RM300k yang perlu dibayar kepada DS Utama Rais Yatim sebagaimana diarahkan oleh mahkamah. Tanpa sokongan bloggers Sharpshooters tak mungkin Suhardi 'kaki skodeng' mampu bersemangat semula setelah 'gila' selama 7 hari.

Hahahaha...

Dia kata nak saman bloggers yang manipulasi gambar dia, tapi dia terlalu bodoh kerana pihak yang memanipulasikan gambar beliau adalah bloggers dari kalangan mereka sendiri. Nak saman klip video yang dihasilkan ini sebab kononnya masa kejadian diterbalikkan.

Wahai kakanda Suhardi 'kaki skodeng' masa diterbalikkan, dilajukan, dipendekkan itu bukan persoalan. Satu soalan mudah untuk kamu jawab adalah bagaimana kamu boleh pengsan 'mati' dalam dua keadaan yang berbeza iaitu satu dalam keadaan tangan terikat manakala selepas menjerit "sakit-sakit" kamu 'mampos' sekali lagi dengan keadaan tangan yang tidak terikat,itu motif yang kami tunjukkan!

Nasihat saya secara ikhlas sempena bulan Ramadhan yang mulia ini buat kakanda Suhardi 'kaki skodeng' tak perlu tunggu lama-lama. Saman saja yang mana kamu rasa perlu, kerana itu hak kamu sebagai rakyat Malaysia.

Walaupun bloggers yang bakal disaman kelak mungkin muflis, bankrap dan sebagainya. Hakikat yang kamu harus terima sepanjang hidup kamu adalah. "SELURUH RAKYAT MALAYSIA SUDAH TAHU & SEDAR KAMU SEORANG PENIPU!!!".

Nama kamu Suhardi Mat Isa mungkin boleh dipahatkan di muzim sebagai penipu paling popular sepanjang perhimpunan jalanan diadakan di Malaysia.

Hahahaha....


YY : Video cabuk yang ditonton oleh hampir 18k orang pun mereka dah gabrar... . Hihihihi...




Thursday, April 28, 2011

Polis Buru Blogger Yang Bertanggungjawab Muat-Naik Video Seks Part II.


Isu video seks melibatkan pemimpin pembangkang nampaknya semakin hangat dan panas diperkatakan oleh rakyat Malaysia.

Memetik laporan star online, pihak polis kini sedang memburu blogger yang bertanggungjawab memuat-naik video seks part II yang tersebar semalam.

Bahagian kedua video seks yang berdurasi 1 minit 47 saat semalam menggemparkan dunia politik dan turut disiarkan di slot Buletin Utama TV3.

Namun menurut Datuk Khalid Abu Bakar untuk video bahagian kedua yang disebarkan semalam pihak polis masih tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak, namun pihaknya sudah pun menyiasat kes berkenaan.

Bila ditanya mengenai kenapa Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan kali kedua, beliau memaklumkan bahawa ianya adalah prosedur biasa dalam penyiasatan polis.

Nampaknya ramai blogger-blogger kita mungkin akan dipanggil untuk memberi keterangan.




Double Y : Berani kerana benar, takut kerana salah...Kaw-kaw otai blogger balun PR sekarang.. hehehehe... 

Monday, March 14, 2011

Medan Info Kita Apa Masalah Lu Dengan UMB?


Bila menulis akan artikel ini kemungkinan besar saya memilih untuk tidak popular malah dilihat sengaja mencari pasal dengan blogger tersohor. Tapi suka atau tidak berlandaskan niat saya ikhlas ingin membantu saya perlu tulis.

Kemungkinan besar juga senarai blog saya akan dibuang dari list mereka. Hahaha macam Gomo pernah kena dulu-dulu. Mungkin juga ada yang akan kata saya terima bayaran dari Tun Faisal, tapi semua ini langsung tidak membuatkan saya gentar untuk nyatakan kebenaran.

Krisis di antara blogger dengan UMB sebenarnya sudah diselesaikan dengan baik oleh Pengerusi UMB Tun Faisal Ismail. Tapi masih ada blogger yang cuba menaikkan kembali isu dengan harapan ada blogger terus terpengaruh dengan mereka.

Sebenarnya isu ini tidak perlu dibangkitkan lagi, kerana 2 perjelasan Tun Faisal SINI dan SINI dalam blognya saya rasa sudah cukup terang, jika ada yang masih tidak faham bahasa saya cadangkan pergi kursus bahasa melayu.

Hari ini gara-gara 'panas bontot' dengan gelaran 'blogger jahat' yang Tun Faisal berikan dalam artikel beliau terhadap beberapa orang blogger.

Blogmaster MEDAN INFO KITA melompat dan saya melihat ini percubaan beliau untuk melaga-lagakan kembali blogger dengan UMB.

Apa yang salah dengan gelaran 'blogger jahat' di mata kamu wahai blogmaster Medan Info Kita? Saya memerhatikan malah sentiasa mengikuti setiap perkembangan tulisan blogger-blogger tersohor ini.

Apa yang saya lihat gelaran yang mereka berikan kepada orang yang mereka tidak suka lagi teruk. Malah ada yang dilabelkan sebagai binatang, anak haram dan lain-lain bahasa kesat digunakan mereka.  Tapi bila Tun Faisal melabelkan mereka sebagai 'blogger jahat' mereka melompat dan melenting. Ini manusia mempunyai fikiran jenis macam mana agaknya?

Isu pertama yang blogmaster Medan Info kita perlu faham. Krisis diantara UMB dengan blogger Melaka telah selesai. Apa yang masih belum diselesaikan sekarang hanyalah isu 'pas media' yang dibangkitkan oleh Papa Gomo.

Tapi Tun Faisal telah memberi jaminan akan mengadakan satu pertemuan dengan Papa Gomo dan beberapa blogger yang lain dalam masa terdekat. Dan saya melihat Papa Gomo pun telah tidak lagi menyuarakan ketidak-puasan hati beliau di dalam blognya.

Kali ini nak berlawan kita berlawan, nak bertaki kita bertaki, nak berbalas artikel kita berbalas. InsyaAllah saya sambut setiap artikel. Nak guna bahasa kasar pun boleh langsung tiada masalah. Saya boleh mengikuti setiap rentak irama yang bakal mereka lagukan nanti.

Jangan berasa diri kita hebat sangat sehingga kecam semua orang yang kita tidak suka, lagi-lagi mereka adalah daripada pihak yang kita dokong. Jika bermasalah sekalipun banyak jalan penyelesaian yang boleh dicari.

Kalau dah tidak suka sekalipun, ada baiknya tunggu pemilihan parti cantaslah mana-mana pemimpin yang tidak digemari oleh kamu.

Hendak kritik, kita kritik berdasarkan isu. Sebagaimana isu Saifuddin saya juga ikut kritik beliau. Tapi isu UMB yang telah selesai dan cuba dipanaskan kembali oleh 'blogger jahat' yang ada kepentingan memang wajar kita lawan.

Kita tidak perlu bagi muka kepada golongan 'blogger jahat' ini, mereka lebih menjurus menjayakan agenda peribadi mereka yang bermatlamatkan wang ringgit daripada pertahankan kepentingan sebuah parti. Tuhan bagi mereka hanyalah wang. Tidak mustahillah blogger jenis ini akan dilihat mukanya setiap kali beliau ingin wang sahaja.

Bukan kita tidak tahu, ada blogger menerima RM8,000 dari seorang Menteri untuk berhenti dari terus menyerang beliau di laman blog. Tetapi beberapa hari selepas itu 'blogger jahat' ini terus kembali menyerang Menteri yang bagi dia wang tersebut. Perlukah saudara terpengaruh dengan blogger jenis ini? 

Jadi buat blogmaster Medan Info Kita, saya dengan rasa hormat. Minta anda rileks dahulu serang sama sendiri. Jika hendak serang juga saya tidak teragak-agak untuk menyambut setiap artikel anda.

Sebelum tunjuk hebat serang UMB lu jawab dulu tulisan Anuar Mohd Nor dalam artikel beliau 'Catatan - kepada anak kecil Medan Info Kita' di SINI




Double Y : Bekas X-PKR macam Blogmaster Medan Info ni orang cakap jangan layan sangat... Tapi tak layan dia tuduh kita kecut sama dia.. Lama-lama besar kepala.. Sekarang kalau nak terbakar jambatan pun terbakarlah!!

Friday, March 11, 2011

Krisis Blogger Pro-UMNO Dengan UMB, Siapa Untung Siapa Rugi?


Panas betul dunia blog selepas PRK Kerdau dan Merlimau yang kedua-dua DUN disapu bersih oleh BN, PR kena pukulan 2-0 terus terduduk. Di sebalik kejayaan ini muncul cerita yang tidak enak serta tidak menguntungkan langsung perjuangan para bloggers pro-kerajaan.

Ada dua isu yang timbul selepas PRK terbabit, pertama isu Timbalan Menteri KPT Dato SaiPuddin hendak balun bloggers, kedua isu bloggers dikatakan mengalami krisis dengan Unit Media Baru (UMB) yang dipengerusikan Tun Faisal.

Hari ini saya ingin beri sedikit komen berhubung isu bloggers dengan UMB ini. 

Unit Media Baru (UMB) yang dipengerusikan oleh Tun Faisal dibidas dengan keras oleh sesetengah bloggers kerana dikatakan UMB gagal memainkan peranan dalam dunia 'perang cyber' dalam setiap kali PRK, sehingga UMNO Melaka dikatakan bertindak membubarkan UMB Melaka.

Saya melihat isu ini dari prespektif yang berbeza, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sama ada UMB atau sahabat bloggers. Bagi saya isu ini tidak perlu dipanjangkan oleh para bloggers, lagi pun Pengerusi  UMB Tun Faisal telah pun membuat perjelasan panjang lebar melalui laman blognya SINI

Jika UMB dilihat pincang, adalah lebih elok sekiranya kita bersama-sama memberikan pandangan kepada Pengerusinya iaitu Tun Faisal. Apa yang perlu dipertingkatkan, apa yang perlu dielakkan,  supaya kebajikan bloggers terjaga setiap kali PRK, dengan cara ini tiadalah timbul cerita 'bilik berkunci', tiada pas media, dan blogger pro-umno tidak dibenarkan masuk command center.

Oleh sebab itu saya menyarankan, supaya Tun Faisal selaku Pengerusi Unit Media Baru, cepat-cepatlah selesaikan krisis ini, saya dimaklumlan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bloggers untuk menerangkan serta mencari penyelesaian setiap permasalahan yang dibangkitkan oleh blogger.

Jika dipanjangkan pun permasalahan ini, dan blog dijadikan medan untuk kita meluahkan serta mendedahkan  kepincangan serta kelemahan pihak kita sendiri, saya melihat ianya tidak menguntungkan langsung perjuangan parti yang kita dokong ini.

Jadi apa kata bloggers yang ada masalah dengan UMB, 'hold' dahulu segala cerita mengenai masalah yang dihadapi di PRK di dalam blog masing-masing. Tidak kiralah cerita 'gurkha' UMB ke, pas media ke, kita semua rileks dahulu.

Jangan ada yang bloggers boikot saya sudah lepas ini. Ini pandangan peribadi, bak kata Otai bloggers kepada saya. "Fokus PRU, dapatkan kembali majoriti 2/3, lepas itu nak balun siapa pun terpulanglah".

Tun Faisal jangan lupa selesaikan isu ini. UMB awak yang kelola. Saya hanya beri pandangan, lagi pun saya tidak bernaung di bawah mana-mana pihak setakat ini.




Double Y fikir : Macam mana nak bernanung bawah UMB ni, Siapa boleh rekemen dapat kemudahan pengangkutan tak.? Hahahaha! err hold balun UMB tapi bukan Pudin tau! :)

Saya Tidak Sokong Buku JingGAY - Dato SaiPuddin The Intelektual Minister?

Tadi saya sudah tulis mengenai Timbalan KPT yang angkuh dan berlagak ini di SINI 


Ini kira susulan. Sebab suka atau tidak kita kena sedarkan Dato Pudin akan kuasa bloggers yang 'tidak intelektual' ini di alam cyber. Dato Zaini sudah akui keupayaan bloggers melalui segmen Cuit di Utusan Malaysia. Bila ada sahabat bloggers diperkehkan oleh seorang Timbalan Menteri atas semangat 'bloggers brotherhood' kita mesti bersatu!

Dato SaiPuddin bermain lidah lagi nampaknya, dari isu 'balun bloggers' sampailah kenyataan beliau berhubung Buku JingGAY kita perhatikan semuanya flip-flop. Mula-mula cakap lain, bila dimainkan oleh bloggers dia pusing lain.

Semuanya dinafikan mentah-mentah. Suka atau tidak Pudin perlu di'basuh' tepat atas muka supaya berhati-hati dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Kita semua tahu, SaiPuddin ingin menjadi popular dikalangan mahasiswa, dan impian Pudin sudah tercapai, sebab itu GAMIS mengesyorkan supaya Pudin ganti tempat Dato Khaled Nordin, walaupun pada hemah saya, DS Khaled Nordin sudah lakukan tugasnya dengan baik sebagai Menteri KPT.

Sebenarnya hendak tulis entri ini pagi tadi, selepas melihat Dato Pudin 'The Intelektual Minister' menulis di laman twitternya bahawa beliau menafikan menyokong Buku JingGAY. Tapi saya fokus mengikuti perbicaraan Liwat II yang membabitkan idola Pudin.


Kenyataan Dato Pudin sokong Buku JingGAY bukan bloggers pro kerajaan yang kata, ianya dilaporkan oleh portal HaprakDaily lidah rasmi PAS yang mana setiap kenyataan Pudin dilihat sering mendapat tempat untuk disiarkan oleh portal terbabit. Jadi jangan timbulkan isu bahawa bloggers sengaja nak 'balun' Pudin ok?

Tapi hari ini SaiPuddin kata :


Dalam Sinar Harian beliau menafikan bahawa beliau menyokong Buku JingGAY, jadi di sini Haprakahkah Daily telah memutar serta melakukan fitnah terhadap Dato Pudin, kalau pemimpin PR punya kenyataan diputar belit oleh Utusan Malaysia, hanya dua perkara akan dilakukan oleh mereka, iaitu desak akhbar tersebut pohon maaf atau mereka akan saman.

Jadi untuk membuktikan bahawa Dato SaiPuddin tidak pernah mengatakan bahawa beliau sokong Buku JingGAY sebagaimana disiarkan oleh HaraKahA Daily, saya tuntut, Dato Saipuddin minta editor akhbar tersebut mohon maaf kepada Dato, ataupun Dato bolehlah ambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan kerana telah putar-belit kenyataan Dato Pudin, sehingga menjejaskan kredibiliti Dato Pudin sebagai Timb. Menteri yang 'dikagumi' dimata rakyat Malaysia. 

Dengan tindakan ini, dapatlah sedikit sebanyak membersihkan dakwaan ramai pihak bahawa Dato Pudin punya jiwa betul-betul UMNO, bukanlah berjiwa PKR dan tidaklah Dato Pudin dicop sebagai 'Trojan Horse' PKR lagi.

Saya tahu Dato Pudin ingin suburkan demokrasi, tapi adakah Dato setuju demokrasi dan kebebasan suara berunsurkan fitnah disuburkan di Malaysia?

Jadi Dato Pudin bertindaklah ke atas portal HaprakKah Daily. Tunjukkan ke'intelektual' Dato terhadap portal terbabit.


Double  Y fikir : Kita cabar Dato Pudin saman mereka! Agak-agak penasihat Dato Pudin sambut tak? Sebab Dato ingin popular, sekarang kami bloggers yang tidak 'intelektual' tolong popularkan Dato secara percuma. bukan senang menteri nak dapat coverage dari bloggers macam Dato dapat..

Seangkuh Mana Saifuddin, Angkuh Lagi Bloggers Hantu Raya..


Semalam berlangsung pertemuan "bloggers" bersama Timbalan Menteri KPT Dato Saifuddin Abdullah atau nama glamour beliau dikalangan bloggers sekarang Pudin di NZ Jalan Ampang. Pertemuan tersebut pada asalnya bertujuan untuk menjernihkan krisis yang melanda bloggers dengan Timbalan KPT.

Namun pertemuan tersebut diboikot oleh semua bloggers top 50 BN. Tidak perlu disebut nama saya rasa semua tahu akan bloggers BN yang menguasai Top 50. Pertemuan ini dikatakan diaturkan oleh Pejabat Pudin ekoran bidasan Pudin kepada beberapa orang bloggers di Kerdau.

Di Kerdau Pudin ada mengatakan ingin 'membalun' semua bloggers hanya menunggu masa sahaja, Ayat ini ditujukan kepada bloggers PapaGomo dan saya difahamkan turut didengari oleh 5 orang bloggers lain yang turut berada di Kerdau.

Dalam pertemuan semalam, Pudin menafikan bahawa beliau melabelkan bloggers sebagai golongan 'bukan intelektual' dan tidak memahami 'new politics'. Walaupun PapaGomo mendakwa Pudin ada mengeluarkan kenyataan demikian. Malah Pudin dalam pertemuan semalam turut melabelkan PapaGomo bukan blogger sebaliknya 'Tukang Gossip'.

Maklumat ini saya dapat daripada rakan twitter @uzaidi Crew portal Teh Tarik Bersama YB. Persoalannya tercapai kah matlamat Pudin semalam untuk menjelaskan kenyataan beliau kepada bloggers?

Bagi saya ianya sedikit pun tidak mencapai matlamat serta hala tuju sebenar pertemuan tersebut. Kerana bloggers yang ada di Kerdau yang mana di'tepek' dengan kenyataan Pudin langsung tidak hadir dalam pertemuan tersebut.


Kenapa Bloggers Boikot Pudin?

Dalam laman twitter semalam ada yang melabelkan bloggers yang boikot program Pudin di NZ sebagai pengecut. Kerana tidak berani bersemuka. Malah ada yang mengatakan bloggers pro-kerajaan boikot pihak kerajaan.

Untuk pengetahuan semua pembaca, bloggers mesra kerajaan langsung tiada masalah dengan kerajaan, sebaliknya bermasalah dengan seorang Timbalan Menteri yang angkuh, sombong dan cakap lepas.

Di sebaliknya kenyataan yang angkuh itu yang didengari oleh 10 pasang telinga Pudin menafikan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut. Jadi untuk apa bloggers terhegeh-hegeh 'sujud' Pudin semalam?

Bukan itu sahaja penyebab bloggers boikot Pudin, sebenarnya gelagat Pudin diperhatikan bloggers sudah sekian lama, sebelum PRK lagi bloggers pro-kerajaan sudah tidak senang dengan kenyataan beliau yang dilihat lebih PKR dari pemimpin PKR.

Cuma pada waktu itu, bloggers pro-kerajaan sepakat 'tarik handbrake' untuk tidak membalun pemimpin UMNO dan Menteri UMNO tatkala PRU sudah dikatakan hampir. Namun Pudin memusnahkan segalanya dengan kenyataan anguh tersebut.

Sebenarnya bloggers hanya boikot Pudin bukan kerajaan, kerana Pudin dilihat cuba membawa budaya 'anwarisme' dalam UMNO. Pudin tidak pernah teguh dibelakang polisi-polisi yang diperkenalkan kerajaan. Sebaliknya Pudin sering mempunyai pandangan berbeza dari versi pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain. Malah Pudin juga selalu melangkaui kenyataan boss beliau sendiri bila isu melibatkan para mahasiswa.

Kalau hendak kata bloggers 'besar kepala' boikot seorang Timbalan Menteri semua silap, lihat sahaja bagaimana bloggers mengadakan pertemuan dengan Dato Rais Yatim, untuk menangkis fitnah rogol, lihat sahaja bloggers bertemu dengan Dato Sabri berhubung isu kenaikkan harga barang, bloggers juga bertemu dengan Panglima Tentera berhubung isu kapal yang dibangkitkan oleh Tony Pua.

Melalui pertemuan inilah, fitnah pembangkang dapat bloggers pro kerajaan patahkan secara 'total' sehingga isu tersebut yang panas di alam maya terus tenggelam dek kerana kehebatan bloggers ini menutup serta menyampaikan penerangan yang berfakta berhubung setiap isu yang dibangkitkan.

Sebab itu bloggers boikot Pudin, kerana isu Pudin hanya melibatkan peribadi dia dengan bloggers, langsung tidak mewakili suara kerajaan. Dia hendak jernihkan hubungan dengan blogges dan dalam masa yang sama dia hendak 'jilat kembali' ludah beliau di Kerdau.

Bukan Menteri sahaja boleh bersikap angkuh, kami bloggers juga boleh bersikap sedemikian, malah kami boleh melakukan lebih dari itu. Kerana kami bloggers yang ada ini, merupakan pengundi berdaftar yang menentukan masa depan kerajaan.

Harga kami bloggers, bukanlah sebuah buku tulisan terbaru Tun M yang berharga rm100. Yang boleh didapati di mana-mana bookstore di KL. Perjuangan bloggers bukan untuk individu dalam UMNO, perjuangan kami adalah untuk parti UMNO. Jika ada individu yang cuba membawa budaya 'anwarisme' kemungkinan kami tidak teragak-agak untuk 'cantas'!

Pudin.. jenguk-jenguklah akar umbi di Temerloh, banyak cerita tidak enak pasal Dato Pudin di sana. 


Double Y fikir : Sudah boleh mulakan sessi pembersihan pemimpin yang 'lain macam' pasal PRU dah hampir... ada bloggers serunuk disogok sebuah buku berharga rm100? Malah ada yang merayu-rayu nak meeting dengan Pudin di Putrajaya pulak, siap merenggek suruh Pudin hadiahkan dia buku tu.. hahaha..

Thursday, March 10, 2011

100 Bloggers Hadir Menyokong Saifuddin di NZ?

Pada pukul 9.00 malam tadi saya difahamkan bahawa Dato Saifuddin Abdullah Timbalan KPT mengadakan pertemuan dengan bloggers di NZ KLCC.

Pertemuan ini diboikot oleh otai-otai bloggers seperti PapaGomo,GAP,Parpukari dan yang lain-lain.

Gambar di atas saya dapat dari seorang sahabat twitter yang mengikuti perbincangan tersebut.

Beliau tweet mengatakan Pudin bersama otai bloggers. Persoalannya siapa otai bloggers tersebut?

Orang yang kena 'tepek' dengan Saifuddin di Kerdau setahu saya blogger PapaGomo, tetapi dalam pertemuan ini orang lain pula yang 'taler' muka untuk menyelesaikan krisis bloggers dgn Saifuddin?.

Sorry Pudin.. Kami sekarang berada di PJ Hilton. Apa kelas lepak NZ.

Kepada siapa Saifuddin jelaskan berhubung kenyataan beliau di Kerdau kalau semua bloggers yang berada di Kerdau boikot pertemuan ini?

Ada pihak syok sendiri dalam kes ni. Dalam bahasa lain 'menakuk di kepala takuk'

Kahkahkahkah..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal