'Trailer' video seks part II di Kota Bangkok yang melibatkan Anwar Ibrahim telah tersebar di beberapa blog semalam. Ramai yang ternanti-nanti bilakah agaknya tayangan penuh video tersebut akan dikeluarkan untuk tontonan umum.
Saya difahamkan video yang akan dikeluarkan nanti melibatkan Anwar Ibrahim dan pasangan yang berbeza, mungkin aksi ini cukup dinanti-nantikan oleh ahli UMNO totok yang mana hidup mati mereka hanyalah UMNO/BN.
Tetapi bagaimana dengan para pengundi atas pagar yang bakal menentukan hidup mati UMNO dalam PRU yang akan datang?
Rata-rata pengundi muda (kalangan mahasiswa) yang saya temui berkata video seks yang dikeluarkan sebelum ini sudah cukup bagi mereka untuk membuktikan perangai Anwar Ibrahim. Mereka tidak peduli lagi tentang tingkah-laku Anwar Ibrahim kerana bagi mereka Anwar Ibrahim sudah tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Bagi mereka pendedahan video sebelum ini yang disahkan pakar 99.99% individu lelaki bertuala putih dalam video tersebut itu adalah Anwar Ibrahim membuktikan bahawa Anwar Ibrahim itu KAKI SEKS, TIDAK BERMORAL, dan tidak layak memimpin sebuah negara Islam.
Apa yang mereka mahukan kini adalah SEBAB, kenapa mereka perlu mengekalkan kuasa pemerintahan kepada BN sedangkan BN selalu dilabelkan sebagai sebuah kerajaan yang korup, zalim dan banyak lagi tuduhan-tuduhan yang seringkali dilemparkan pembangkang yang melekat dalam minda mereka.
Secara peribadi juga saya melihat pelbagai tuduhan MORAL melibatkan Anwar Ibrahim tetapi setakat ini beliau hanya disabitkan dan dipenjarakan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa. Tuduhan liwat dan seks yang dihadapinya dari tahun 1998 hingga kini belum satu pun mensabitkan beliau bersalah lalu dihukum.
Adakah lagi banyak video seks didedahkan lagi kuat pengaruh Anwar Ibrahim di mata rakyat?
Adakah lagi banyak video seks dipaparkan, menyebabkan SIMPATI rakyat kepada Anwar Ibrahim semakin bertambah?
Jika andaian ini benar nampaknya kita perlu fikir 2-3 kali sebelum cuba 'membunuh' karier politik Anwar Ibrahim dengan BERMODALKAN video seks. Kerana dengan memaparkan aksi TERLAMPAU Anwar Ibrahim ketika melakukan aksi seks, kita sebenarnya bukan melemahkan Anwar Ibrahim tetapi kita bertindak menguatkan lagi SIMPATI rakyat kepada Anwar Ibrahim.
Tidak keterlaluan juga jika saya katakan, silap haribulan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang sebenarnya LANGSUNG TIADA KEKUATAN, mampu memenangi PRU yang akan datang hanya kerana UNDI SIMPATI yang diraih oleh mereka gara-gara 'KEGHAIRAHAN' kita 'mengaibkan' Anwar Ibrahim dengan bermodalkan video seks.
Apa pun kita tunggu dan lihat, adakah video seks part II Anwar Ibrahim yang bakal didedahkan nanti memaparkan wajah Anwar Ibrahim dengan lebih jelas yang mana bakal merungkai segala persoalan. Lalu menguatkan lagi sokongan rakyat kepada UMNO atau sebaliknya...
Pandangan menarik GreenHood KritisOnline :
“What doesn’t kill you makes your stronger, stand a little taller...”, kata Kelly Clarkson dalam lagu terbarunya.
Saya harus bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Sewajarnya orang UMNO khususnya dan penyokong BN amnya sedar bahawa ini boleh teraplikasi dalam kehidupan harian. Lebih khusus... dalam politik harian.
Mari ambil contoh isu politik semasa. Berapa kali Anwar Ibrahim dikaitkan dengan salah laku moral... SEKS! Anwar Ibrahim pertama kali dilibatkan dengan salah laku seks pada tahun 1998. Sewaktu itu zaman Mahathir menjadi perdana menteri.
Akhirnya Anwar sangkut dan dipenjarakan. Tapi bukan atas kesalahan seks. Beliau dipenjarakan kerana salah guna kuasa. Tidak kiralah kalau pun dalam penghakiman ada menyebut bahawa mahkamah mempercayai perlakuan seks songsang berlaku atau tidak.
Turut dikaitkan dengan Anwar pada masa tersebut adalah seorang wanita bernama Norlaila. Yang mendakwa dirinya bersetubuh dengan Anwar dan membuat pengakuan ke pejabat agama Islam yang berkaitan.
Lucunya, hingga kini tiada pertuduhan dikenakan ke atas Anwar bersangkut paut dengan dakwaan Norlaila. Selepas bebas dari penjara, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan salah laku seks dikenali sebagai kes ‘liwat II’. Belum pun selesai penghakiman, beliau disensasikan dengan kes ‘china doll’. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.
Media perdana mahu pun maya mensensasikan isu-isu seks Anwar melebihi keputusan mahkamah. Kalau pun end game kes ‘trio Datuk T’ menyebut dalam penghakimannya bahawa terdapat bukti jelas bahawa 99.9% pelaku seks dalam video tersebut adalah Anwar, yang menjadi pertikaian umum adalah mengapa Anwar tidak disabitkan bersalah. Yang bersalah adalah ‘trio Datuk T’ dan mereka yang terlibat dihukum membayar denda.
Menjelang ‘901’, Anwar terbukti kebal dari tuduhan seks yang dikenakan ke atasnya. Empat percubaan semenjak 1998 hingga 2012 - terbukti tiada satu pun kes yang mensabitkan beliau bersalah. Apa yang berjaya hanyalah pembentukan persepsi. Persepsi bahawa Anwar adalah seorang ‘kaki seks’.
Selain dari itu...nothing !
Anwar dengan senang hati bergerak ke sana ke mari. Malah mengelilingi dunia memberitahu bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik pihak yang menentangnya. Semua pertuduhan seks yang dikenakan ke atasnya sama ada melalui pertuduhan rasmi iaitu mahkamah atau kata nista berbentuk cacian dan makian, semuanya hanyalah untuk menjatuhkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.
Anwar bangkit dengan membawa harapan rakyat. Kononnya memperjuangkan hak rakyat yang selama ini ditindas oleh kerajaan sedia ada. Kerajaan yang tidak pernah berubah semenjak kemerdekaan. Produk yang cuba ‘dijual’ oleh Anwar bukannya salah laku seks kepimpinan utama kerajaan. Bukan salah laku seks menteri-menteri kabinet kerajaan persekutuan.
Sebaliknya produk yang ‘dijual’ oleh Anwar adalah rasuah, korupsi, kronisme, nepotisme dan berbagai lagi yang menyentuh secara langsung akan kepentingan rakyat. Sekali lagi ingin saya katakan di sini... bahawa UMNO khususnya dan BN amnya mesti sedar. Apa produk yang cuba dibawa oleh Anwar mesti ditentang dengan produk yang lebih baik.
Dalam banyak perkara, hanya produk ‘reformasi’ yang dibawa oleh Anwar berjaya dilawan oleh produk ‘transformasi’ Najib. Produk ‘transformasi’ idea Najib mula menapak di hati rakyat. Begitu juga dengan produk ‘1Malaysia’. Ia dilihat lebih menarik dari slogan ‘negara berkebajikan’ dan teori ‘buku jingga’.YY : Sudah-sudahlah wahai Anwar Ibrahim segeralah kamu bertaubat sebelum ajal mendekat - Lagu untuk Brader Anwar Ibrahim - Video part 1 sudah cukup bagi saya bahawa si pelaku itu adalah Anwar..
Selebihnya, produk ‘seks’ yang dijual oleh UMNO-BN bukan sahaja tidak dapat membunuh Anwar bahkan menguatkan lagi diri Anwar dan pakatan pembangkang...
6 comments:
Ya, bagi saya sekarang ni, apakah BN boleh berubah dari dinosour silam yang ganas dan angkuh terhadap rakyat kepada kerajaan yang lebih prihatin dengan keluh kesah dan juga aspirasi negara yg memandang kehadapan.
on one hand we got a lying,two-faced hypocrite bastard that has charmed most of the chinese, some of the malays and maybe a little part of indians community, on the other hand we have Najib that is seen to have some transformational idea and acted upon them (not w/out problem eg SBPA), but still seen as indecisive on certain matters such as NFC and MAS/AirAsia fiasco...
nak pilih mana ni? Mungkinkah PR masih diperlukan untuk BN kembali ke arah yang sepatutnya?
-penyokong A.B.A.I.-
Kebanyakkan yg atas pagar tak kisah bang non nak main thailand ke china ke jantan ke.
Mereka hanya mahu tahu apa jaminan BN kpd rakyat Malaysia yg kini berdepan dengan pelbagai kos sara hidup yg semakin meningkat.
tak kesahlah berapa byk anuar berahim kongkek pun....semua orang pun suka kongkek. yy suka kongkek, mahathir suka kongkek, nik aziz suka kongkek..pendek kata, semua namanya lelaki suka kalau mengongkek perempuan....kongkek atau bahasa baiknya seks adalah KEPERLUAN HIDUP...hala ke haram ke, seks tetap keperluan hidup...anuar berahim mungkin ada sebabnya dia kongkek cina ke thailand ke..sebab kalau kahwin tanggungjawab berat.....
come on lah....video kongkek ni gua dah luak nak tgk lah....anuar berahim kongkek betina sundal takpe lagi, tapi dah kalau BN/UMNO "KONGKEK DUIT RAKYAT" berbillion ringgit itu takpe pulak....
sebarkan je video ni....gua tetap undi nuar berahim!
Anon March 20, 2012 8:47 PM,
Lu nak undi siapa itu hak lu bro, lu kata UMNO kongkek duit rakyat mcmlah anwar tu bersih sgt. Mungkin lupa yg anwar pernah dipenjara sbb rasuah kut.
Hehehe..
Slmt berperdana menterikan org gila bro.. hehehe
Bagus jugak ada nuar gay nie...biar BN kerja kuat demi rakyat...sebagai pengundi atas pagar...nak letak PM yang kemaluannya dah ditonton satu dunia...tak sanggup aku,masa study kat overseas..rakan-rakan omputeh kata bakal PM aku(nuar gay) nampak kongkek amoi dlm internet..mereka pun ada rasa malu bila org yg aku puja kaki kongkek..mudahnya dia tipu wan zizah, mudah lagi dia tipu rakyat yang dungu mcm aku nie..biarlah PM org lain...yang lebih jujur dan ikhlas supaya Malaysia aman dan makmur
Bagus jugak ada nuar gay nie...biar BN kerja kuat demi rakyat...sebagai pengundi atas pagar...nak letak PM yang kemaluannya dah ditonton satu dunia...tak sanggup aku,masa study kat overseas..rakan-rakan omputeh kata bakal PM aku(nuar gay) nampak kongkek amoi dlm internet..mereka pun ada rasa malu bila org yg aku puja kaki kongkek..mudahnya dia tipu wan zizah, mudah lagi dia tipu rakyat yang dungu mcm aku nie..biarlah PM org lain...yang lebih jujur dan ikhlas supaya Malaysia aman dan makmur
Post a Comment