Semalam saya ada menulis mengenai Umi Hafilda Ali akan mengadakan satu sidang media tergempar pada hari khamis ini 13 Januari 2011.
Artikel ringkas semalam mendapat bacaan seramai 867 pembaca ini jelas menunjukkan ramai pihak ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh Umi Hafilda Ali pada hari khamis ini. Rupanya beliau hendak bertindak menyaman Anwar Ibrahim kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 untuk mengarahkan polis Cawangan SB menangkap dan memaksanya membuat pengakuan bersumpah palsu.
Saya difahamkan bahawa Karpal Singh turut akan diheret sama ke dalam saman ini kerana Umi Hafilda Ali mendakwa Karpal Singh telah bertindak mempermainkan anak guamnya sendiri iaitu Azizan Abu Bakar pada tahun 1997.
Jika sebelum ini kita asyik dengar Anwar Ibrahim dan Karpal Singh je yang sibuk saman menyaman ini, kali ini mereka pula akan disaman oleh Umi Hafilda, berapa nilai saman buat masa ini saya tidak mendapat sebarang maklumat. Tapi berkemungkinan besar RM100 juta.
Sebelum ini Umi Hafilda sudah banyak kali mencabar Anwar Ibrahim saman beliau jika kesemua pendedahan yang dibuat beliau adalah palsu, nampaknya Anwar Ibrahim takut akan kebenaran dan kini keadaan sudah terbalik, Umi Hafilda pula bertindak menyamannya kerana menyalahgunakan kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
Saya difahamkan Umi Hafilda sudah menghubungi semua 'mainstream' media, untuk memaklumkan tentang sidang media yang akan diadakan pada hari khamis ini.
Anwar Ibrahim, Karpal Singh sudah tentu akan disaman, saya tertanya-tanya adakah abangnya iaitu Azmin Ali akan diheret sama dalam saman ini?
Kita tunggu hari khamis ini 13 Januari 2011.
Macam Parpu selalu cakap :
" Cili Kasi Taruk"! Hahahahaha..
Semoga Allah merahmati anda Umi Hafilda Ali. Bloggers tetap bersamamu....
1 comment:
AKU SOKONG 2 EKOR + 1 EKOR (ANUAR KARPAL + AZMIN)TU DISAMAN. SAMAN RM100 JUTA X MEMADAI. AKU CADANGKAN RM100 BILION. AGAK MUNASABAH DGN KEPUNAHAN YG DH DORANG BUAT UTK MEMECAHBELAHKAN RAKYAT NEGARA KITA. KALAU DPT NNT DUIT TU BOLEH DIGUNAKAN UTK BASMI KEMSKINAN KT NEGARA KITA. UMI BUKAN KEMARUK DUIT SGT KAN? BAGILAH KPD RAKYAT YG MEMERLUKAN. KALAU BILEH LA...HEHE
Post a Comment