NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, January 15, 2011

Ummi Hafilda, 'Nyamuk' Yang di Geruni Anwar Ibrahim?

Kemunculan semula saksi utama kes salah laku seks Anwar Ibrahim nyata digeruni oleh beliau.

Pada khamis lepas 13 Januari 2011, Ummi Hafilda Ali membuat kemunculan semula setelah lama menyepi dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Wan Azizah dan parti PAS. Saman yang dikemukan Ummi Hafilda Ali berjumlah RM700 Juta nilai keseluruhan.

Malah dalam sidang media itu juga, Ummi Hafilda Ali turut mencabar Anwar Ibrahim supaya berdebat berhubung salah laku seks yang dihadapi beliau pada tahun 1998.

Hari ini Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak berani menyahut cabaran yang dibuat oleh Ummi Hafilda, tetapi menyerahkannya kepada Presiden PAS TG Haji Hadi untuk menjawabnya, malah beliau menggelarkan cabaran yang dibuat oleh Ummi Hafilda sebagai cabaran daripada 'nyamuk'.

Anwar Ibrahim sebenarnya takut, takut dengan kemunculan Ummi Hafilda Ali dan takut untuk berdebat dengan Ummi Hafilda Ali kerana beliau tahu, banyak bukti-bukti yang disimpan Ummi Hafilda Ali melibatkan salah laku beliau.

Bagi Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali adalah spesis 'nyamuk aedes' yang mesti dijauhi, kerana jika beliau menerima cabaran debat dengan Ummi Hafilda Ali, nescaya segala bentuk bukti akan dikeluarkan Ummi Hafilda Ali demi memperlihatkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Saya sendiri difahamkan Ummi Hafilda Ali mempunyai banyak bukti-bukti yang disimpan lebih 13 tahun dan kesemua dokumen-dokumen itu masih dalam keadaan baik.

Jika benar Ummi Hafilda Ali adalah 'nyamuk' di mata Anwar Ibrahim, bagi saya tidak salah rasanya Anwar Ibrahim menyahut cabaran yang dibuat Ummi Hafilda kepada beliau.

Lainlah kalau Anwar Ibrahim takut dengan 'nyamuk aedes'. Maklumlah kadangkala gigitan 'nyamuk aedes' boleh membawa kepada demam denggi yang akhirnya boleh membawa maut.

Kalau hanya soal 'nyamuk' kita gesa Anwar Ibrahim untuk tampil berdebat, dengan cara ini saya yakin PR akan tawan Putrajaya dalam PRU13.

Itupun kalau Anwar Ibrahim betul-betul tidak takut dengan segala bukti yang tersimpan rapi dalam jagaan Ummi Hafilda Ali.

Apa bukti yang Ummi Hafilda Ali ada? Bukti-bukti yang ada dalam simpanan Ummi Hafilda Ali cukup untuk membuatkan Anwar Ibrahim rebah sebelum sempat ke Putrajaya.

Kita akan dedahkan bukti serta dokumen tersebut untuk tatapan saudara pembaca.

Tapi kena tunggu...


Petikan Malaysiakini :

"Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di Kemaman, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

Anonymous said...

PSL NYAMOK LE RAJA NAMRUD TEGOLEK DOG KEHKEHKEH

hilbert said...

Nyamuk itulah nanti yang akan membuat An-war demam kepialu..tak cukup sehelai selimut mahu menutup tubuh he he he..

anu berahi said...

kalau berani, jawab ler cabaran bersumpah dengan alquran.
jangan cakap lebeehh.

dah 13 tahun aku tunggu anu berahi nak bersumpah. lastly jadi sumpah2.

habuk pon tarak!

Anonymous said...

banyak spesis nyamuk semua hisap darah, jgn main2 tau! ada satu spesis dipanggil nyamuk tiruk, ni kira gatal abis. si nuar jubur ni satu hal gak, umi ajak dia berdebat psl seks songsangnya bukan soal agama..buat ape nak suruh hj. hadi lak yang jawab! kan bodoh punya spin tu...

aku mmg tak caye si nuar dari dulu lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...