NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, January 17, 2011

Jelas Normala Sudirman Melanggar Akta SPR, Adakah SPR Buta?

Jelas dan nyata bahawa calon PAS untuk kerusi DUN Tenang yang diumumkan semalam Normala Sudirman telah melanggar akta SPR.

Pada 29 Disember pihak SPR telah mengeluarkan amaran kepada parti-parti yang akan bertanding untuk kerusi DUN Tenang agar tidak mulakan sebarang kempen sebelum 22 Januari 2011.

Tapi hari ini dilaporkan bahawa Normala Sudirman sudah mula mengorak langkah dengan berkempen di sekitar pasar tani Pekan Labis.

Normala Sudirman mula menemui peniaga serta penduduk cina setempat. Malah beliau juga turut menemui penduduk di sekitar kedai kopi di Labis.

Lawatan ini dikatakan sering dilakukan Normala Sudirman. Tidak perlu berbohong. Kerana kita dapat maklumat Normala Sudirman sudah mula berkempen untuk meraih undi masyarakat cina dan para peniaga pasar tani.

Dalam hal ini saya ingin mempersoalkan di mana ketegasan SPR? Adakah adil jika saya menuduh bahawa SPR juga sudah dibayar oleh PR untuk menutup mata dengan segala bentuk kempen yang dijalankan oleh PAS sekarang?

Normala Sudirman sepatutnya dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kerana mula berkempen sebelum tarikh yang dibenarkan oleh SPR!

Petikan Harakah Daily :

LABIS, 17 Jan: Calon PAS untuk PRK Dun Tenang, Normala Sudirman tidak menunggu lama untuk bergerak menemui rakyat terbanyak di dalam kawasan itu dengan langkah pertama menuju ke Pasar Tani Pekan Labis, pagi tadi.

Sebelum itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala telah menemui rakyat di kedai-kedai kopi, seterusnya ke Pasar Tani Pekan Labis, Pasar Awam Pekan Labis dan menemui masyarakat Cina di sekitar kedai-kedai di pekan berkenaan.

Rombongan Cikgu Mala ini bergerak bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mphd Salleh dan pimpinan Wanita Pakatan Rakyat antaranya Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pengumuman beliau sebagai calon telah dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis meriah di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Lawatan begini sudah menjadi kebiasaan kepada Cikgu Mala kerana sebelum Adun BN meninggal pun, beliau sudah berbuat demikian sementelahan dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang.

Kesanggupan beliau terbukti apabila sanggup meletakkan jawatan sebagai guru bergaji tetap untuk memikul tugas ini dan menyewa dua lot premis untuk tujuan memberikan kebajikan kepada rakyat sebelum daripada kematian berkaitan.

Ustaz Nuridah berkata, beliau terperanjat dengan persiapan Cikgu Mala berusaha keras bagi menghadapi PRU13 namun PRK yang datang terlebih dahulu dan berharap pengundi Tenang dapat menilai tawaran dan kesanggupan Cikgu Mala.

"Inilah perancangan dan ketetapan Allah SWT untuk rakyat di Labis ini dan mereka wajar mengambil kesempatan menghantar suara Cikgu Mala sebagai calon PAS mewakili PR ke Dun Johor," tegasnya.

Cikgu Normala adalah Exco Dewan Muslimat PAS Pusat sebagai Pengerusi Pendidikan dewan itu, Naib Ketua Muslimat PAS Johor dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, telah berkahwin dan mempunyai tiga cahayatamata.

Macam mana pula dengan apa yang dicakapkan oleh Pengarah SPR pada 29 Disember 2010. Petikannya di bawah :


JOHOR BAHRU, 29 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula pada 22 Januari depan.

Pengarah SPR Johor Othman Noh berkata, mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Bagaimanapun setakat ini berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang," katanya pada sidang media di sini.

SPR telah menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Januari.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas. - Bernama

Jadi SPR? Di mana anda? Adakah amaran yang diberikan sekadar amaran untuk melepaskan batuk di tangga?

SPR buta ke sudah terang-terang Normala Sudirman ini masuk berkempen di pasar tani pagi ini!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Dot said...

spr dah kena 'santau' dgn puak2 pr tuh!!!! kalau bakal calon bn buat mcm tu & spr tak bertindak, tentu puak2 pr ni maki hamun tuduh macam2...dasar pembelit...dulu2 kata ka umno gitu gini, sekarang ternyata pas lah yg menipu rakyat, bahkan kalau boleh nak halalkan semua yg mrk haramkan dulu semata2 gila kuasa...

cikgu begini dah tak sudi jadi cikgu sbb dah hilang semangat sejati guru berwibawa! nak jadi pemimpin konon, tp sbenarnya lapar kuasa politik, gitu?

hangkedee said...

Jabatan Pendidikan sarang Pembangkang...kementerian buat apa?

Anonymous said...

Kumpul Maklumat, nanti bila daftar je, buat bantahan, boleh jatuh talak kot dari SPR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...