BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, January 17, 2011

Kenyataan Media Peguam Ummi Hafilda Ali Berhubung 'Nasihat' Karpal Kaki Pusing.

Di bawah ini adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam Ummi Hafilda Ali untuk membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh semalam.

Kenyataan Media Penasihat Undang-Undang Ummi Hafilda Ali 

Saya merujuk kepada "nasihat" yang di berikan oleh Karpal Singh kepada Peguam Ummi Hafilda yang di terbitkan di beberapa akhbar utama bertarikh 17 hb Januari 2011.

"Nasihat" tersebut adalah cubaan beliau mengingatkan kami tentang batasan masa perundangan seperti yang terkandung di dalam Akta Pembatasan 1953. Beliau di laporkan berkata "Apabila sesuatu kes itu telah melampaui enam tahun, hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarny, dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas"

Saya amat menghargai nasihat yang di berikan oleh Karpal Singh berkenaan dan berasa amat terharu kerana inilah kali pertama dalam sejarah, Karpal Singh memberikan "nasihat" kepada bakal Plaintif yang mungkin akan memulakan tindakan mahkamah terhadap rakan-rakan beliau dan mungkin juga beliau sendiri.

Karpal Singh sebenarnya tidak perlu menunjukkan perasaan cemas beliau dengan membangkitkan isu masa ini kerana jika benar itulah kandungan tuntutan Ummi Hafilda nanti, beliau pasti akan dapat menyediakan Penyata Pembelaan yang terbaik.

Sememangnya semua pengamal perundangan di Malaysia mengetahui tentang isu pembatasan masa yang di bimbangkan oleh Karpal Singh.

Namun, Mahkamah juga tidak boleh terus menolak sebarang Penyataan Tuntutan kerana isu pembatasan masa ini dan isu menentukan bilakah bermulanya kausa tindakan seorang Plaintif terhadap defendan adalah satu isu panjang yang boleh di hujahkan di mahkamah.

Terdapat banyak kes sivil, dalam dan luar Negara yang boleh di rujuk oleh Karpal Singh yang menunjukkan bahawa penetapan had masa bermulanya sesuatu kausa tindakan adalah bergantung kepada fakta kes itu sendiri.

Saya percaya mahkamah akan membuat keputusan seadil mungkin , samada menerima atau menolak sebarang permohonan daripada pihak-pihak hanya selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan Karpal Singh agar menunjukkan contoh yang baik kepada peguam-peguam muda agar tidak terlalu kerap memainkan isu teknikal untuk menghadapi sesebuah perbicaraan.

Tumpuan seorang peguam perlu lebih kepada aspek fakta kes dan bukannya menjadikan alasan teknikal sebagai hujah menutup sebuah kebenaran.

Saya juga mengambil peluang ini untuk menasihatkan Karpal Singh agar merujuk semula kepada Aturan Profesion Perundangan (Amalan & Etika) 1978, agar turut sama membantu memartabatkan profesion perundangan agar menjaga etika dan amalan sebagai peguam.

Peguam harus berhujah di mahkamah, bukannya di media massa untuk dipolitikkan. Beliau harus memilih untuk menjadi Peguam atau ahli politik. Jangan terus mencemarkan integriti profesion guaman yang pernah di pandang tinggi oleh masyarakat suatu ketika dahulu.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Penasihat Undang-undang Ummi Hafilda Ali

012-9770412

Tarikh:17 hb Januari 201


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...