BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, January 11, 2011

Interlok - Betulkah Karya Sasterawan Negara Menghina Kaum India?

Polemik novel Interlok masih berterusan di mana desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini. Ini disebabkan golongan-golongan berkenaan mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini.

Terbaru Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud telah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang. 

Namun Dr Mariah telah berjaya memutar belitkan penglibatan beliau dengan demonstrasi pembakaran itu dengan memberi alasan sebagai, "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".

Penulis melihat isu Interlok ini sebagai bukan satu penghinaan kepada mana-mana kaum sebaliknya merupakan realiti tentang apa yang berlaku pada zaman berkenaan. Apakah Kaum Hindu di Malaysia mahu mengatakan bahawa kasta-kasta ini dicipta oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia terutama Bangsa Melayu. Bukankah kasta-kasta ini telah wujud turun temurun seperti 5 kasta berikut:

1. Brahmin
2. Ksatriya
3. Vaisya
4. Sudra
5. Pariah

Apakah sahabat-sahabat India saya ingin menafikan tentang kewujudan kasta-kasta ini di dalam adat dan agama mereka atau adakah gelaran-gelaran kasta ini hanya sah dipergunakan di negara India sahaja. Adakah AGAMA HINDU ORANG INDIA di INDIA tidak sama dan berlainan dengan AGAMA HINDU ORANG INDIA di MALAYSIA? 

Oleh itu apalah pula dosa novel Interlok yang mengangkat martabat Maniam di dalam novel berkenaan. Sudahkah sahabat-sahabat INDIA saya yang di MALAYSIA membaca dan memahami isi kandungan dan jalan cerita novel berkenaan? 

Salahkan Datuk Abdullah memberi fakta bahawa golongan Paria telah dibawa memasuki Tanah Melayu oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah. Datuk Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria.

Kepada sahabat-sahabat India saya jangan terjebak dengan politik murahan yang hanya mahu memecah belahkan perpaduan yang telah lama kukuh dan stabil ini. 

Saya meminta agar semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah. Buatlah satu rumusan dan menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosio budaya dan sejarah dan bukan berdasarkan sentimen  politik yang sempit.


Double Y kata : Kenapa selepas 40 tahun baru nak bantah? Siapa dalang yang menghasut orang India ini? Kenapa tidak bantah 40 tahun yang lepas? Yang dok bakar karya ini tempoh hari sudah baca sampai habis ke belum isi kandungan yang cuba disampaikan oleh Datuk Abdullah Hussain?

2 comments:

Tangga Langit said...

salam ,

interlok karya hebat 1 malaysia !!!

mohon pautkan blog saya, saya sudah puat dan follow anda. tq

http://ketanggalangit.blogspot.com

Double Y said...

Wasalam Tangga Langit.

Ok saya akan pautkan blog saudara. Terima kasih kerana sudi singgah ke teratak hamba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...