NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, January 19, 2011

YB Badrul Hisham, Mangsa Dendam PKR?

KLANG, 19 Jan – Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mendakwa beliau menjadi mangsa dendam kesumat kerajaan pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat di atas pengumuman kekosongan kerusi DUN tersebut.

"Saya tidak tahu menahu tentang perkara ini. Saya hanya tahu apabila ramai wartawan yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan. Saya seperti menjadi mangsa dendam kesumat PKR.

"Saya tidak tahu menahu tentang perkara ini. Saya hanya tahu apabila ramai wartawan yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan. Saya seperti menjadi mangsa dendam kesumat PKR.

"Saya telah pun menghubungi UMNO Bahagian Selangor dan tunggulah keputusannya. Saya juga yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyiasat perkara ini. Saya yakin akan keadilan SPR. Saya memang teraniaya,"  jelasnya ketika dihubungi UMNO-Online di sini, hari ini.

Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim telah mengistiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berkuatkuasa 16 Januari kerana mendakwa Badrul gagal menghadiri  persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
Keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi rayuan.

Menurut Badrul, dia telah menghantar surat memohon cuti pada November tahun lalu atas alasan masalah kesihatan.

"Surat telah saya serahkan. Saya mohon cuti untuk berubat secara tradisional. Saya tidak faham, macamana mereka kira saya tidak hadir selama enam bulan. Pembantu saya ada catit kehadiran saya. Boleh periksa. Tengok, betul atau tidak saya tidak hadir enam bulan," jelasnya.

Badrul telah memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada pilihan raya umum lalu dan  memilih untuk keluar dari PKR pada tahun 2009 dan menjadi ADUN Bebas pro BN tetapi memilih menyertai UMNO pada Mei tahun lalu.

Memetik berita Bernama,  SPR setakat ini belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim seharusnya  memaklumkan kepada SPR terlebih dahulu sebelum mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu.

SPR akan mengkaji terlebih dahulu undang-undang di Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan sebelum memutuskan berlakunya kekosongan atau tidak. -MediaUMNO



Double Y : Apa cerita ini Maharaja Teng? Takkan lu tak pernah terima surat cuti dari YB Badrul?

Atau lu ada plan dengan mengumumkan kerusi YB Badrul kosong supaya mudah untuk Pakatan Haram lu pinda perlembagaan Negeri?



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

tuan komrad said...

wakakakakakakakakakakaak...

kwn lagi ngan org gila...

kerusi melepas..duit melayang....

wakakakakakakakakaakakak...cayalah NKRA

NAJIB KULI ROSMAH ARAH

Anonymous said...

SPR tugas utamanya adalah mengadakan pilihanraya jika berlaku kekosongan kerusi DUN atau Parlimen....pengisytiharan adalah milik mutlak Speaker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...