Ada sumber saya memaklumkan kepada saya sebentar tadi, bahawa ada MP dari Pakatan Rakyat sekarang ini tengah mengadakan perbincangan atau 'deal' dengan pemimpin parti kompenen BN.
Perbincangan ini dipercayai dilakukan oleh MP yang bermasalah dalam partinya sekarang ini demi survival politiknya. Umum sedia maklum bahawa ada seorang MP dari Pakatan Rakyat dikatakan mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan parti berkenaan.
Jadi untuk menyelamatkan karier politiknya, MP ini dikatakan mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti kompenen BN untuk melompat masuk ke dalam salah sebuah parti kompenen BN selepas Tahun Baru Cina ini.
Nampaknya berita ini merupakan satu 'tamparan' buat Anwar Ibrahim yang berangan-angan untuk menuju ke Putrajaya. Kita sedia maklum bahawa sebelum ini telah ramai MP dari Pakatan Rakyat yang bertindak keluar parti dan menjadi MP Bebas.
Sudahlah tidak dibenarkan berkempen di PRK Tenang, tiba-tiba MP mereka pula bakal berpaling tadah, nampaknya Anwar Ibrahim sekarang betul-betul tidak Tenang.
Sehingga ke saat ini kita ada 4 orang MP Pakatan Rakyat yang bertindak keluar parti ada menjadi Bebas dan menyokong BN. Itu belum dicampur dengan Adun Pakatan yang mengambil tindakan sama dengan MP-MP berkenaan.
Di sini saya senaraikan senarai MP yang telah pun insaf dan sedar akan pembohongan Anwar Ibrahim :
1) YB Zahrain Mohd Hashim (MP Bayan Baru)
2) YB Zulkifli Nordin (MP Bandar Baru Kulim)
3) YB Tan Tee Beng (MP Nibong Tebal)
4) YB Mohd Fadzli Samsuri (MP Bagan Serai)
Tidak cukup dengan 4 orang MP ini, nampaknya selepas Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat bakal kehilangan seorang lagi MP mereka.
Cuma kita hendak ingatkan pemimpin kompenen BN supaya menapis dengan teliti jika ada MP dari Pakatan Rakyat hendak cuba melompat masuk ke dalam parti kompenen BN.
Kenapa saya cakap kena tapis terlebih dahulu sebelum kita menerima mereka? Lihat sahajalah kegagalan Adun PKR yang telah melompat masuk ke dalam UMNO. Iaitu YB Badrul Hisham Adun Pelabuhan Klang.
YB Badrul Hisham ini pada awalnya masuk UMNO kononnya untuk menyatukan orang Melayu di Selangor, beliau bertindak menghantar sendiri borang permohonan masuk UMNO kepada YAB DS Najib di Janda Baik pada 30 April 2010.
Ketika mula-mula serah borang beliau berkata tindakannya melompat keluar daripada PKR adalah demi rakyat Pelabuhan Klang dan ingin bersama-sama pemimpin parti UMNO Selangor memantapkan lagi pasukan UMNO di Selangor.
Tapi selepas masuk UMNO, beliau ternyata masih gagal memperjuangkan nasib penduduk Pelabuhan Klang. Setelah Speaker Dewan Negeri Selangor umumkan kerusi yang dimiliki beliau kosong, baru beliau muncul mengatakan beliau sakit dan sebagainya. Barulah kita tahu yang YB Badrul Hisham ini rupanya sudah 6 bulan tidak hadir ke Sidang Dewan. Sakit apa agaknya sampai 6 bulan berubat tidak sembuh-sembuh? Ada laporan rasmi dari Hospital atau mana-mana bomoh?
Kita bukan apa, cuma tidak mahu parti keramat yang kita sayang, yang kita perjuangkan seringkali menerima dan menanggung 'biawak hidup'.
Sama juga dengan kes MP Pakatan Rakyat yang dikatakan akan melompat parti ini, bagi saya tidak salah rasanya jika pemimpin parti kompenen BN, meneliti terlebih dahulu sebelum menyambut dan menerima mereka sebagai ahli parti.
Siapa MP Pakatan Rakyat yang hendak keluar selepas Tahun Baru Cina ini? Tunggu dan lihat sajalah. Tak 'suprise' kalau saya dedahkan sekarang. Tapi Anwar Ibrahim dengan juak-juak dalam Pakatan Rakyat bakal 'terduduk' sekejap dengan berita ini khabarnya.
Sekarang para sahabat semuanya sudah berkampung di Tenang, Alhamdullilah jentera BN sekarang semuanya mantap-mantap dari segi persiapan.
Siapa sahaja calon BN di Tenang, kita pasukan cyber-tegar BN akan cuba sedaya upaya untuk berkempen bagi beliau demi memastikan kerusi DUN Tenang kekal milik BARISAN NASIONAL.
Selamat berjuang untuk semua sahabat saya di Tenang!
BN Menang.. Rakyat Senang!
NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Friday, January 21, 2011
Ada Pemimpin PKR Bakal Melompat Masuk Kompenen BN?
Label:
Lompat Parti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Arai Ezzra Mungkin ramai yang tidak sedar seorang anak muda Malaysia telah berjaya membuka mata dan berjaya menandingi kemampuan pakar...
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
Di atas adalah nama 3 individu yang berasal dari Bangladesh tapi telah menetap di Malaysia melebihi tempoh 10 tahun dan mereka telah diberi...
-
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Itulah slogan yang dilaungkan oleh DS Najib Razak sebaik sahaja beliau ...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh10 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2011
(662)
-
▼
January
(62)
- Pening Lalat : Wahai PAS Agenda Negara Islam Ada k...
- Ada Pemimpin PKR Bakal Melompat Masuk Kompenen BN?
- TERKINI : ADUN Selinsing Bakal Letak Jawatan?
- Amboi..Amboi..Amboi.. Azwan Bidas Ummi Hafilda?
- YB Badrul Hisham, Mangsa Dendam PKR?
- Terkini : Kerusi DUN Pelabuhan Klang Kosong. Lagi ...
- Blogger Prihatin : Mohon Bantuan Terhadap Saudara ...
- 100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak - Bhg 6.
- Edisi Lawak : Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS ...
- 100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak - Bhg 5.
- 100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak - Bhg 4.
- PRK Dun Tenang : Perang Risalah Bermula, di Mana SPR?
- Peguam MCA 'Gentle' Minta Maaf, Teresa Cock & Raka...
- TERKINI : DS Najib Arahkan Peguam MCA Yang Gesa Az...
- Kenyataan Media Peguam Ummi Hafilda Ali Berhubung ...
- Jelas Normala Sudirman Melanggar Akta SPR, Adakah ...
- 100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak - Bhg 3.
- Ummi Hafilda Pernah Lakukan Seks Dengan Beginda, S...
- 100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak - Bhg 2.
- Isu Interlok : T.Murugiah Gunting Dalam Lipatan?
- Ummi Hafilda, 'Nyamuk' Yang di Geruni Anwar Ibrahim?
- 100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak - Bhg. 1
- Gesaan Azan di Perlahankan, Apa Hak Peguam Lahanat...
- Jah.. Tolong Abang Jah.. Ummi Pulok Saman Abang..!
- "Tutup Kedai, Balik India" Adun Komtar Bakal Berde...
- Terkini : Khairy Jamaluddin Hantar Surat Rasmi Unt...
- Al-fatihah : Blogger Aku Yang Gambi AYG Kembali Ke...
- Sidang Media Adun Seri Muda Letak Jawatan Adalah S...
- Terkini : ADUN Seri Muda Suhaimi Bakal Letak Jawatan?
- Ingatkan Anwar Ibrahim Dengan Karpal Sahaja, PAS P...
- Terkini : Khairy Jamaluddin Tawar Diri Untuk Sahut...
- Sah : Anwar Ibrahim Bakal di Saman Umi Hafilda RM ...
- Interlok - Betulkah Karya Sasterawan Negara Menghi...
- TERKINI : UMI HAFILDA AKAN MELETUPKAN SATU LAGI BOM?
- Mesti Baca : Luahan Hati Anak Muda Kelantan Terhad...
- Bukti 'Fatwa' Baru Nik Aziz Utusan Malaysia Adalah...
- Demo Bantah Kenaikkan Harga Barang di Pasar Tani T...
- Video Adun KOMTAR Rampas Barang Peniaga, Apa Peras...
- Isu SUK Selangor : Satu Pencabulan Kepada Profesio...
- PBT Selangor di Jadikan 'Balaci' Untuk Kempen Kump...
- GAMBAR PANAS : Pesta Liar Oleh Warga Indonesia di ...
- Mari Kenal Ahli Parlimen Kelana Jaya Yang Tidak Ta...
- Setiausaha PAS Hulu Selangor Cabul Budak, Tak Malu...
- Pengakuan Bekas Muslimah PAS Yang Menyesal?
- Isu Adun PAS 'Zina' : Hello.. ADUN PAS Selinsing A...
- Lepas Logo 1Malaysia, Mereka Cuba Haramkan Penjual...
- Isu Menteri Rogol Amah : Chegubard & Zuraida Wajar...
- TERKINI : MANGSA ROGOL MENTERI MENGAKU TIDAK PERNA...
- Isu Menteri Rogol Amah : Migrant Care Menafikan Me...
- Video Pengakuan Teman Sebilik Mangsa 'Rogol' Mente...
- Kes Teoh Beng Hock : Suruhanjaya di Raja Akan di T...
- Isu Menteri Rogol Amah : Kenapa Robengah Takut Hal...
- Isu Menteri Rogol Amah : Gambar Sebenar & Fakta Ke...
- TERKINI : ADUN SERI MUDA DI TAHAN POLIS.
- Khairul Azwan Dato` Harun, Ketua Pemuda UMNO Perak...
- Temubual Eksklusif Blogger Dengan Dato Seri Rais Y...
- Isu Menteri Rogol Amah : Zuraida Kamaruddin Jangan...
- Tuanku Sultan Perkenan, Kenapa Khalid Masih Berdegil?
- RAIS YATIM MENAFIKAN DAKWAAN BELIAU MEROGOL.
- Kenyataan Akhbar Istana Selangor Berhubung Isu Per...
- TERKINI : GAPS & NGO SELANGOR ADAKAN PERHIMPUNAN A...
- Menteri Rogol Amah Layak Mohon Qazaf Ke Tidak?
-
▼
January
(62)
2 comments:
Tak kan la Saifudin Nasution kut...????!!! Tak sabor nak tunggu....
AZMin ALi.......
Post a Comment