NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Friday, August 31, 2012
[VIDEO] : Brad Pitt Pun Join Cipta Rekod @twtupMerdeka Sempena #Merdeka55 Bersama @NajibRazak?
Jangan lupa malam ini peluang untuk kita mencipta sejarah dan memecahkan rekod dunia dengan hanya menggunakan 'twitter' sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 bersama PM DS Najib Tun Razak di Bukit Jalil.
Dari dok layan puak 3 suku yang terkinja-kinja macam beruk, yang beraksi 'berak' gambar pemimpin untuk sambut merdeka, baiklah kita ke Bukit Jalil. Kalau tak suka main 'twitter' kita pergi jalan-jalan sempena cuti hari merdeka!
Layan 'filem pendek' sempena 'TwtupMerdeka55' yang dialih suara oleh Pistol Nakal :
Lebih baik kita jadi sebahagian individu yang mencipta rekod 'tweet terbanyak dalam masa 1 jam' daripada kita meletakkan nama dan diri kita di kalangan mereka yang menghina Jalur Gemilang sebagaimana dilakukan oleh sekumpulan orang gila malam tadi.
Label:
#Merdeka55
Thursday, August 30, 2012
[VIDEO] : Aksi Liar #JanjiBersih Bakar & Pijak Gambar Najib Razak - Inikah Yang Dikatakan Aman?
Aksi liar pengikut Ambiga yang mula bertindak liar dengan membakar dan memijak gambar Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan isteri kerana boring apabila segala provokasi mereka tidak dipedulikan oleh PDRM dan DBKL.
Inikah yang dikatakan aman oleh Maria Chin Abdullah...
Label:
Ambiga,
bersih,
Bersih 2.0
Surat Kerajaan Negeri Selangor Kerah Pegawai Kerajaan Negeri Hadir Bocor - #JanjiDemokrasi Wak Lu!
Kahkahkah....
Surat apa ni...?
Bukan seorang dikerah, tetap 50 orang pegawai/kakitangan kerajaan negeri Selangor dikerah hadir untuk sambut merdeka bersama Bang Nuar Brahim.
Hahaha...
Hoii...
Janji demokrasi wak lu...!
Label:
#Merdeka55,
anwar ibrahim,
Khalid Ibrahim,
Pakatan Rakyat,
PKR,
Selangor
Rakyat Tolak #JanjiBersih Kini Mereka Tukar #JanjiDemokrasi - Salah Tetap Salah!
Foto di atas adalah situasi terkini keadaan di Dataran Merdeka, di sinilah kebanyakkan warga Malaysia berkumpul bagi menanti detik 12.00 malam untuk sama-sama melaungkan laungan keramat "merdeka!".
Tetapi sambutan tahun ini mungkin tidak sama seperti tahun-tahun yang sudah, kemeriahan ambang merdeka tahun ini mungkin terganggu-gugat apabila pihak pembangkang melalui BERSIH turut menganjurkan perhimpunan di tempat yang sama dengan menggunakan nama 'Janji Demokrasi'.
'Janji Demokrasi' digunakan selepas 'Janji Bersih' nampaknya tidak mendapat sokongan rakyat Malaysia ekoran kekacauan serta keganasan yang mereka cetuskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini yang membawa kepada kerosakkan harta benda serta kecederaan anggota-anggota keselamatan.
Walaupun PDRM mengeluarkan amaran kepada pihak BERSIH bahawa perhimpunan yang bakal mereka anjurkan bertentangan dengan undang-undang negara disebabkan 3 perkara :
(1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi.
(2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.
(3) Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.
Malam ini nampaknya mereka tetap akan berhimpun sekali lagi atas nama 'Janji Demokrasi' - apakah yang akan berlaku pada malam ini, adakah peristiwa yang memalukan negara ketika rusuhan Bersih 3.0 tempoh hari akan berulang?
Label:
#Merdeka55,
bersih,
Bersih 2.0
Jom Naik LRT Percuma Untuk Sambut #Merdeka55 Bersama PM @NajibRazak di Bukit Jalil
Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kali-55 nampaknya sungguh unik serta menarik, selain pengguna twitter di Malaysia berpeluang mencipta rekod dunia bersama PM DS Najib Tun Razak, mereka turut berpeluang untuk membawa pulang sebuah proton preve dan sebuah chevrolet.
Usah bimbang dengan kesesakan lalu-lintas kerana pihak RapidKL turut tidak mahu melepaskan peluang menjayakan ulang tahun sambutan kemerdekaan negara dengan menyediakan perkhidmatan percuma kepada pengguna.
"Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.
RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.
"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.
Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.
Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya.
Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.
"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.
"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.
Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja.
Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi. Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.
"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.
Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.
"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.
"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865."
Label:
#Merdeka55
Wednesday, August 29, 2012
Fulamak! Mewahnya Bas Jelajah Merdeka Anwar Ibrahim?
Hahaha...
Sebelum ini pembangkang heboh bising seantero dunia apabila sesetengah syarikat bas memilih untuk memaparkan gambar DS Najib Tun Razak dinding bas mereka bertujuan menghargai sumbangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Bak kata dulang paku serpih, kata Najib Razak tapi Anwar Ibrahim pula yang lebih, sekarang pembangkang turut melakukan perkara yang sama semata-mata mahu menjelajah untuk menagih simpati rakyat.
Berapa agaknya jumlah yang dibelanjakan oleh PKR untuk bas yang memaparkan wajah Anwar Ibrahim ini?
Sebelum ini pembangkang heboh bising seantero dunia apabila sesetengah syarikat bas memilih untuk memaparkan gambar DS Najib Tun Razak dinding bas mereka bertujuan menghargai sumbangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Bak kata dulang paku serpih, kata Najib Razak tapi Anwar Ibrahim pula yang lebih, sekarang pembangkang turut melakukan perkara yang sama semata-mata mahu menjelajah untuk menagih simpati rakyat.
Berapa agaknya jumlah yang dibelanjakan oleh PKR untuk bas yang memaparkan wajah Anwar Ibrahim ini?
Label:
anwar ibrahim,
Pakatan Rakyat,
PKR
Tuesday, August 28, 2012
Mana Satu Pemimpin Kanan Pembangkang Yang Ditahan Kerana Sumbang Mahram?
Islam melaknat umatnya melakukan perbuatan sumbang mahram di dunia dan di akhirat :
Firman Allah SWT bermaksud:
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan berikut), ibu kamu, anak kamu dan saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara ibu kamu, anak saudara kamu yang lelaki, dan anak saudara kamu yang perempuan dan ibu kamu yang telah menyusukan kamu....”
(Surah an-Nisa’: 23)Berita seorang pemimpin kanan pembangkang ditahan kerana disyaki terlibat sumbang mahram tersebar sejak semalam, namun ianya tidak hangat diperkatakan mungkin kerana kebanyakkan pihak meragui kebenaran berita tersebut.
Tetapi nampaknya berita yang tersebar semalam adalah benar sebagaimana laporan berita dari BERNAMA yang disiarkan di Sinar Harian :
Soal bersalah atau tidak itu bukan kerja kita, lebih-lebih lagi kedua-dua beranak ini dibebaskan semalam dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan DNA yang bakal diketahui minggu hadapan.
Ramai tertanya-tanya siapakah pemimpin kanan parti pembangkang yang juga saudara terdekat pemimpin kanan pembangkang tanah air yang tewas kepada calon BN ketika bertanding dalam PRU yang lalu?
Blogger Pengundi Setia Sungai Rapat memberikan kita sedikit klu :
Parlimen Jerantut mempunya 3 kerusi DUN yang ditandingi oleh kesemua parti pembangkang iaitu:
- DUN N 9 Tahan
- DUN N10 Damak
- DUN N11 Pulau Tawar
Ini pula Calon N10 Damak Mohd Nor Bin Jaafar merupakan calon PKR yang tewas kepada calon BN dan kini menjadi pengerusi KITA Cawangan Pahang.
BAHAGIAN PILIHAN RAYA | NAMA CALON | PARTI | BILANGAN UNDI | STATUS |
P.81-JERANTUT | N.10 - DAMAK | KOH BOON HENG | BEBAS | 3,295 | |
MOHD NOR BIN JAAFAR | PKR | 5,165 | |||
LAU LEE | BN | 5,674 | MNG | ||
JUMLAH PEMILIH : | 19,412 | ||||
KERTAS UNDI DITOLAK : | 408 | ||||
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : | 14,597 | ||||
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : | 55 | ||||
PERATUSAN PENGUNDIAN : | 75.20% | ||||
MAJORITI : | 509 | ||||
Ini pula Ishak Ghani calon Pas yang bertanding dalam DUN N11 Pulau Tawar yang juga tewas kepada calon BN
BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS
P.81-JERANTUT N.11 - PULAU TAWAR ISHAK BIN A.GHANI PAS 5,426 AHMAD SHUKRI BIN ISMAIL BN 8,720 MNG JUMLAH PEMILIH : 18,074 KERTAS UNDI DITOLAK : 212
Rasanya saudara pembaca sudah dapat meneka siapakah individu tersebut, pun begitu masih terlalu awal untuk kita melemparkan tohmahan ke atas pemimpin parti pembangkang itu.
Hikmah untuk kita di sebalik laporan ini adalah, jangan harap pemimpin pembangkang dapat menjaga kebajikan kita sebagai rakyat.
Anak sendiri pun gagal dijaga serta dididik dengan sempurna sehingga lahirkan anak luar nikah, itu pun kalau bukan dia yang taler anak sendiri...
Label:
Isu Semasa,
Pakatan Rakyat
Beza Surat Wajib Hadir DBKL ke Perhimpunan #Merdeka55 & Surat Kerahan PAS Ke Atas Ahli Mereka
Setiap kali melihat perhimpunan atau majlis yang dianjurkan oleh UMNO mahu pun kerajaan mendapat sambutan daripada masyarakat, pembangkang seperti biasa akan mengatakan mereka yang hadir itu 'DIPAKSA' atau pun hadir kerana terpaksaan tanpa kerelaan sendiri.
Perhimpunan sempena sambutan hari #Merdeka55 - Janji ditepati yang bakal diadakan pada 31 Ogos ini turut tidak terlepas daripada serangan bloggers pembangkang dalam usaha mereka untuk mewujudkan persepsi kononnya kerajaan hari ini ditolak oleh rakyat.
Surat yang dikeluarkan oleh DBKL kepada pegawainya di atas dijadikan peluru terbaru oleh bloggers pembangkang. Pada hemah saya tiada yang aneh jika seseorang kakitangan kerajaan diwajibkan hadir ke dalam sesuatu program yang dianjurkan oleh kerajaan sendiri.
Lebih-lebih lagi Perhimpunan #Merdeka55 - Janji ditepati ini turut diselitkan dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan penggunaan media sosial Twitter kepada rakyat Malaysia sekaligus memecahkan rekod dunia pada waktu itu.
Seseorang kakitangan kerajaan yang gaji mereka dibayar oleh kerajaaan, adalah perkara biasa untuk mereka mematuhi etika serta peraturan kerja daripada majikan mereka.
Ianya bukanlah sesuatu perkara yang aneh, pelik atau ganjil.
Tetapi bloggers pembangkang seperti biasa, terlalu naif dalam membuat penilaian. Mereka melihat kerajaan itu buruk dan hanya Pakatan Rakyat sahaja yang sempurna, mereka mempertikaikan surat wajib hadir kepada seseorang individu yang makan gaji dengan kerajaan tetapi mereka tidak mempertikaikan kerahan tenaga mahu pun kewangan yang PAS lakukan ke atas ahlinya.
Buktinya PAS turut mengeluarkan surat memaksa ahli mereka hadir sesuatu perhimpunan :
PAS 'KERAH' ahlinya untuk hadir ke Perhimpunan Oren, malah digalakkan memakai baju berwarna oren yang perlu dibeli sendiri di tapak perhimpunan dengan harga RM20.
Sudahlah tenaga ahli parti di peringkat bawah yang tidak dibayar gaji dikerah oleh pemimpin parti PAS, dalam masa yang sama PAS sebenarnya turut mengerahkan kewangan dari setiap ahli mereka melalui derma-derma yang dikutip atas nama 'jihad fisabilillah'.
Bagi yang terlupa imbas memori anda dengan salah satu tindakan PAS yang 'MEWAJIBKAN' dan 'KERAH' kewangan ahlinya untuk hadir ke program yang mereka anjurkan :
Belek ayat abang Tuan Ibrahim Tuan Man sikit tengok :
“Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan. Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini"Yang mana lebih teruk?
Selepas Perhimpunan #Merdeka55 - Janji ditepati, saya pasti modal yang akan digunakan bloggers pembangkang adalah gambar bas-bas dari agensi kerajaan yang akan berada di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walhal ahli PAS yang dikerah ke Perhimpunan Hijau tempoh hari pun dibawa dengan menaiki puluhan buah bas.
Hahaha...!
Label:
#Merdeka55,
BN,
Pakatan Rakyat,
PAS,
UMNO
Penyokong PAS Kedah Bantah Sebarang Tindakan Ke Atas Ustaz Nasharuddin
PAS nampaknya semakin tenat apabila penyokong di peringkat akar umbi mula menunjukkan bantahan secara terbuka terhadap pucuk pimpinan parti itu yang kini semakin tunduk dengan taiko besar DAP dan Anwar Ibrahim.
Selepas Hasan Ali yang menegur DAP kerana cuba masuk campur dalam urusan menegak dan mempertahankan kesucian agama Islam di Selangor, kini Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula mungkin bakal menerima nasib yang sama sebagaimana Hasan Ali.
Tekanan terhadap Ustaz Nasharuddin bermula selepas beliau menggesa agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana keengganan DAP menyatakan pendirian mereka terhadap perlaksanaan Hukum Hudud.
Tekanan ke atas Ustaz Nasharuddin semakin kuat selepas beliau dilihat bersama rombongan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak ke Mekah tempoh hari. Ustaz Nasharuddin dihina, dicaci serta dilemparkan pelbagai fitnah dan diperlekehkan maruah beliau, oleh penyokong serta pemimpin parti PAS termasuk Nik Aziz sendiri hanya kerana beliau bersama saudara seagama ke Mekah.
Petikan berita akhbar :
Sekumpulan bekas penyokong PAS di Kedah akan mengadakan demonstrasi bagi membantah sebarang keputusan memecat bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.
Bekas ahli PAS dari Yan, Abdullah Hashim berkata, demonstrasi itu bagi menyatakan sokongan kepada Nasharuddin yang pernah menjadi ahli Parlimen Yan pada 1999.
Abdullah pernah mengepalai bantahan kenaikan tarif air oleh syarikat milik kerajaan Kedah iaitu Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) beberapa tahun lalu.
“Kami akan mengatakan sokongan kepada Nasharuddin kerana keberaniannya mempertahankan Islam.
“Demonstrasi ini akan disertai oleh bekas dan penyokong-penyokong PAS terutama di Yan,” katanya. Nasharuddin dihadapkan ke Majlis Syura 9 September depan ekoran gesaannya supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
“Bagi kita, Nasharuddin adalah seorang pemimpin PAS yang bernai mempertahankan parti itu tetapi malangnya ia tidak disenangi oleh pemimpin lain.
“Pemimpin-pemimpin PAS lain pula takut kepada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Abdullah.
Nasib ahli Parlimen Bachok itu mungkin sama seperti bekas Naib Presiden. Datuk Hasan Ali yang dipecat setelah mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali beberapa bulan lalu.
Label:
Nik Aziz,
Pakatan Rakyat,
PAS
FAQ : @twtUpMerdeka #Merdeka55 - Proton Preve Menanti Pemenang Bertuah!
Apa Itu Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Apakah Matlamat Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag
Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?
Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:
A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55
Siapa Boleh Sertai?
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com
Bagaimana Untuk Sertai?
Untuk kategori A:
1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com
2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)
RAJAH A |
4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)
5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.
6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.
Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.
Untuk kategori B:
1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.
2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:
"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.
4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.
Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?
1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.
2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.
3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.
4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!
5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)
Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?
Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.
YY : Dari percaya janji Pakatan Rakyat nak turunkan harga kereta yang belum tentu mereka mampu lakukan, baik anda daftar join program ini bersama PM DS Najib Tun Razak, silap hari bulan anda mampu memiliki Proton Preve dengan hanya menghantar 'tweet' sempena hari #Merdeka55
Label:
#Merdeka55
Monday, August 27, 2012
#SheikhFadzirMusibat : Beza Sheikh Fadzir Bila Jumpa Tun Mahathir & Hadi Awang
Setelah puas ditohmah dan difitnah kononnya kerajaan BN membeli undi untuk menang dalam pilihanraya, Sheikh Fadzir 'musibat' hadir di rumah terbuka Tun Mahathir Mohammad malah dilihat beliau mencium tangan negarawan itu semalam.
Tun Mahathir pula kelihatan tersenyum tawar apabila Sheikh Fadzir 'musibat' mencium tangannya. Mungkin kerana sebelum ini Sheikh Fadzir begitu lantang memfitnah kerajaan yang dipimpin oleh beliau ketika itu membeli undi dengan wang tunai untuk menang pilihanraya.
Aneh apabila melihat aksi Sheikh Fadzir ketika berdepan dengan Tun Mahathir, kerana sebelum ini Sheikh Fadzir tidak pernah mencium tangan Anwar Ibrahim mahu pun tokoh-tokoh 'ulamak' PAS sebagaimana yang beliau lakukan ketika berhadapan dengan Tun Mahathir dan Tun Hasmah.
Usahkan mencium tangan, beliau juga tidak pernah tunduk hormat kepada pemimpin-pemimpin pembangkang, foto di bawah menjelaskan segala-galanya.
Para pemerhati politik berpendapat, Sheikh Fadzir 'musibat' mempunyai agenda peribadi kerana dalam politik itu tiada apa yang berlaku secara kebetulan.
Nak tahu kenapa 'musibat' ini keluar UMNO, baca semula artikel sebelum ini [SINI]
Kartun satira politik untuk hari ini :
Hahaha...
Label:
BN,
Pakatan Rakyat,
Sheikh Fadzir,
Tun Mahathir
Sunday, August 26, 2012
[VIDEO] : Tun Mahathir Sedia Berdepan Karpal di Mahkamah
Karpal Singh tunggu apa lagi?
Tun Mahathir sudah bersedia, sekarang kita tengok sama ada Karpal berani atau tidak jer.
YY : Semoga Allah panjangkan usia Tun Mahathir dan Tun Hasmah.
Label:
Karpal,
Tun Mahathir,
UMNO
Usaha Dahulukan Rakyat Oleh PM @NajibRazak Musnah Kerana Akta 114A?
Masih dalam 'mood' raya...
Akta 114A merupakan satu pindaan baru Akta Keterangan 1950 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 manakala melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012 pula pindaan kepada akta ini belum diwartakan.
Akta ini diperkenalkan bertujuan untuk mengenal pasti atau menyabitkan mana-mana individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet kerana kesukaran pihak berkuasa dalam mengesan tertuduh yang melakukan kesalahan melalui internet.
Implikasi di sebalik akta yang diluluskan ini dilihat telah memberi jalan pintas bagi memudahkan kerja pihak berkuasa, ini kerana melalui akta ini awal-lagi lagi kesalahan diletakkan di atas bahu individu, pengendali blog, portal atau laman forum berlandaskan 'andaian' semata-mata.
Akta ini sebenarnya ancaman kepada rakyat dan yang pasti akta ini bertentangan dengan hak mana-mana individu untuk dianggap tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan. Akta 114A memperlihatkan kepada kita kegagalan penggubal undang-undang negara malah mereka mengambil jalan mudah untuk menutup kelemahan sendiri.
Contoh terdekat adalah nasib yang menimpa Pemuda UMNO Malaysia yang kini berhempas-pulas untuk membuktikan mereka tidak terlibat dalam menyiarkan poster kontroversi melalui laman facebook yang didaftarkan menggunakan nama pertubuhan itu tempoh hari.
Sedar atau tidak, populariti dan kerja kuat PM musnah hanya kerana kemandulan dan kegagalan penggubal undang-undang dalam negara kita.
Pakatan Rakyat pula nampaknya tidak perlu bersusah-payah untuk memburukkan imej DS Najib Razak kerana para menteri, penasihat dan mereka yang berada dalam kabinet boleh melakukan untuk kamu.
Selepas imej PM diburukkan kerana logo dan lagu Merdeka ciptaan pak menteri #yorais, kini pindaan akta yang hanya dianggap adil oleh Gani Patail pula memusnahkan integriti DS Najib Tun Razak.
YY : Folks... look how they killed the Prime Minister character...
Label:
AG,
BN,
DS Najib,
Nazri Aziz,
Rais Yatim,
UMNO
Saturday, August 25, 2012
Bantah Hudud, Karpal Harus Bertaubat Kata Nik Aziz
Hukum Hudud terus dijadikan sebagai modal kempen oleh parti PAS dalam usaha mereka untuk menarik semula sokongan masyarakat Islam terhadap parti itu yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia termasuklah rakyat Kelantan sendiri.
PAS tanpa malu 'melacurkan' hukum Allah hanya kerana ingin melihat tumbangnya UMNO, tetapi di sebalik riuh-rendah PAS kononnya mahu melaksanakan hudud tiada satu draf hudud PAS berani usulkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat walaupun usia kerjasama mereka telah menjangkau 6 tahun.
Dari kelatekito.net :
Seorang penduduk kesal dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak peduli sekiranya Pengerusi DAP, Karpal Singh terus membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.
Abdullah Karim, 47, berkata tindakan seolah-olah Pas cuba lepas tangan dalam isu hudud dan membenarkan DAP terus menentang undang-undang itu tanpa sebarang tindakan yang konkrit.
"Geger pasal hudud untuk buruk orang Islam lain tok sohor kalu 18 tahun tak laksana. Lo nie DAP sedap kato tolak Hudud, Pas boleh senyap jah," katanya.
Bagi penganalisa politik tindakan Nik Aziz seolah-olah membenarkan parti politik sekutunya mempermainkan agama demi menjaga hubungan kerjasama pakatan pembangkang.
"Ini adalah bukti bahawa Pas kini sanggup menggadaikan agama demi mendapat kuasa politik. Mereka dilihat telah menghalalkan yang haram demi mengikut selera mereka," katanya.
Bagi beliau sifat Pas kini sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal parti itu yang kini lebih bersifat sekularisme.
Semalam Nik Aziz berkata kenyataan yang dibuat Karpal itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai negara Islam dan hukum hudud yang sebenarnya.
"Saya setuju biar dia 'geger' sokmo (selalu bising), daripada geger itulah orang faham tetapi jangan caci, guna akal kita,'' katanya.
Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.
Friday, August 24, 2012
[VIDEO] : PAS Wajib Ditolak Jika Sayangkan Islam
Dari blog GelombangKick :
Fitnah dikalangan pemimpin Islam pada hari ini dilihat sukar sekali untuk dibendung jika Pas selaku pihak yang mencetus perpecahan ini belum sedar untuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis mengikut konteks Islam yang sebenarnya, kerana situasi yang berlaku ini bakal menghancurkan umat Islam sendiri.
Semakin hari kita lihat Pas semakin terpesong, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku orang tua didalam Pas juga tidak boleh diharapkan lagi, pandangan beliau sentiasa berubah seperti sesumpah, beliau seolah-olah mengikut saja nasihat dan pandangan punahsihat-punahsihat tanpa beliau merujuk apa yang diputuskan itu mengikut kaedah Islam yang sebenar.
Mungkin faktor umur menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan janji-janji keindahan duniawi dan lantas melupakan akhirat, video ini dirakam ketika mana sesi temu ramah bersama Tuan Haji Zainal Abidin bagi menjawab tuduhan-tuduhan fitnah yang dibuat oleh pemimpin Pas yaitu Adun Kelaboran Zaki Ibrahim terhadap beliau.
Namun ketika rakaman ucapan fitnah Zaki Ibrahim selama 8 minit itu diberi tonton secara langsung padanya, beliau tidak melenting malah disebabkan bulan puasa juga beliau enggan menyentuh hal-hal berkaitan peribadi pemimpin Pas.
Bagaimanapun beliau mencabar Zaki Ibrahim untuk berdebat dengan beliau pada bila-bila masa sahaja demi perpaduan Islam, tidak usahlah menambah dosa memfitnah sesama Islam, kita tidak bermusuh dengan mana-mana individu didalam Pas, tapi kita tentang cara Pas yang menjadi kuda kepada DAP, katanya.
Antaranya Tuan Hj Zainal Abidin turut menegaskan, bahawa adalah WAJIB bagi kita umat Islam untuk menolak Pas diatas kemudaratan yang akan berlaku terhadap umat Islam sekiranya negara kita diperintah oleh Pakatan Rakyat, ini kerana jelas DAP yang inginkan pelbagai bentuk kebebasan songsang serta hak-hak yang melanggar perjanjian dan lantang menentang penubuhan negara islam.
Sikap takut Pas kepada DAP terutamanya Karpal Singh akan menambahkan lagi bahananya kepada umat Islam dinegara ini, jika kerana DAP Pas sanggup pecat Hasan Ali, Pas sanggup singkirkan bekas Timbalan Presidennya Nasaruddin Mat Isa, dan demi DAP juga Pas akan sanggup untuk mengkhianati rakyat terutamanya umat Islam....Anda Mampu Mengubahnya...
Label:
Kelantan,
Nik Aziz,
Pakatan Rakyat,
PAS,
UMNO
Tuesday, August 21, 2012
Santai : Seloka di Hari Raya
Hahaha...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...
Saja post lagu raya, sebab masih dalam mood raya...
YY : Malas nak layan seorang blogger yang bermasalah di Kelate ini, nanti satu kerja tak jalan. Layan lagu kat atas tu dulu brader - Even the strongest man needs friends - Politics is knowing when to pull the trigger!
Label:
umum
Saturday, August 18, 2012
Anwar Ibrahim Mengaku Fitnah @NajibRazak - Mohon Maaf Sempena Aidilfitri?
Satu posting bertajuk 'Perutusan Khas' sempena Aidilfitri yang disiarkan di laman blog rasmi beliau semalam Anwar Ibrahim menyeru jentera Pakatan Rakyat melakukan perubahan serta menghormati institusi sehingga kepada Perdana Menteri yang sekian lama difitnah oleh jentera mereka.
Selain itu Anwar Ibrahim turut memperakui bahawa tohmahan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri sebelum ini berupa fitnah semata-mata dek kerana kegilaan beliau mengejar jawatan Perdana Menteri.
Malah dalam posting tersebut Anwar Ibrahim turut memperakui bahawa jawatan Perdana Menteri hanya untuk orang Melayu/Islam sahaja bukannya bangsa lain sebagaimana beliau kepada kaum-kaum lain di Malaysia.
Namun difahamkan posting tersebut dipadam beberapa minit selepas ianya disiarkan, sama ada perutusan tersebut benar-benar datang dari Anwar Ibrahim atau pihak yang ingin sebotaj Anwar Ibrahim itu tidak pula diketahui.
Tapi jika Anwar Ibrahim tidak menulis tentang fitnah terhadap DS Najib Razak dalam perutusan hari raya semalam, rakyat Malaysia tahu bahawa segala tuduhan yang dilemparkan kepada PM sebelum ini merupakan satu fitnah terancang yang didalangi oleh PKR sendiri.
Hahaha...
Selamat hari raya untuk semua...
YY : Mood raya...
Thursday, August 16, 2012
Benarkah Twitter DS @NajibRazak Fake 'Followers' 48% - Satu Pencerahan Untuk Semua
Dari Blog 1PELURU :
Spekulasi mengenai jumlah followers DS Najib Razak
yang hampir separuhnya 'FAKE' (?) banyak dimomokkan oleh
blog-blog pembangkang dalam seminggu lalu.
Tempiasnya turut dirasakan oleh pemimpin BN lain walaupun
hakikatnya FAKE FOLLOWERS (?) pemimpin pembangkang (PR) dan
pemimpin2/selebriti dunia tidak kurang juga banyaknya.
@LadyGaga yang mempunyai followers Twitter paling ramai,
28juta mempunyai 43% fake followers??
Benarkan jawapan dari aplikasi yang dibangunkan oleh
PeopleStatus.com boleh menjadi justifikasi kepada
jumlah pengikut twitter yang direka-reka?
Baca penjelasan pengasas StatusPeople.com, Rob Waller
yang dipetik dari blog NICEGIRLNOTES:
I emailed Rob Waller, the founder of StatusPeople, and asked him a few of the ones that seem to be floating around on the internet:
——————————————————————-
Me: So, some people are concerned that you only take a sample of the last 500 followers. If someone tweets about her iPad and she’s suddenly being followed by a bunch of bots with iPad spam links and you only take the last 500 followers, how does that affect her score?
Rob: We analyse only 500 records but we spread this over your last 5,000 records. So if you have less than 5,000 followers which the majority of Twitter users do our tool will not be affected by an influx of new followers. Overall we believe our App provides an accurate and informative score for those with up to 10,000 followers. And for those with more it provides an accurate reflection of your current follower activity. We are however working on an update which we believe should push the accuracy up to a couple hundred thousand followers.
Maknanya di sini: jumlah fake followers bagi akaun yang mempunyai lebih 10,000 followers adalah tidak tepat, tunggu sehingga StatusPeople.com update sistemnya untuk membuat spekulasi tentang akaun Twitter DS Najib Razak yang mempunyai ratusan ribu followers (hampir 1juta).
Baca seterusnya di [SINI]
Label:
BN,
DS Najib,
Media Baru
Sunday, August 12, 2012
Haram Berjemaah Bersama Kakitangan Kerajaan Yang Lain - Puak PAS Solat di Kaki Lima Putrajaya?
Lihat dalam gambar, berapa ramai para jemaah?
Mereka 'sembah' bulan ke?
Kiraan saya tidak sampai 20 orang, kenapa PAS begitu riak bersolat terawikh di kaki lima Precint 15, sedangkan surau berdekatan ada menganjurkan solat berjemaah setiap malam yang mana lebih 200 penduduk Putrajaya berjemaah bersama-sama?
PAS tidak mahu bersama penduduk Putrajaya yang lain dalam meraih keberkataan bulan Ramadhan, atau mungkin sebab jika berjemaah dalam masjid dan surau bersama penduduk lain mereka tidak boleh menunjuk-nunjuk dan gantung bendera bulan.
Majlis Perbadanan Putrajaya buat apa?
Tidur?
Nak tahu apa cerita, baca di [Putrajaya-Online]
Label:
Pakatan Rakyat,
PAS,
Putrajaya
Saturday, August 11, 2012
Iklan Sedih BERNAS : Pembangkang Dapat Job Kerajaan?
Sesiapa sahaja pasti tersentuh bila menonton iklan sempena Hari Raya Aidilfitri dari BERNAS, bukan hendak mempolitikkan semua isu.
Tetapi jika tidak diketengahkan semakin banyak pula orang-orang pembangkang menikmati peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan tapi dalam masa yang sama orang-orang ini jugalah yang kerap melemparkan tohmahan dan fitnah kepada kerajaan.
Terima satu emel yang mengatakan iklan Hari Raya keluaran BERNAS dihasilkan oleh budak pembangkang, pengirim emel mendakwa ianya berdasarkan bukti paparan skrin facebook yang ditulis oleh rakan kepada individu yang menghasilkan video tersebut :
KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN |
KLIK UNTUK BESARKAN |
Walaupun nama aku tantawi penipu. kali ni aku tak nak tipu. cuba korang cek. betul ke dia yang buat video ni..?
Pembangkang dapat job kerajaan ke..?
Orang kerajaan buat apa..???
Jawapan dia orang kerajaan tidur bro!
Sebab itulah tabung kartunis pun dengarnya kartunis-kartunis yang selalu menghina kerajaan dapat kontraknya.
Kalau tulis satu-persatu pembangkang dapat job kerajaan ini sampai besok pun belum habis untuk saya list down satu persatu.
Label:
BN,
Isu Semasa,
Pakatan Rakyat
Friday, August 10, 2012
Pemecah Berita : Pekerja Kontrak UNISEL Berdemo Tuntut Tunggakan 15 Bulan Gaji
Foto : @stayorsuicide |
Sepanduk tertera "kerja disuruh bayaran tidak dibuat" dibawa oleh para pekerja kontraktor yang terdiri dari 100 orang lelaki dan wanita Jana Niaga demi menuntut hak mereka.
Seorang lelaki berbangsa India kelihatan cuba menghalang tindakan pekerja kontraktor Jana Niaga.
Foto @jawabernam |
Label:
Khalid Ibrahim,
PKR,
Selangor,
Unisel
Thursday, August 9, 2012
[VIDEO #SaveKelantan] : Penjaga Ladang Depu Akui Gagal - Satu Lagi Penipuan Husam Musa Terbongkar!
Kelantan Koridor Depu adalah salah satu projek yang diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan usahasama 2 syarikat dan dirasmikan sendiri oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan di Sekolah Menengah Ugama(Arab) Darul Saadah, Beta Hulu, Kota Bharu sekitar tahun 2007.
Ketika kerajaan negeri Kelantan membuat pengumuman projek Ladang Depu pada tahun 2007, berpuluh-puluh billboard telah dipasang di sekitar jalan-jalan utama di negeri Kelantan bagi menghebohkan projek tersebut kepada rakyat Kelantan kerana penanaman pokok depu atau gaharu masih baru dan tidak diusahakan oleh negeri-negeri lain.
Sedangkan harga untuk sekilogram depu gred 'double-super' dikatakan bernilai RM12,000-RM14,000 untuk sekilogram manakala harga pasaran untuk minyak gaharu dikatakan mencecah sehingga RM45,000/kg bergantung kepada kualiti kayu gaharu.
Mengambil kira nilai pasaran depu/gaharu inilah Kelantan Koridor Depu diumumkan sebagai projek untuk meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan. Projek Ladang Depu ini dijalankan dengan menggunakan sistem 'pajak & kongsi' oleh kerajaan negeri PAS.
Ini kerana mereka yang mengikuti penanaman depu/gaharu dikatakan mampu meraih hasil yang lumayan selepas 4 tahun usia tanaman tersebut diusahakan.
Saya ulangi 4 tahun selepas tanaman tersebut diusahakan.
Tetapi kenapa sehingga kini diam serta sepi tanpa berita?
Walhal jika diteliti projek yang dimulakan sejak tahun 2007 dan kini memasuki tahun 2012, bermakna jangka masa lima tahun telah dilalui pokok depu tersebut, pokok-pokok ini sepatutnya telah boleh ditebang untuk diproses dengan anggaran sebatang pokok RM1,000.
Malah Husam Musa ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Adun Nenggiri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Husam dengan begitu yakin memberitahu bahawa projek tersebut berjalan mengikut apa yang telah dirancang.
Benarkah jawapan yang diberikan oleh Husam Musa, jika benar berapa banyak nilai yang telah diperolehi hasil daripada Ladang Depu yang dikatakan bakal meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan itu?
Kerana sehingga kini tiada sebarang berita tentang jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pengusaha atau mereka yang bekerja di ladang depu diumumkan oleh kerajaan negeri Kelantan, tiada juga sebarang kilang pemprosesan terbesar berjaya dibina hasil koridor depu yang diwar-warkan oleh PAS di Kelantan.
Adakah ladang tersebut berjaya, atau ianya hanyalah sekadar 'projek atas billboard', 'projek batu asas' sebagaimana yang selalu dilakukan oleh PAS?
Untuk mendapatkan jawapan ini, krew Kelantan Cyber Warriors telah bertindak mengunjungi tapak Ladang Depu yang terletak di Bertam, Gua Musang, Kelantan pada hari ketiga umat Islam meraikan Ramadhan sebagaimana intro yang dipaparkan sebelum ini.
Hasil yang diperolehi adalah :
Pokok depu yang ditanam di bawah Koridor Depu 'mapuh kerah cokeng'! |
Semak samun turut memenuhi sekliling pokok depu. |
Bandingkan pula dengan keadaan pokok depu yang berusia 4 tahun di Dannok, Thailand :
Perbezaan ketara ini adalah kerana pokok depu di Dannok, Thailand dijaga baik tetapi pokok depu di Gua Musang tiada penjagaan rapi yang diberikan.
Rakaman pengakuan 'mandur' ladang tersebut turut membuktikan bahawa projek ini memang GAGAL, sekaligus menunjukkan bahawa Husam Musa telah menipu ketika menjawab soalan Adun Nenggiri!
Kelantan Cyber Warriors cabar Husam Musa untuk buktikan jumlah pendapatan dan mereka yang telah berjaya sepanjang 5 tahun Koridor Depu dijalankan oleh kerajaan negeri PAS!
Siapa tauke cina yang begitu mudah memperolehi tanah-tanah di sekitar Gua Musang ini?
Kroni 'ente' kah Husam Musa?
Nantikan pendedahan seterusnya dari krew Kelantan Cyber Warriors...
Label:
Husam Musa,
Kelantan,
Ladang Depu,
PAS
Wednesday, August 8, 2012
#TukarKelantan : Komplot Dalaman PAS Kelantan Untuk Jatuhkan Nik Aziz Diketuai Husam Musa?
Menurut sahabat blogger Gelombangkick usaha untuk menjatuhkan Nik Aziz sebenarnya wujud dalam parti PAS sendiri, dan ianya dipercayai didalangi oleh Husam Musa sendiri, malah ianya dikatakan sedang giat dijalankan selagi Nik Aziz tidak berundur dari memegang tampuk pemerintahan di negeri tersebut.
Usaha halus yang dilakukan melalui kegagalan beberapa projek yang diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan itu dan ada pihak dalaman PAS mempercayai kegagalan beberapa projek yang dirasmikan atau Nik Aziz bertindak meletakkan batu asas adalah disengajakan agar imej Menteri Besar Kelantan itu musnah sekaligus memaksanya berundur.
Nampaknya geng Kelantan Cyber Warriors bakal melakukan dua pendedahan yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan Husam Musa.
Dari blog GelombangKick :
Sebenarnya usaha-usaha dalaman untuk menjatuhkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah lama bermula, kemuncaknya ketika berlaku apa yang dikatakan pengunduran Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar Nik Aziz beberapa tahun lalu yang mesyuaratnya turut dihadiri Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa walaupun pada awalnya dikatakan ingin memboikot mesyuarat tersebut. Husam juga punyai hubungan yang begitu rapat dengan mereka terutamanya Anual Bakhri.YY : Husam Musa Watch Out... Agent 'Santa Claus' yang melawat Ladang Depu belum habis lagi dengan demo... !
Usaha menjatuhkan Nik Aziz masih giat berjalan sehingga hari ini dan difahamkan tidak akan terhenti selagimana Nik Aziz masih kekal memegang tampuk pemerintahan negeri. Tidak terduga usaha jahat itu dilakukan oleh orang harapan dan orang kepercayaan Nik Aziz sendiri, namun Nik Aziz lebih bijak membaca langkah parasit tersebut,
Bagaimanapun perancangan jahat tersebut ibarat telan mati emak, 'kehek' mati anak, saling kebergantungan mereka berdua memaksa Nik Aziz masih mengekalkan parasit tersebut, ini kerana tanpa parasit itu Nik Aziz sukar untuk mentadbir negeri diatas kejahilan Nik Aziz sendiri berkaitan ekonomi, pembangunan, kemodenan dan sebagainya.
Akibat pengekalan itu juga Nik Aziz terus diserang secara halus dengan mengkontroversikan kegagalan beberapa projek yang berkaitan kerajaan, kegagalan tersebut adalah satu rancangan yang disengajakan supaya Nik Aziz tertekan dan mengambil keputusan untuk berundur.
Namun sangkaan tersebut meleset sama sekali, beberapa perancangan dilakukan gagal untuk mengundurkan Nik Aziz, dan sudah menjadi lumrah kejatuhan seseorang itu hanyalah disebabkan parasit-parasit dalaman yang 'lapar' hendak berkuasa sebelum menjana beberapa individu lalu dicucuk hidungnya untuk terus menjalankan perencanaan jahatnya. [baca seterusnya...]
Label:
Husam Musa,
Kelantan,
Nik Aziz,
Pakatan Rakyat,
PAS
Gempak! Selepas BN Youth Volunteers Kini @khairykj Bakal Lancarkan BN Youth Cyber Team! #BNYCT
SETELAH sekian lama berlangsung tanpa sebarang koordinasi khusus, sayap-sayap Pemuda di bawah Barisan Nasional bakal digabungkan dan bergerak sehala bagi menepis segala retorika, propaganda pembangkang di ruangan siber.
BN YOUTH CYBER TEAM akan dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada hari ini (8 Ogos) pada jam 12.30 tengah hari.
Semua pahlawan siber BN yang berminat untuk menyertai #BNYCT dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran program ini di Dewan Seri Endon, PWTC jam 12.30 tengah hari ini.
Ayuh lupakan sengketa sesama, kini masa yang tepat untuk berganding bahu bagi membuktikan BN masih berdaya mengibarkan panji pemerintahan dengan gagah selepas PRU13.
Hapuskan petualang yang cuba mengugat keharmonian di negara Malaysia tercinta ini. GEMPUR TERUS!! - UMB-PPUM100 perdaftaran terawal bakal mendapat T-SHIRT BNY Cyber Team :
Join Facebook Page #BNYCT yang terdiri dari page Bahasa Melayu, Cina dan Bahasa Tamil.
Ikuti twitter #BNYCT : @BNYCyberTeam
Portal #BNYCT : http://bnycyberteam.net/
Label:
BN,
Khairy Jamaluddin,
Pemuda UMNO
Tuesday, August 7, 2012
Manoharan Tak Mengaku Menghina, Marah Guan Eng Beri Saguhati RM100k Kepada Chong Wei?
Manoharan nampaknya masih cuba berdolak-dalih kononnya beliau tidak berniat menghina jaguh badminton negara dengan kenyataan kontroversi yang ditulis oleh beliau semalam melalui laman twitter sehingga membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia terhadap beliau dan DAP.
Petikan dari yahudikini :
“My comments were not intended to insult or degrade anybody. I don’t know why people are getting so upset. My intention was for the betterment of the sport, to see a gold medal in the future,” he said. He explained that the tweet "Lee Chong AWAY" meant that that "the gold medal had gone away" to China.
Manoharan also denied that he had made a racist remark and that there is “nothing wrong with calling someone stylish”.
“I did not condemn Lee. We all know he did his best, but I maintain that Lin Dan was the better player.
“Sports and politics do mix. Under the BN we have stadiums collapsing, in-fighting among sports associations and sports councils. A lot can be done to improve this."
He also blamed the gold medal drought on the government, accusing it of “not fighting hard enough” to include sports like squash and sepak takraw into the Olympic Games.
“Nicol David has been an undefeated world champion for many years,” said the politician, who last year landed in hot water for tweeting that Malaysian “does not have a world class flag”.
He added that while he does not speak on behalf of the coalition, he believes Pakatan can do a better job in managing sports in the country.
“Give Pakatan a chance to see gold in the 2016 Olympics in Rio,” he reiterated.
Apa susah sangat nak mengaku kalau dah buat salah?
Lee Chong AWAY jika diteliti bukan bermaksud pingat emas terlepas, kenapa tidak ditulis 'The Gold Medal had gone AWAY bla bla bla"?
Tidak merujuk kepada Chong Wei tapi berbalas 'tweet' apabila ada beberapa MP pembangkang yang turut tidak bersetuju dengan tindakannya?
Manusia biaDAP ini mula gelabah setelah pelbagai pihak dari latar belakang tampil menyatakan rasa marah mereka terhadap kenyataan bodohnya kelmarin.
Guan Eng pula nampaknya cuba meredakan isu dengan mengumumkan pemberian sagu hati sebanyak RM100,000 kepada jaguh badminton negara LCW.
Hahaha...
ManoHARAM tak nak marah Guan Eng?
Penyokong PR taknak cakap RM100,000 itu banyak orang susah boleh dibantu, LCW itu sudah kaya kerajaan BN dah banyak beri saguhati sejak beliau bergelar jaguh badminton dunia bla bla bla atau apa saja yang sama dengannya?
Itulah saya selalu kata, cukuplah sekali beri orang bengong-bengong ini memegang kuasa, jangan ulangi kesilapan yang sama dalam PRU13 yang akan datang.
Bimbang apabila mereka berkuasa kelak, kontinjen yang berarak masuk ke sukan Olimpik dipaksa membawa bendera DAP.
Hehehe...
Artikel sebelum [KLIK SINI]
YY : Terima kasih ManoHARAM, sebab berjaya buat orang atas pagar benci DAP, buatlah lagi kenyataan BODOH macam ni banyak-banyak tolonglah! saya merayu! haha!
Label:
Biadap,
DAP,
Guan Eng,
Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)
HOT MINGGU INI
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
-
Inilah dunia bloggers, kita beranggapan diri kita saja yang betul - hanya pendapat kita yang betul, pendapat orang lain adalah salah. Kr...
-
Isu No.Plat RM520k : Blogger Brader Jai Cabar Student Yang Kata Sultan Johor 'BODOH' Main Paintball?Siapakah identiti mahasiswa yang telah menghina Sultan Johor ini? Brader Jai ada jawapannya! Gara-gara sebuah nombor plat WWW1 yang men...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh11 months ago
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2012
(559)
-
▼
August
(28)
- [VIDEO] : Brad Pitt Pun Join Cipta Rekod @twtupMer...
- [VIDEO] : Aksi Liar #JanjiBersih Bakar & Pijak Gam...
- Surat Kerajaan Negeri Selangor Kerah Pegawai Keraj...
- Rakyat Tolak #JanjiBersih Kini Mereka Tukar #Janji...
- Jom Naik LRT Percuma Untuk Sambut #Merdeka55 Bersa...
- Fulamak! Mewahnya Bas Jelajah Merdeka Anwar Ibrahim?
- Mana Satu Pemimpin Kanan Pembangkang Yang Ditahan ...
- Beza Surat Wajib Hadir DBKL ke Perhimpunan #Merdek...
- Penyokong PAS Kedah Bantah Sebarang Tindakan Ke At...
- FAQ : @twtUpMerdeka #Merdeka55 - Proton Preve Mena...
- #SheikhFadzirMusibat : Beza Sheikh Fadzir Bila Jum...
- [VIDEO] : Tun Mahathir Sedia Berdepan Karpal di Ma...
- Usaha Dahulukan Rakyat Oleh PM @NajibRazak Musnah ...
- Bantah Hudud, Karpal Harus Bertaubat Kata Nik Aziz
- [VIDEO] : PAS Wajib Ditolak Jika Sayangkan Islam
- Santai : Seloka di Hari Raya
- Anwar Ibrahim Mengaku Fitnah @NajibRazak - Mohon M...
- Benarkah Twitter DS @NajibRazak Fake 'Followers' 4...
- Haram Berjemaah Bersama Kakitangan Kerajaan Yang L...
- Iklan Sedih BERNAS : Pembangkang Dapat Job Kerajaan?
- Pemecah Berita : Pekerja Kontrak UNISEL Berdemo Tu...
- [VIDEO #SaveKelantan] : Penjaga Ladang Depu Akui G...
- #TukarKelantan : Komplot Dalaman PAS Kelantan Untu...
- Gempak! Selepas BN Youth Volunteers Kini @khairykj...
- Manoharan Tak Mengaku Menghina, Marah Guan Eng Ber...
- Dulu Hina Doa Orang Islam, Hina Bendera dan Kini D...
- Siapa Paling Cantik Di Mata Lim Guan Eng?
- [VIDEO] : Lagu 'Janji Ditaburi' Oleh Pakatan Rakyat
-
▼
August
(28)