Menurut sahabat blogger Gelombangkick usaha untuk menjatuhkan Nik Aziz sebenarnya wujud dalam parti PAS sendiri, dan ianya dipercayai didalangi oleh Husam Musa sendiri, malah ianya dikatakan sedang giat dijalankan selagi Nik Aziz tidak berundur dari memegang tampuk pemerintahan di negeri tersebut.
Usaha halus yang dilakukan melalui kegagalan beberapa projek yang diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan itu dan ada pihak dalaman PAS mempercayai kegagalan beberapa projek yang dirasmikan atau Nik Aziz bertindak meletakkan batu asas adalah disengajakan agar imej Menteri Besar Kelantan itu musnah sekaligus memaksanya berundur.
Nampaknya geng Kelantan Cyber Warriors bakal melakukan dua pendedahan yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan Husam Musa.
Dari blog GelombangKick :
Sebenarnya usaha-usaha dalaman untuk menjatuhkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah lama bermula, kemuncaknya ketika berlaku apa yang dikatakan pengunduran Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar Nik Aziz beberapa tahun lalu yang mesyuaratnya turut dihadiri Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa walaupun pada awalnya dikatakan ingin memboikot mesyuarat tersebut. Husam juga punyai hubungan yang begitu rapat dengan mereka terutamanya Anual Bakhri.YY : Husam Musa Watch Out... Agent 'Santa Claus' yang melawat Ladang Depu belum habis lagi dengan demo... !
Usaha menjatuhkan Nik Aziz masih giat berjalan sehingga hari ini dan difahamkan tidak akan terhenti selagimana Nik Aziz masih kekal memegang tampuk pemerintahan negeri. Tidak terduga usaha jahat itu dilakukan oleh orang harapan dan orang kepercayaan Nik Aziz sendiri, namun Nik Aziz lebih bijak membaca langkah parasit tersebut,
Bagaimanapun perancangan jahat tersebut ibarat telan mati emak, 'kehek' mati anak, saling kebergantungan mereka berdua memaksa Nik Aziz masih mengekalkan parasit tersebut, ini kerana tanpa parasit itu Nik Aziz sukar untuk mentadbir negeri diatas kejahilan Nik Aziz sendiri berkaitan ekonomi, pembangunan, kemodenan dan sebagainya.
Akibat pengekalan itu juga Nik Aziz terus diserang secara halus dengan mengkontroversikan kegagalan beberapa projek yang berkaitan kerajaan, kegagalan tersebut adalah satu rancangan yang disengajakan supaya Nik Aziz tertekan dan mengambil keputusan untuk berundur.
Namun sangkaan tersebut meleset sama sekali, beberapa perancangan dilakukan gagal untuk mengundurkan Nik Aziz, dan sudah menjadi lumrah kejatuhan seseorang itu hanyalah disebabkan parasit-parasit dalaman yang 'lapar' hendak berkuasa sebelum menjana beberapa individu lalu dicucuk hidungnya untuk terus menjalankan perencanaan jahatnya. [baca seterusnya...]
No comments:
Post a Comment