NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, August 28, 2012

Beza Surat Wajib Hadir DBKL ke Perhimpunan #Merdeka55 & Surat Kerahan PAS Ke Atas Ahli Mereka


Setiap kali melihat perhimpunan atau majlis yang dianjurkan oleh UMNO mahu pun kerajaan mendapat sambutan daripada masyarakat, pembangkang seperti biasa akan mengatakan mereka yang hadir itu 'DIPAKSA' atau pun hadir kerana terpaksaan tanpa kerelaan sendiri.

Perhimpunan sempena sambutan hari #Merdeka55 - Janji ditepati yang bakal diadakan pada 31 Ogos ini turut tidak terlepas daripada serangan bloggers pembangkang dalam usaha mereka untuk mewujudkan persepsi kononnya kerajaan hari ini ditolak oleh rakyat.

Surat yang dikeluarkan oleh DBKL kepada pegawainya di atas dijadikan peluru terbaru oleh bloggers pembangkang. Pada hemah saya tiada yang aneh jika seseorang kakitangan kerajaan diwajibkan hadir ke dalam sesuatu program yang dianjurkan oleh kerajaan sendiri.

Lebih-lebih lagi Perhimpunan #Merdeka55 - Janji ditepati ini turut diselitkan dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan penggunaan media sosial Twitter kepada rakyat Malaysia sekaligus memecahkan rekod dunia pada waktu itu.

Seseorang kakitangan kerajaan yang gaji mereka dibayar oleh kerajaaan, adalah perkara biasa untuk mereka mematuhi etika serta peraturan kerja daripada majikan mereka.

Ianya bukanlah sesuatu perkara yang aneh, pelik atau ganjil.

Tetapi bloggers pembangkang seperti biasa, terlalu naif dalam membuat penilaian. Mereka melihat kerajaan itu buruk dan hanya Pakatan Rakyat sahaja yang sempurna, mereka mempertikaikan surat wajib hadir kepada seseorang individu yang makan gaji dengan kerajaan tetapi mereka tidak mempertikaikan kerahan tenaga mahu pun kewangan yang PAS lakukan ke atas ahlinya.

Buktinya PAS turut mengeluarkan surat memaksa ahli mereka hadir sesuatu perhimpunan :



PAS 'KERAH' ahlinya untuk hadir ke Perhimpunan Oren, malah digalakkan memakai baju berwarna oren yang perlu dibeli sendiri di tapak perhimpunan dengan harga RM20.

Sudahlah tenaga ahli parti di peringkat bawah yang tidak dibayar gaji dikerah oleh pemimpin parti PAS, dalam masa yang sama PAS sebenarnya turut mengerahkan kewangan dari setiap ahli mereka melalui derma-derma yang dikutip atas nama 'jihad fisabilillah'.

Bagi yang terlupa imbas memori anda dengan salah satu tindakan PAS yang 'MEWAJIBKAN' dan 'KERAH' kewangan ahlinya untuk hadir ke program yang mereka anjurkan :



Belek ayat abang Tuan Ibrahim Tuan Man sikit tengok :
“Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan. Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini
Yang mana lebih teruk?

Selepas Perhimpunan #Merdeka55 - Janji ditepati, saya pasti modal yang akan digunakan bloggers pembangkang adalah gambar bas-bas dari agensi kerajaan yang akan berada di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walhal ahli PAS yang dikerah ke Perhimpunan Hijau tempoh hari pun dibawa dengan menaiki puluhan buah bas.

Hahaha...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...