NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Sheikh Fadzir. Show all posts
Showing posts with label Sheikh Fadzir. Show all posts
Wednesday, September 19, 2012
#SheikhFadzirMusibat : Allah Pun Jadi Bahan Kempen
Politik Malaysia makin hari makin gila, kenyataan-kenyataan yang mengelirukan terus dikeluarkan, jika dulu Nik Abduh mengatakan Allah mahu PAS merampas Putrajaya kini Sheikh Fadzir Musibat pula mengatakan beliau menerima 'wahyu' kononnya suara Allah meminta beliau turun menyelamatkan negara.
Nampaknya semakin dekat dengan pilihanraya, pelbagai kenyataan, janji dan yang lebih teruk mereka turut menggunakan Allah S.W.T sebagai modal untuk kempen politik semata-mata mahu meraih sokongan rakyat.
Makin hari, makin ramai pemimpin Pakatan Pembangkang yang terima 'wahyu' dari Allah kononnya dihantar untuk selamatkan negara.
Jangan terkejut kalau lepas ini, Ngeh dengan Nga muncul di atas pentas PAS mengatakan mereka dilantik sebagai nabi untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada UMNO diselangi dengan laungan takbir oleh pengikut PAS.
Bertaubatlah Sheikh Fadzir Musibat!
Label:
BN,
Fathul Bari,
Pakatan Rakyat,
Sheikh Fadzir,
UMNO
Monday, August 27, 2012
#SheikhFadzirMusibat : Beza Sheikh Fadzir Bila Jumpa Tun Mahathir & Hadi Awang
Setelah puas ditohmah dan difitnah kononnya kerajaan BN membeli undi untuk menang dalam pilihanraya, Sheikh Fadzir 'musibat' hadir di rumah terbuka Tun Mahathir Mohammad malah dilihat beliau mencium tangan negarawan itu semalam.
Tun Mahathir pula kelihatan tersenyum tawar apabila Sheikh Fadzir 'musibat' mencium tangannya. Mungkin kerana sebelum ini Sheikh Fadzir begitu lantang memfitnah kerajaan yang dipimpin oleh beliau ketika itu membeli undi dengan wang tunai untuk menang pilihanraya.
Aneh apabila melihat aksi Sheikh Fadzir ketika berdepan dengan Tun Mahathir, kerana sebelum ini Sheikh Fadzir tidak pernah mencium tangan Anwar Ibrahim mahu pun tokoh-tokoh 'ulamak' PAS sebagaimana yang beliau lakukan ketika berhadapan dengan Tun Mahathir dan Tun Hasmah.
Usahkan mencium tangan, beliau juga tidak pernah tunduk hormat kepada pemimpin-pemimpin pembangkang, foto di bawah menjelaskan segala-galanya.
Para pemerhati politik berpendapat, Sheikh Fadzir 'musibat' mempunyai agenda peribadi kerana dalam politik itu tiada apa yang berlaku secara kebetulan.
Nak tahu kenapa 'musibat' ini keluar UMNO, baca semula artikel sebelum ini [SINI]
Kartun satira politik untuk hari ini :
Hahaha...
Label:
BN,
Pakatan Rakyat,
Sheikh Fadzir,
Tun Mahathir
Tuesday, March 20, 2012
#SheikhFadzirMusibat : Kadir Sheikh Fadzir Patut Kencing Dalam Tempurung & Tilik Muka Sendiri...
'Menteri Riben' - Itulah gelaran yang diberikan kepada Tan Sri Sheikh Fadzir ketika beliau menjawat jawatan dalam kerajaan dahulu. Semalam veteran UMNO ini bertindak keluar UMNO yang mana ianya menjadi topik bagi sesetengah blog pembangkang.
Sebelum ini Sheikh Fadzir Musibat lantang menuduh UMNO mengamalkan korupsi, nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa sepanjang memerintah negara. Bila diteliti alasan yang dinyatakan ini bagi saya sungguh lucu kerana banyak pihak tahu bagaimana sikap Sheikh Fadzir 'Musibat' sepanjang beliau mempunyai jawatan dalam kerajaan serta di peringat Bahagian UMNO.
Malah ketika beliau menjawat jawatan dalam UMNO beliau salah seorang pemimpin yang tidak memberi ruang kepada orang muda yang berkelayakan untuk menonjol di peringkat Bahagian, sebaliknya jawatan penting semuanya diserahkan kepada adik-beradiknya.
Jawatan terakhir 'musibat' yang tak sedar diri ini adalah Menteri Penerangan dalam kabinet Pak Lah sebelum beliau melepaskan kerusi tersebut untuk adiknya iaitu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir tetapi kalah ditangan Zulkifkli Nordin dari PKR (kini bebas).
Satu sikap kronisme yang diamalkan Kadir Sheikh Fadzir ketika dalam UMNO, UMNO Bahagian seolah-olah milik beliau dan anak-beranak...
Hentam UMNO Sebab Tanah?
Sebelum lantang kritik dan menyerang UMNO difahamkan Sheikh Fadzir Musibat kecewa selepas PM tidak memenuhi permintaan beliau berhubung sebidang tanah yang terletak di Shah Alam.
Difahamkan wang belasan juta ringgit diperlukan beliau untuk menyelesaikan urusan tanah tersebut yang mana jika tanah tersebut tidak terjual difahamkan ianya akan dirampas.
Ekoran kecewa PM tidak melayan, beliau mula menyerang PM DS Najib Tun Razak serta mengheret nama UMNO. Harapan beliau PM ataupun wakil memanggilnya untuk mengadakan satu perbincangan, tetapi sehingga kini permintaan tersebut tidak pernah dilayan oleh PM.
Kini beliau keluar UMNO dengan harapan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim (PKR) memberikan 'insuran' khas kepada tanah miliknya agar ianya tidak dirampas oleh kerajaan negeri.
Jika benarlah dakwaan ini, bagi saya Kadir Sheikh Fadzir memang patut keluar dari UMNO malah jika beliau tidak keluar individu rakus dan tamak ini wajar dipecat saja dalam UMNO demi menjayakan agenda tranformasi yang dibawa oleh PM.
Mahu Jadikan AMANAH Parti Politik?
Dalam satu pertemuan yang diadakan oleh Sheikh Fadzir sebelum ini beliau mendakwa sudah ramai yang menyokong AMANAH dan dalam usaha mewujudkan sayap Wanita untuk NGO tersebut, malah turut berharap selepas sahaja PRU jumlah keahlian AMANAH berjumlah 1 juta orang.
Ada juga pihak yang mendakwa beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah mahu menjatuhkan BN dan bertanding dalam pilihanraya jika ahli AMANAH mencukupi, jika benar dakwaan yang timbul ini jelas menunjukkan bahawa Sheikh Fadzir bertindak menyerang UMNO dan DS Najib Tun Razak hanya kerana 'frust' permintaannya untuk mengumpul kekayaan tidak dilayan oleh PM.
Ada juga yang mendakwa Sheikh Fadzir dijanjikan kerusi YB Zulkifli Nordin dan jawatan tertentu dalam kabinet Anwar Ibrahim jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang akan datang.
Nampaknya Kadir Sheikh Fadzir patut cermin muka beliau terlebih dahulu sebelum bertindak menuduh UMNO. Jika rumah besarnya tiada cermin sekali pun,beliau sepatutnya kencing sajalah dalam tempurung atau gunalah cermin bot-bot mewah yang beliau miliki untuk melihat wajahnya sendiri sebelum menuduh UMNO dengan pelbagai tuduhan.
Patutlah seorang penganalisis politik yang ditemui oleh Sheikh Fadzir Musibat menolak pelawaan beliau untuk memegang jawatan dalam AMANAH kerana beliau percaya pertubuhan tersebut membawa agenda peribadi seseorang :
Silap haribulan apa yang dia fitnah mengenai 'beli undi' atau rasuah dalam UMNO adalah sikap yang beliau amalkan sepanjang beliau bertanding sebagai ahli parlimen. Maklumlah tak jaga kawasan pun beliau mampu menang majoriti besar. Tetapi selepas beliau tidak bertanding lihatlah bagaimana adiknya kalah di kerusi tersebut kepada PKR.
Lagipun keluarnya Sheikh Fadzir dari UMNO bukan sebab UMNO itu hilang matlamat pertahankan agama,bangsa dan negara sebagaimana dialami oleh Pakatan Rakyat yang hilang matlamat mempertahankan agama sehingga Hasan Ali (PAS) dan Zulkifli Nordin (PKR) bertindak keluar parti.
Jadi usah kita hairan sangat dengan tindakan manusia gila kuasa seperti Sheikh Fadzir ini, kerana manusia seperti ini ADA TIDAK MENAMBAH, TIADA TIDAK BERKURANG. Malah ketiadaaanya dilihat lebih baik bagi UMNO dalam menjayakan agenda tranformasi sebagaimana PM mahukan.
YY : Kadiq weii hang ingat orang muda dalam UMNO dari dulu sampai la ni suka kt hang? Piirahhh!!!
Label:
DS Najib,
Sheikh Fadzir,
UMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)
HOT MINGGU INI
-
14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14 1. Ekonomi Keperluan Rakyat 》Kerajaan BN komited ke arah memba...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Saya sudah menjangkakan bahawa keputusan yang diumumkan Suruhanjaya di Raja yang menyiasat mengenai kematian Teoh Beng Hock tidak akan dite...
-
Pihak pentadbiran UPSI dilaporkan telah memaklumkan kepada Siti Nurul Piteriah Abdul Halim atau dikenali sebagai Yuyu Luna agar beliau meng...
-
Terkini dari Masjid Bandar Baru Sentul. Sumpah laknat yang bakal dibuat oleh Dato Eskay dibatalkan oleh pihak pengurusan masjid kerana keke...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
RECOMMENDED
-
-
-
Umno today, Umdap tomorrow8 months ago
-
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi6 years ago
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif9 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi10 years ago
-
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







