BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, August 30, 2012

Rakyat Tolak #JanjiBersih Kini Mereka Tukar #JanjiDemokrasi - Salah Tetap Salah!


Foto di atas adalah situasi terkini keadaan di Dataran Merdeka, di sinilah kebanyakkan warga Malaysia berkumpul bagi menanti detik 12.00 malam untuk sama-sama melaungkan laungan keramat "merdeka!".

Tetapi sambutan tahun ini mungkin tidak sama seperti tahun-tahun yang sudah, kemeriahan ambang merdeka tahun ini mungkin terganggu-gugat apabila pihak pembangkang melalui BERSIH turut menganjurkan perhimpunan di tempat yang sama dengan menggunakan nama 'Janji Demokrasi'.

'Janji Demokrasi' digunakan selepas 'Janji Bersih' nampaknya tidak mendapat sokongan rakyat Malaysia ekoran kekacauan serta keganasan yang mereka cetuskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini yang membawa kepada kerosakkan harta benda serta kecederaan anggota-anggota keselamatan.

Walaupun PDRM mengeluarkan amaran kepada pihak BERSIH bahawa perhimpunan yang bakal mereka anjurkan bertentangan dengan undang-undang negara disebabkan 3 perkara :
(1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi. 
(2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012. 
(3) Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.




Malam ini nampaknya mereka tetap akan berhimpun sekali lagi atas nama 'Janji Demokrasi' - apakah yang akan berlaku pada malam ini, adakah peristiwa yang memalukan negara ketika rusuhan Bersih 3.0 tempoh hari akan berulang?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...