Jahanam...!
Apa ingat blogger pro-UMNO tidak akan kritik pemimpin sekali-sekala?
Siapa kata masa tak sesuai?
Inilah masa sesuai untuk singkirkan kudis-kudis yang sudah bernanah daripada kudis-kudis ini hinggap dan membusuk PM DS Najib Tun Razak.
Tiga tahun masa yang diambil oleh PM DS Najib Razak untuk membina dan memulihkan kembali imej parti keramat UMNO ekoran 'tsunami politik' dengan melakukan beberapa plan tranformasi sehingga tahap keyakinan dan sokongan rakyat dilihat mula kembali kepada parti tersebut.
Ada saja tindakan atau kenyataan bengong yang dibuat oleh menteri-menterinya.
Jawapan yang diberikan oleh Nazri Aziz berhubung tuduhan pembangkang yang melibatkan anaknya kelmarin, boleh dijadikan sebab mengapa rasa kebencian terhadap UMNO itu timbul, lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak muda.
Sebelum pergi lebih jauh mengenainya, kita teliti beberapa jawapan Nazri Aziz :
Are you concerned that your son and his family are being followed?
I'm a rich man, I'm powerful, good looking. (reporters giggle) Wealthy. So what can I do? My son ask, 'Pa, is it...' I say, 'Look, you are my son.'
Will you lodge a police on your son being followed?
Why should I? It doesn't bother me. I'm popular, I have a film star punya status here you know? Celebrity. Bukan film star local, Hollywood punya (laughs). No, but there is nothing I can do, (if) they want to follow.
And if Rafizi lodges a report with MACC?
What kind of question it that? He wants to report, he report lah. You know, he's a clarinet player, he told me in his tweet. In Malay College (Kuala Kangsar), when he (enrolled), I was not around, but those who play the clarinet are jambu, you know. Ni jambu punya style la.
Sebelum saya sambung terlebih dahulu saya hulurkan 'jari tengah' saya khas buat Nazri Aziz!
Jahanam kalau ada 20 menteri yang bersikap seperti beliau!
Ini kerana seingat saya DS Najib Razak selaku Presiden UMNO pernah mengingatkan kepada semua pemimpin dan ahlinya agar bersikap realistik dan sanggup untuk berubah bagi memastikan parti UMNO terus dihormati dan terus relevan untuk masa-masa akan datang.
Kerana rakyat hari ini tidak lagi menilai sesuatu parti itu dari segi faktor sejarah, sebaliknya rakyat menilai melalui kebajikan dan sikap seseorang pemimpin itu.
Jika beginilah sikap seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggambarkan bahawa masih terdapat pemimpin dan menteri-menteri kabinet sehingga kini gagal menyahut seruan bos mereka untuk bersikap realistik dan berubah.
Dengan nada konfiden Nazri Aziz mengatakan isu ini tidak akan memberi kesan kepada BN kerana anaknya bukan menteri kabinet jelas menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran yang dimiliki oleh seorang menteri yang bernama Nazri Aziz.
Bahasa mudah faham, anak dia punya hal tak mungkin kerajaan atau pemimpin pula yang akan menerima kesan buruk.
Wahai Datuk Seri Nazri Aziz...
Sungguh dangkal jika Datuk beranggapan bahawa isu-isu yang melibatkan anak Datuk tidak memberi kesan kepada BN dan kerajaan dan amat malang sekali DS Najib Razak kerana terpaksa 'memelihara' seorang menteri yang terlalu naif pemikirannya.
Mungkin beliau tidak menyedari bahawa kejatuhan kebanyakkan pemimpin-pemimpin negara arab adalah disebabkan kemewahan dan perangai yang ditonjolkan oleh anak-anak mereka.
Pemimpin Arab Dibenci Kerana Perangai Anak Mereka!
Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak, isu yang melibatkan anaknya iaitu Gamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak menjadi perbualan kerana kekayaan dan pengaruh yang dimiliki beliau.
Akhbar Egyptian Daily, Al Ahram melaporkan satu senarai panjang akaun bank yang didakwa dimiliki oleh Gamal. Al Ahram melaporkan Ketua Pendakwaraya Mesir menerima laporan mengenai sejumlah wang luar biasa yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun tersebut yang diyakini milik anak lelaki Hosni Mubarak.
Maklumat dan cerita mengenai kekayaan yang dimiliki oleh Hosni Mubarak dengan menggunakan pengaruh bapanya terus tersebar dan telah menimbulkan kemarahan serta rasa benci rakyat kepada kerajaan yang akhirnya menyaksikan tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak.
Di Iraq pula tindakan anak Saddam Hussein iaitu Uday merupakan faktor kebencian rakyat kepada Saddam Hussein. Uday dikatakan terlibat jenayah besar membunuh pembantu peribadi bapanya Kamel Hana Gogeo.
Ekoran pembunuhan ini, Uday telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun, tetapi atas permintaan peribadi Raja Hussein Jordan, Uday telah diampunkan oleh Saddam hanya setelah 3 bulan sahaja menjalani hukuman penjara.
Selain itu kisah mengenai seorang wanita muda yang sedang berjalan bersama suaminya diganggu Uday dan diajak untuk melakukan hubungan seks juga menjadi topik di kalangan warga Iraq.
Uday dikatakan menghina suami wanita tersebut sebagai anjing dan tidak memiliki apa-apa, sebaliknya dirinya seorang lelaki yang hebat, kaya dan memiliki segala-galanya.
Apabila wanita tersebut enggan, Uday mengarahkan pengawalnya menangkap wanita tersebut, suaminya yang cuba mempertahankan isterinya dibelasah teruk oleh pengawal-pengawal peribadi Uday.
Wanita tersebut dirogol dan dibunuh, suaminya juga dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan cuba mencederakan anak lelaki Presiden dan menentang kepimpinan Saddam Hussein.
Malah jika hendak diceritakan, banyak lagi kes yang dilakukan Uday yang telah memberi kesan dan imej buruk kepada Saddam Hussein dan kerajaan pimpinannya.
Akhirnya rakyat mula bangkit membenci Saddam Hussein dan tahap kebencian yang membuak-buak oleh rakyat Iraq sendiri telah membuka ruang kepada pihak asing untuk menyerang negara tersebut sehingga kita menyaksikan seorang pemimpin arab mati di tali gantung.
Dalam sibuk Nazri Aziz mengkritik NFC dan berbangga dialah anak jantan dalam parlimen dia terlupa sekurang-kurangnya Shahrizat Jalil lebih berani daripadanya apabila mengemukakan saman kepada pihak yang menuduhnya.
Tapi dia, hendak buat laporan polis pun tak mahu, usah bicara soal saman menyaman. Kita ingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan buat laporan ke atas Rafizi Ramli kerana memfitnah dirinya.
Alih-alih si jambu Rafizi Ramli yang lebih berani ke balai polis dan SPRM?
Cukuplah dua kisah di mana seorang pemimpin dibenci dan ditolak rakyat hanya kerana tindakan dan kemewahan yang ditonjolkan oleh anak-anak mereka.
Justeru itu, jika Nazri Aziz mengatakan perangai Nedim dan kemewahan yang dimiliki oleh anaknya tidak akan menjejaskan kerajaan BN.
Saya hanya mampu berkata semoga Allah merahmati kerajaan UMNO pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak...
YY : In politics, stupidity is not a handicap