NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, August 28, 2012

Penyokong PAS Kedah Bantah Sebarang Tindakan Ke Atas Ustaz Nasharuddin


PAS nampaknya semakin tenat apabila penyokong di peringkat akar umbi mula menunjukkan bantahan secara terbuka terhadap pucuk pimpinan parti itu yang kini semakin tunduk dengan taiko besar DAP dan Anwar Ibrahim.

Selepas Hasan Ali yang menegur DAP kerana cuba masuk campur dalam urusan menegak dan mempertahankan kesucian agama Islam di Selangor, kini Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula mungkin bakal menerima nasib yang sama sebagaimana Hasan Ali.

Tekanan terhadap Ustaz Nasharuddin bermula selepas beliau menggesa agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana keengganan DAP menyatakan pendirian mereka terhadap perlaksanaan Hukum Hudud.


Tekanan ke atas Ustaz Nasharuddin semakin kuat selepas beliau dilihat bersama rombongan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak ke Mekah tempoh hari. Ustaz Nasharuddin dihina, dicaci serta dilemparkan pelbagai fitnah dan diperlekehkan maruah beliau, oleh penyokong serta pemimpin parti PAS termasuk Nik Aziz sendiri hanya kerana beliau bersama saudara seagama ke Mekah.

Petikan berita akhbar :
Sekumpulan bekas penyokong PAS di Kedah akan mengadakan demonstrasi bagi membantah sebarang keputusan memecat bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa. 
Bekas ahli PAS dari Yan, Abdullah Hashim berkata, demonstrasi itu bagi menyatakan sokongan kepada Nasharuddin yang pernah menjadi ahli Parlimen Yan pada 1999. 
Abdullah pernah mengepalai bantahan kenaikan tarif air oleh syarikat milik kerajaan Kedah iaitu Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) beberapa tahun lalu. 
“Kami akan mengatakan sokongan kepada Nasharuddin kerana keberaniannya mempertahankan Islam. 
“Demonstrasi ini akan disertai oleh bekas dan penyokong-penyokong PAS terutama di Yan,” katanya.  Nasharuddin dihadapkan ke Majlis Syura 9 September depan ekoran gesaannya supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
“Bagi kita, Nasharuddin adalah seorang pemimpin PAS yang bernai mempertahankan parti itu tetapi malangnya ia tidak disenangi oleh pemimpin lain. 
“Pemimpin-pemimpin PAS lain pula takut kepada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Abdullah. 
Nasib ahli Parlimen Bachok itu mungkin sama seperti bekas Naib Presiden. Datuk Hasan Ali yang dipecat setelah mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali beberapa bulan lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...